Sunday, November 27, 2011

Jenis Mendengar

Mendengar berlaku berbagai cara. Ada orang mendengar bukan untuk pengetahuan tetapi mungkin mendengar bunyi sebab ia menyenangkan. Kanak-kanak juga mendengar tetapi tidak memahami. Mereka mungkin terlepas mendengar sesuatu bunyi yang berbeza atau mendengar tanpa membuat penilaian apa yang didengar. Mendengar melibatkan pelbagai kemahiran dan tahap. Guru dan ibu bapa hendaklah perihatin untuk menyediakan peluang pelbagai kemahiran mendengar.

Mendengar menghargai: Kanak-kanak merasa seronok dan terhibur mendengar muzik, sajak dan cerita. Elok memulakan mendengar cara ini kerana ia pasif tetapi personal kepada setiap kanak-kanak.

Mendengar bertujuan: Kanak-kanak mengikut arahan dan memberi tindakbalas.

Mendengar membezakan: Kanak-kanak menajdi semakin peka terhadap perubahan nada dan kelantangan. Bunyi menjadi perbezaan di persekitaraan. Seterusnya kanak-kanak dapat membezakan bunyi pertuturan.

Mendengar kreatif: Imaginasi kanak-kanak dan emosinya diransang oleh pengalaman mendengar. Perluahan pemikiran secara spontan dan bebas menerusi perkataan atau aksi , atau kedua-duanya sekali.

Mendengar kritikal: Kanak-kanak memahami, menilai, membuat keputusan dan mencerna pandangan. Bagi menggalakkan mendengar kritikal, guru atau ibu bapa mungkin boleh bertanya soalan seperti berikut; " Apa yang akan terjadi bila kita bercakap serentak?" ayau " apa yang akan terjadi bila setiap orang mahu bermain dalam pondo-pondok kecil pada masa yang sama?" Kanak-kanak akan berfikir menerusi tindakbalas, membuat keputusan yang logik untuk menyelesaikan masalah dan memberi pandangan.

1 comment:

  1. Prof, adakah setiap tahap kemahiran itu bergantung kepada usia dan perkembangan setiap kanak-kanak atau ianya boleh berlaku pada diri setiap kanak-kanak tetapi dalam situasi yang berbeza?

    ReplyDelete