Sunday, May 31, 2015

Kanak-kanak Kurang Bermain Bebas?



Kajian yang dibuat oleh 'Pediatric' melaporkan didapati kanak-kanak menghabiskan masa kurang daripada 48 minit sehari semasa di pusat jagaan kanak-kanak dalam aktiviti fizikal. Dapatan lain:
  • Kanak-kanak lebih aktif apabila berada di luar untuk bermain bebas.
  • Guru permainan luar menjalankan aktiviti kurang dapada 1% sehari di pusat jagaan kanak-kanak.
  • Kanak-kanak menumpukan masa 88% masanya untuk aktiviti yang tidak aktif atau untuk lelap (naps)
Kajian pemerhatian ini dilakukan seramai 98 orang kanak-kanak di 10 pusat jagaan kanak-kanak di Seattle, USA.  Ada sesetengah pengurus penjagaan kanak-kanak yang terlibat dengan kajian mengakui masalah ini, tetapi keadaan ini berlaku merupakan suatu tekanan daripada ibu bapa yang memberi fokus pada membaca dan kemahiran matematik untuk menyediakan anak mereka ke tadika. Hasilnya ibu bapa menekankan akademik dan mengenepikan permainan bebas. Keadaan ini juga berlaku di negara kita mengenepikan naluri semulajadi kanak-kanak yang suka bermain.

Saturday, May 30, 2015

Delima Ibu Bekerjaya Penjagaan Anak



Selalunya ibu bapa yang berkerjaya menghadapi masalah untuk penjagaan kerana kesukaran untuk mendapat pembantu rumah. Kanak-kanak peringkat bayi dan tatih perlu penjagaan yang rapi mengikut tahap perkembangannya. Mendapatkan pembantu rumah mungkin ada yang merasa fobia dengan cerita-cerita negatif. Jalan penyelesaian ibu yang bekerjaya menghantar anak ke taska atau pusat pengasuhan kanak-kanak.

Keutamaan perlu diberi kepada taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taska yang berdaftar lebih bertanggungjawab jika berlaku perkara yang tidak diingini. Pengusaha taska yang berdaftar secara tidak langsung tertakluk di bawah undang-undang Taman Asuhan Kanak-Kanak 1985 dan jika melakukan kesalahan atau kecuaian terhadap kanak-kanak di bawah jagaannya boleh didakwa di mahkamah. Taska yang tidak berdaftar sukar untuk didakwa.

Selain itu pastikan pengasuh yang menjaga mendapat latihan atau kursus pengasuhan kanak-kanak yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pengasuh yang bertauliah akan menjaga anak anda mengikut tahap perkembangan dan aktiviti yang sesuai dijalankan di taska.

Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat dari pihak taska tentang jadual aktiviti harian. Jadual aktiviti harian akan menunjukkan cara pengendalian dan pengurusan anak anda di taska. Akativiti yang dijalankan dapat membantu perkembangan kanak-kanak yang positif. Jadual harian itu seperti waktu makan, rehat, membersihkan diri dan aktiviti perkembangan motor kasar dan motor halus.

Friday, May 29, 2015

Adakah menangguhkan Kanak-Kanak Daripada Ke Tadika Lebih Baik Semasa Di Sekolah?


Hasil kajian mendapati bercampur-campur. Ada kajian melaporkan kebaikan dan ada kajian mendapati tiada perbezaan pencapaian.Usia kanak-kanak memasuki tadika tidak menjejaskan pencapaian akademik kanak-kanak (Narahara, 1998).Kanak-kanak berusia muda dan tua membuat peningkatan kemajuan memakan masa setahun.  Diakhir darjah satu kanak-kanak yang tidak masuk ke tadika membuat kemajuan yang sama dengan kanak-kanak muda usianya yang telah masuk tadika di tahun pertama layak usia masuk tadika. (Morrison, Griffith, & Alberts, 1997). 

Perbezaan pencapaian adalah disebabkan permulaan usia yang berbeza. Untuk memahami kajian ini, fikirkan pesawat terbang ke utara. Kedua-duanya terbang sama kelajuan. Bagaimananpun pesawat yang satu lagi berlepas dari Johor Bahru dan sebuah lagi berlepas dari Kuantan. Penerbangan pesawat sama jumlah kilometer dan jumlah masa yang sama. Pesawat dari Kuantan sentiasa ke depan kerana bermula awal. 

Berdasarkan kajian lalu pada ‘survey’ 1995 di USA tiada perbezaan kanak-kanak yang tidak mendapat pendidikan di tadika dari segi pencapaiannya sewaktu di darjah satu dan dua.
Oleh kerana sistem pendidikan memerlukan kanak-kanak mendapat pendedahan awal ada baik dihantar ke tadika sebagai persediaan awal pembelajaran. Sistem ini juga memudahkan pihak pengurusan sekolah kerana kanak-kanak telah mendapat pendedahan awal asas akademik.

Di Malaysia undang-undang mewajibkan kanak-kanak berusia 6 tahun memasuki prasekolah atau tadika. Perkara ini telah diketahui umum dan pihak ibu bapa perlu menghantar kanak-kanak ini ke tadika sebagai persediaan sebelum ke pembelajaran secara formal. Ibu bapa bebas memilih tadika sama ada tadika di premis sekolah atau pun tadika anjuran badan kerajaan seperti KEMAS, JPNIN atau pun swasta.

Thursday, May 28, 2015

Batas Sepadan



Matlamat untuk meletak had adalah untuk memberi sebanyak mungkin tanggungjawab kepada kanak-kanak. Terdapat perbezaan peraturan dan had. Peraturan memerlukan orang dewasa bertanggungjawab sepenuhnya. Orang dewasa perlu membuat peraturan, melaksanakannya dan menjalankan suatu bentuk hukuman.  Had memerlukan kanak-kanak menerima tanggungjawab untuk tingkahlakunya dan had tidak memerlukan hukuman. Oleh sebab itu had menyumbang kepada perkembangan normal untuk kanak-kanak berdikari.Kanak-kanak perlu tahu sesuatu yang boleh dilakukan dan perkara yang dilarang.

Sunday, May 17, 2015

Pendidik Awal Kanak-Kanak

Masyarakat kadangkala terlupa untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak termasuk di taska dan tadika. Mereka ini insan kerdil tetapi berjiwa besar. Sumbangan mereka sebenarnya amat besar sebagai titik permulaan asas pendidikan yang disemai ke dalam jiwa kanak-kanak. Oleh itu sama-sama kita menghargai pengorbanan mereka sebagai guru sempena hari guru. Selamat Hari Guru.

Saturday, May 16, 2015

Hari Guru Tadika Johor

Corat coret kenangan sempena Hari Guru Tadika Johor

Friday, May 15, 2015

Pengiktiran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak

Berbagai cara untuk mendapatkan pengiktirafan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Mereka yang berkicimpong dalam bidang ini sama ada sebagai pengusaha, pendidik dan pengasuh boleh mendapatkan pengiktirafan. Terdapat dua pengiktirafan iaitu akadamek dan kemahiran. Biasanya orang mendapatkan persijilan akademik untuk mendapatkan pengiktirafan seperti sijil, diploma, dan ijazah. Asas kelayakan masuk perlu sekurang-kurannya ada Sijil Pelajaran Malaysia dan memenuhi syarat kemasukan berdasarakan ketetapan MQA untuk mendapat akreditasi. Bagaimana mereka yang tidak mempunyai sijil asas kelayakan masuk SPM? Anda boleh mendapat pengiktirafan menerusi sijil kemahiran.