Thursday, October 13, 2011

Peranan Keluarga Membina Perkembangan Komunikasi Kanak-Kanak

Sikap keluarga terhadap keupayaan komunikasi bayi akan mempengaruhi kemajuan perkembangan bayi. Sikap ini merupakan asas awal perkongsian yang paling kritikal antara orang dewasa dan kanak-kanak merasakan kasih sayang yang erat. Keluarga yang stress dengan kerjaya, kesibukan seharian dan kurang menekankan kualiti berinteraksi akan menghilangkan perkembangan bahasa kanak-kanak.

Nasihat terbaik untuk keluarga, tidak perlu risaukan tentang pengajaran sebaliknya beri ruang dan sokongan emosi persekitaran di rumah. Persekitaran yang terbaik adalah salah satu perkara yang dapat memberi peluang dan merapatkan hubungan berbanding dengan persekitaran dan alatan yang mahal. Kajian terkini menunjukkan keluarga mula sentiasa bercakap tentang apa yang diminati oleh kanak-kanak dari segi luaran dan dalaman. Keluarga juga perlu mengetahui kanak-kanak yang bercakap lambat atau cepat menunjukkan tidak ada perbezaan keupayaan bercakap apabila kanak-kanak telah berusia 3 tahun,

2 comments:

  1. Prof, boleh minta nasihat dan tunjuk ajar bagaimana hendak membantu seorang kanak2 yang berumur 4 tahun masih tidak mampu memberi sebarang balasan semasa berkomunikasi dengan dia. Kanak2 itu hanya bercakap sendiri dan tidak suka berkawan. Thanks

    ReplyDelete
  2. Sekiranya di taska libatkan dalam kumpulan kecil dengan kanak-kanak yang biasa dengannya. Pengasuh atau guru hendaklah berada berdekatan dengannya. Beri galakkan dia berkongsi mainan dengan rakan.

    ReplyDelete