Semasa kanak-kanak tatih berusia antara 10 hingga 14 bulan perkataan pertama biasa disebut ialah kata nama. Kanak-kanak peringkat ini tidak menyebut kata kerja. Antara 12 bulan hingga 18 bulan kanak-kanak tatih ini suka melihat sesuatu (atau orang), menunjuk dan kemudian menyebut satu atau dua perkataan. Kesalahan sebutan merupakan suatu kebiasaan. Dianggarkan kanak-kanak di peringkat ini menyebut dua perkataan seminggu. Perbendaharaan kata kanak-kanak tatih semakin meningkat apabila berusia 18 bulan hingga 24 bulan sebanyak 200 perkataan. Terdapat kanak-kanak tatih pada peringkat usia 18 bulan-24 bulan yang berterusan bertanya "Apa itu?" atau cuma menyebut "Tu?" Kanak-kanak ini mahukan nama objek. Terdapat orang dewasa atau ibu bapa yang merasa bosan untuk menjawab pertanyaan yang sama berkali-kali.
Pada peringkat usia 2 tahun hingga 3 tahun kanak-kanak sudah menguasai lebh kurang 500 perkataan. Ibu bapa dan orang dewasa dinasihatkan jangan bosan kerana kanak-kanak di peringat ini sepanjang masa suka menyoal,"Kenapa?" Layanilah persoalan yang ingin diketahui dengan memberi penerangan mudah untuk memuaskan perasaan ingin tahu kanak-kanak ini.

No comments:
Post a Comment