Monday, April 30, 2012

Mengawasi Aktiviti Kanak-Kanak Tatih

Kanak-kanak tatih boleh dikatakan daya penumpuannya singkat melainkan kanak-kanak membuat sesuatu perkara yang dia betul-betul hendak melakukannya. Apabila kanak-kanak tatih dalam keadaan senyap, pada masa itu ibu bapa hendaklah memerhati dan memeriksa keadaan kanak-kanak tatih. Peraturannya mudah untuk ibu bapa dan pengasuh mengikutinya. Contohnya kanak-kanak tatih yang duduk senyap tentu ada sesuatu perkara yang dilakukannya dan jika terdapat botol yang mengandungi minyak dia akan menumpahkannya lalu bermain dengan tapak tangan dan jari melekapkan tangan ke dinding untuk meninggalkan kesan di dinding. Oleh itu ibu bapa dan pengasuh hendaklah menyimpan bahan berbahaya seperti bahan pencuci atau bahan yang mengandungi bahan beracun diletakkan pada tempat yang selamat dan sukar dicapai oleh kanak-kanak tatih.

Sunday, April 29, 2012

Mengawasi Pergerakan Kanak-Kanak Tatih

Apabila bayi atau tatih sudah mula berjalan, mereka mudah terdedah kepada kemalangan. Mereka bergerak dengan cepat bila dia mahu bergerak. Perkembangan kemahiran motor kanak-kanak ini tidak dapat mengawal atas sesuatu sebab. Mereka tidak melihat akan bahaya disebabkan kemahiran motor mengambil tempat untuk memikirkannya. contohnya kanak-kanak ini berlari di belakang kereta di tempat letak kereta atau memanjat di atas kabinet dapur. Ibu bapa atau pengasuh kanak-kanak tatih perlu menambah pengawalan dan perhatian berbanding menjaga bayi.

Saturday, April 28, 2012

Corak Perapatan Bayi

Berdasarkan kajian terdapat empat corak perapatan bayi. Pengkaji mengenalpasti satu corak perapatan selamat dan tiga corak perapatan tidak selamat. Perapatan bermaksud hubungan intim antara bayi dan orang yang rapat seperti ibu bapa dan keluarga termasuk juga pengasuh. Corak perapatan adalah seperti berikut:
  1. Perapatan selamat : Bayi menjadikan ibu bapa atau ahli keluarga sebagai asas perlindungan yang selamat. Keutamaan adalah ibu bapa bukan orang yang tidak dikenali. Bayi aktif mendapatkan hubungan dengan ibu bapa dan mudah selesa apabila bersama ibu bapa setelah ketiadaan ibu bapa.
  2. Perapatan menggelak/ menjauhkan : Bayi biasanya tidak tertekan dengan perpisahan ibu bapa dan akan menggelak  atau menjauhkan diri dari ibu bapa atau mengutamakan orang yang tidak dikenali apabila ibu bapa datang.
  3. Perapatan menentang :  Bayi mendapatkan ibu bapa serapat mungkin dan menolak atau menentang penerokaan persekitaran. Biasanya menunjukkan tingkahlaku marah selepas ibu bapa pulang dan sukar untuk menenangkan.
  4. Perapatan mengelirukan : Bayi menunjukkan perapatan yang tidak menentu dan bertindak mengelirukan apabila ibu bapa pulang atau bertentangan tingkahlakunya (mengalih ke arah lain pandangannya atau menunjukkan kekeliruan pada ekspresi wajahnya).

Friday, April 27, 2012

Cara Tatih Berlajar Berjalan

Bayi berubah kebada tatih berdasarkan kepada pembelajaran berjalan. Ada bayi yang mula belajar berjalan pada usia lapan bulan manakala yang lain mungkin mengambil masa yang agak lambat sehingga lapan belas bulan. Purata berjalan mula pada usia dua belas bulan. Peringkat tatih berakhir apabila berusia sekitar usia dua setengah tahun.Jalan tatih adalah berbeza dengan kanak-kanak yang sudah berusia. Kaki kanak-kanak tatih adalah pendek mempunyai persamaan dengan bahagian tubuh. Tulang tatih dilapik dengan tulang rawan menjadikan ia fleksible mudah menyesuaikan keadaan bila terjatuh. Lampin menjadikan kawasan punggung (pelvic) kelihatan besar daripada sebenar dan menjadikannya sebagai pelindung apabila terjatuh. Kanak-kanak tatih berjalan tepi-ke-tepi atau sebelah menyebelah dengan memulakan kaki yang agak rigid berbanding berjalan lutut-ke-tapak arah pergerakan ke depan sebagaimana kanak-kanak yang berusia tiga tahun.

Thursday, April 26, 2012

Kanak-Kanak Tatih Melakar

Bayi yang sudah mula belajar berjalan akan bertatih-tatih Adakalanya terjatuh dan bangun semula. Perkara ini berterusan dan kanak-kanak ini menyesuaikan diri untuk mengimbang badan dan mengawal motor kasarnya. Pada peringkat ini kanak-kanak di panggil kanak-kanak tatih. Kanak-kanak mula memegang objek yang ditemui. Pada peringkat kanak-kanak memegang menggunakan keseluruhan tapak tangannya. Kanak-kanak tatihmungkin  suka menggunakan krayon untuk melakar di atas kertas semasa di meja. Kanak-kanak ini meneroka dengan menggunakan krayon bersaiz besar dan berminat dengan mebuat garisan. Semasa percubaan pertama melakar kanak-kanak ini mungkin akan memasukkan krayon ke dalam mulut untuk dikunyah. Beritahu kanak-kanak, "Tanda di sini," sambil menunjukkan jari anda ke atas kertas. Letakkan atau simpan krayon daripada pandangan kanak-kanak apabila kanak-kanak ini selesai sebab krayon hanya digunakan pada tempat yang khusus apabila anda mempunyai masa untuk menyelia kanak-kanak.

Wednesday, April 25, 2012

Bayi Mula Belajar Berjalan

Jangan bimbang jika bayi kerap terjatuh semasa dia mula belajar berjalan kerana ada lapisan lampin dan kakinya yang pendek dan serta penyambung yang fleksible maka bayi jarang cedera. Elakkan pertuturan yang berbentuk kata seruan yang boleh menyebabkan bayi ketakutan. Nada suara yang meninggi seperti "Cepat! cepat! jalan!."  Apabila mendengar nada suara meninggi bayi merasa ketakutan dan tidak lagi mendorong untuk mencuba atau meneruskan penerokaan berjalan. Semasa bayi belajar berjalan, pastikan bayi tidak ke tempat yang tinggi boleh menyebabkan jatuh serta cedera.

Tuesday, April 24, 2012

Persekitaran Mendorong Pergerakan Bayi

Di tasaka, bayi diberi peluang bergerak atau merangkak di ruang yang tertutup. Bayi boleh memaut pada kerusi yang teguh atau rak. Mereka seronok memaut ke cermin di dinding dan menepuk-nepuk cermin apabila melihat dirinya di cermin. Menyediakan pentas kecil (platform) yang beralas hamparan (carpet) untuk bayi memanjat di atas pentas dan bantu bayi ketika hendak turun. Bayi yang sudah mula membebaskan diri daripada sokongan (kerusi dan dinding) belajar berjalan mungkin membahayakan dirinya atau bayi lain jika membawa objek. Perhatikan objek yang dibawa tidak keras untuk mencederakan jika bayi berlanggar atau memukul bayi lain.

Monday, April 23, 2012

Membersihkan Mainan Kanak-Kanak

Perlu diingat, pergerakan semulajadi bayi yang boleh bergerak seperti merangkak akan mengambil objek dan seterusnya memasukkan ke dalam mulut. Oleh itu pilih mainan yang sesuai untuk mulut dan mesti sentiasa dibasuh dan dicuci dengan bahan pembersih kuman supaya tidak berjangkit. Bahan pembersih yang tidak membahayakan dan praktikal digunakan. Bayi yang mula menggigit perlukan objek getah yang stabil untuk digigit. Dinasihatkan bahan objek yang telah digigit tidak boleh dikongsi dengan bayi lain. Objek yang telah digigit atau dimasukkan ke dalam mulut bayi hendaklah segera dibasuh untuk menghindarkan jangkitan kuman.

Sunday, April 22, 2012

Persekitaran Menggalakkan Perkembangan Fizikal Bayi

Bayi boleh diletakkan ditempat duduk yang condong atau buai yang khas untuk membolehkan pergerakan bebas. Kanak-kanak ini dapat melihat apa yang berlaku di bilik dan juga memberi tumpuan kepada ransangan pendengaran. Sebagai contoh kita boleh melihat bayi akan mendengar sesuatu dan melihat ke arah pintu. Tingkahlaku ini adalah bukti pembelajaran bayi. Meletakkan bayi di lantai juga memberi keselesaan. Letakkan beberapa jenis permainan berdekatan dengan bayi. Mainan ini akan meransang bayi untuk merangkak atau menyusur untuk mendapatkannya. Jika di taska letakkan bayi berjauhan antara satu sama lain supaya tidak berlaku kecederaan apabila bertembung semasa mereka bergerak dengan barang mainan. Pengasuh hendaklah bersama bayi di lantai.

Saturday, April 21, 2012

Perkembangan Motor Fizikal Bayi

Sebelum bayi boleh bergolek sendiri, bayi memerlukan pertolongan orang dewasa untuk mengolekkannya. Cara ini membuat otot bayi dalam keadaan baik dan memberi mereka pandangan yang baru. Bayi yang masih kecil berupaya untuk mengerakkan kepada arah ke kiri dan ke kanan. Apabila bayi boleh bergolek di katilnya bermakna tahap pertama pembebasan motor. Ia hanya berlaku beberapa bulan sebelum bayi begitu aktif secara fizikal untuk tidak dikawal di katilnya. Pastikan bayi selamat daripada terjatuh sebelum meninggalkannya. Adalah membahayakan bayi jika ditinggalkan tanpa menjaganya.

Friday, April 20, 2012

Menghias Bilik Bayi

Bilik bayi (bawah 2 tahun) di taska sebaik-baiknya hendaklah dihiasi dengan menarik seperti gambar-gambar berwarna dan mobile untuk meransang kanak-kanak memerhati, menunjuk, bertanya soalan dan membuat komen tentang apa yang dilihatnya. Objek hendaklah ditukar dari minggu ke minggu dengan itu kanak-kanak akan melihat perkara yang baru untuk dilihat dan diperkatakannya. Sesuatu objek, buku dan mainan boleh dipilih untuk menyesuaikan tema pada setiap minggu.

Thursday, April 19, 2012

Ulang Tahun Ke 3, Terima Kasih Pembaca Budiman!!!

Hari ini genap tiga tahun blog BK yang dimulakan pada 19 April 2010. Saya amat berterima kasih dan menghargai sokongan pembaca sekelian. Penulisan di blog ini hanya sekadar memaparkan pembicaraan santai dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Saya mengharapkan perkongsian maklumat dapat dimanfaatkan jika bersesuaian dengan pembaca. Mungkin ada kekurangannya dalam penulisan di blog ini. Saya hanya sekadar penyampai maklumat yang saya tahu untuk dikongsikan. Sekiranya ada maklumat terkini mohon dikongsikan bersama. Jika ada kemuskilan atau sebarang pertanyaan amat dialu-alukan kemukakan di blog untuk sama-sama diperjelaskan permasalahannya bersama pembaca blog untuk berkongsi pandangan dan pengalaman.

Terima kasih sekali lagi kepada pembaca budiman. Sokongan anda untuk mendaftar sebagai pengikut amat memberi makna dan semangat kepada saya untuk berterusan menulis. Terima kasih dan serangkap pantun mohon kemaafan;

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Wednesday, April 18, 2012

Menarik Perhatian Bayi Menerusi Lagu dan Puisi

Orang dewasa atau pengasuh di taska boleh menyanyi, mendodoi atau berpuisi dengan bayi untuk mengarahkan perhatian kanak-kanak untuk melihat sesuatu seperti burung di luar jendela. Masih ingat lagu burung kakak tua? "Burung kakatua hinggap di jendela..." Apabila anda melihat burung hinggap di jendela, anda mahukan bayi mengetahui ada burung hinggap di jendela. Apabila melihat cicak di dinding, pengasuh boleh menyanyikan lagu, " Cicak, cicak di dinding, diam, diam merenung... Datang seekor nyamuk...lalu ditangkap." Terdapat berbagai versi dan anda boleh mengubahsuai mengikut keadaan.

Tuesday, April 17, 2012

Orang Dewasa Berkomunikasi Dengan Bayi

Ketika bayi di taska menerusi rutin harian, perbualan antara pengasuh dengan bayi termasuk melabel objek di persekitaran. Pengasuh atau orang dewasa boleh memberitahu bayi sesuatu hanya untuk berseronok dan boleh menyatakan sesuatu kepada bayi. Walau bagaimana pun mengharapkan bayi mengingatinya adalah terlalu awal dan bayi belum boleh mengingati lagi. Kadangkala semasa menyalin lampin bayi, pengasuh atau orang dewasa boleh memberitahu bayi akan keluar menjemur pakaian. Bayi akan bertindak balas dengan menceridauan dan menendang kaki menunjukkan kegembiraan - merasa gembira hubungan dan perhatian yang diberikan - tetapi tidak memahami atau mengingati cerita yang disampaikan oleh pengasuh.

Monday, April 16, 2012

Memperkenalkan Literasi Kepada Bayi.

Apabila bayi (lingkungan 1 tahun ke atas) boleh duduk, buku bergambar boleh diperkenalkan untuk membolehkan kanak-kanak bertindakbalas kepada gambar. Biasanya buku yang baik atau sesuai ialah buku gambar berwarna yang objeknya biasa kepada bayi seperti segelas susu, alat mainan atau kasut bayi. Anda boleh menyatakan konsep nama seperti "Susu, ini botol susu," semasa anda menyelak buku. Tidak lama kemudian bayi akan menyebut "susu" semasa menyelak buku. Pendidikan literasi diperkenalkan secara semulajadi, mesra, tempat yang positif dengan minat bayi untuk dibimbing.

Sunday, April 15, 2012

Melayani Isyarat Komunikasi Bayi

Orang dewasa boleh mengenalpasti menerusi pemerhatian bahawa semasa isyarat komunikasi awal bayi. Contohnya bayi selalu mengarah ke depan pada penutur, menguatkan suara dan peniruan suara atau nada-nada suara apabila bayi "bercakap" dengan orang lain. Semestinya pertuturan bukan perbualan tanpa seseorang yang menimbal balik idea, oleh itu orang dewasa hendaklah menyediakan "jawapan" kepada bayi, bertindak balas beberapa kali setiap hari dengan sedikit perkataan untuk menunjukkan orang lain juga berminat berbual dengan bayi.

Saturday, April 14, 2012

Orang Dewasa Model Berbahasa Kepada Bayi

Sejak mula bayi boleh mendengar suara manusia, bayi membina keupayaannya untuk bercakap. Bulan pertama bayi mendengar, mengeluarkan bunyi dan ceridauan. Mendengar adalah penting untuk bercakap. Jika anda tidak pasti boleh mendengar pastikan bawa berjumpa dan berbincang dengan ibu bapa bayi. Cadangkan bayi dibawa berjumpa doktor untuk diperiksa. Semasa di taska pengasuh dengan menunjukkan sesuatu alat permainan kepada bayi dengan berkata,"bola, bola, Adi ada bola. Pengasuh cuba menggunakan perkataan yang lambat laun Adi akan mengenalpasti dan memahami. Perkataan yang digunakan oleh pengasuh dikenali sebagai bahasa 'telegram'. Orang dewasa sebagai model berbahasa dan digalakkan untuk bercakap kepada bayi berhubungan dengan mata-ke-mata.

Friday, April 13, 2012

Persekitaran Sosial Di Taska

Peranan sebagai pengasuh di taska terhadap bayi adalah menentukan persekitaran sosial tidak terlalu sesak supaya bayi tidak cedera berlanggar antara satu sama lain. Pastikan terdapat peralatan yang mencukupi seperti bola, gelung dan permainan lain. Bayi tidak memahami milik atau perkongsian mainan. Pengasuh juga bertanggungjawab memastikan bayi boleh berkongsi mainan. Selain daripada itu, pengasuh hendaklah memastikan persekitaran sosial yang selamat supaya setiap bayi merasa seronok dengan kehadiran kanak-kanak lain.

Thursday, April 12, 2012

Menggalakkan Perkembangan Kemahiran Sosial

Manusia tidak lari daripada bersosial. Bayi juga berminat melihat orang lain dalam keluarganya atau di pusat jagaan/taska. Pengasuh di pusat jagaan/taska membantu untuk mensosialisaikan dengan bercakap kepada setiap bayi sekerap mungkin dan membantu bayi merasa seronok dengan bayi lain. Walau pun bayi suka bermain sendirian dengan alat permainan sepanjang masa disebabkan pada peringkat ini bayi di peringkat main sendirian (solitary play), ini tidak bermakna bayi tidak merasa seronok dengan kehadiran kanak-kanak lain. Bayi sebenarnya gemar memerhati apa yang dilakukan oleh orang lain. Bayi suka apabila kanak-kanak lain menegurnya apabila berlalu didepannya.

Wednesday, April 11, 2012

Memahami Bayi Di Taska

Pengasuh di taska hendaklah membuat pemerhatian setiap bayi yang dijaganya. Cuba beri perhatian sepenuhnya setiap bayi tentang keperluannya. Anda akan dapati keunikannya dan peranan anda adalah untuk menggalakkan rasa kepercayaan setiap bayi. Apabila ada pengasuh lain yang akan mengganti untuk menjaganya pastikan anda memberi maklumat dan arahan yang menjadi rutin kepada bayi untuk meneruskan seperti mana anda telah lakukan. Membina konsep kendiri yang positif pada setiap bayi adalah objektif utama dalam program pengasuhan berkualiti. Perasaan positif tentang diri seseorang datangnya daripada seseorang yang memerlukan kemesraan dan kasih sayang apabila berjumpa. Oleh itu pengasuh perlu melihat setiap bayi secara terus bertentangan mata dengan sabar, senyuman dan memegang dengan berhati-hati menunjukkan anda rasa mengambilberat terhadap bayi.

Tuesday, April 10, 2012

Membina Hubungan Perapatan Bayi Di Taska

Rasa kepercayaan terbina apabila bayi diangkat dengan mesra dan diletakkan pada dada semasa memberi makan. Bercakap perlahan atau menyanyi kepada bayi dengan hubungan atau memandang mata ke mata. Semasa menyalinkan lampin atau memakaikan pakaian hubungan mata ke mata perlu dikekalkan. Menggunakan kerusi bergoyang (rocking chair) untuk masa memeluk dan mendakap bayi hendaklah disediakan sebaik-baiknya. Menggunakan nama bayi hendaklah digunakan seberapa kerap bukan menggunakan panggilan nama lain.

Monday, April 9, 2012

Membina Rasa Keyakinan Ibu Bapa

Setiap hari anda memaklumkan pencapai perkembangan bayi kepada ibu bapa, biarpun makluman anda tentang masalah yang dihadapi oleh bayi. Anda dapat membantu ibu bapa menghargai bayi dengan memberitahu secara tidak langsung kepada ibu bapa yang anda juga menghargai bayinya. Anda juga perlu berhati-hati menggunakan perkataan yang bersesuaian untuk menghindarkan perasaan ibu bapa sehingga anda berlebihan memberi perhatian terhadap bayinya berbanding dengan ibu bapa sendiri. Peranan anda untuk membina hubungan keibubapaan dan tidak lebih dari itu. Ibu bapa selalu berasa kerisauan apabila bayi mereka di pusat jagaan. Jika pusat jagaan anda merupakan tempat yang menjaga piawaian kualiti yang tinggi, rasa kecurigaan dan kerisauan berkurangan. Sebenarnya penjagaan dan program yang berkualiti adalah kunci segala faktor.

Sunday, April 8, 2012

Mengalakkan Perapatan Bayi dan Ibu Bapa

Pengasuh atau pendidik taska boleh menggalakkan hubungan perapatan (bonding) antara ibu bapa dan bayi mereka. Contohnya, menyusukan bayi jika boleh dijadualkan, atau menyusukan dengan botol jika mereka boleh datang semasa waktu makan. Di sesetengah tempat iaitu pengasuhan atau taska di tempat kerja, digalakan perapatan sama ada ibu atau bapa sebab kedudukan tempat kerja tidak jauh dari taska. Ibu bapa yang datang diingatkan akan jadual dan peraturan di taska bahawa masa untuk menyusukan atau memberi makan bayi sahaja bukan untuk tujuan lain seperti masa lelap bersama bayi sehingga mengganggu jadual pengurusan di taska.

Saturday, April 7, 2012

Membina Rasa Kepercayaan Bayi

Membina kepercayaan merupakan salah satu yang diperlukan oleh bayi semasa tempoh awal kehidupannya. Bayi belajar memberi kepercayaan apabila ibu bapa dan pengasuh selalu bertindakbalas dengan mesra. Selalunya ibu bapa dan pengasuh memegang dengan cermat dan mengikut masa yang diperlukan tanpa menunggu lama dapat membina rasa kepercayaan bayi. Di peringkat awal usia bayi ini masa perapatan (bonding) diperlukan sama ada ibu bapa atau adik beradiknya. Perapatan juga boleh berlaku antara bayi dan pengasuh. Di atas sebab ini, pakar pendidikan kanak-kanak menyarankan seorang pengasuh di taska dipertanggunjawabkan hanya tiga orang bayi untuk membina kepercayaan, keselamatan dan perapatan.

Friday, April 6, 2012

Kebersihan Persekitaran Bayi

Tanggungjawab guru dan pengasuh di taska menjaga kebersihan persekitaran dengan menumpukan keadaan kebersihan pengasuhan terkawal dan menjaga kesihatan bayi. Tangan hendaklah sentiasa dibasuh selepas menyalin lampin dan selepas mengelap hingus atau air dari hidung untuk menghindarkan jangkitan. Penumpuan mengikut arahan peraturan kesihatan mesti diberi penekanan untuk menjaga bayi dan pengasuh dan juga ibu bapa serta adik beradik kepada bayi. Terdapat penyakit berjangkit yang boleh membahayakan bayi.

Thursday, April 5, 2012

Persekitaran Bayi

Persekitaran yang dapat membantu, pertumbuhan, perkembangan dan pembelajaran mestilah di susun atur oleh orang dewasa yang dipertanggungjawabkan untuk penjagaan bayi. Pengasuh di taska umpamanya boleh menentukan tema untuk minggu yang dapat membantu secara individu, kreativiti dan membantu interaksi. Sebagai contoh tema boleh menggunak tema 'bayi'. Menerusi tema ini pengasuh boleh menggunakan gambar bayi untuk menghiasi papan kenyataan (bulletin board), buku-buku dan 'puzzles' yang terdapat gambar bayi, menambahkan gambar bayi pada mobile di ruang tengah. Tema hendaklah yang mudah, satu konsep yang mudah dan label yang generik. Konsep melabel adalah aras permulaan bayi yang baru hendak mengenali sesuatu objek yang mempunyai nama.

Wednesday, April 4, 2012

Pengasuhan Kanak-Kanak Berkualiti

Pengasuhan bayi dan tatih di pusat jagaan kanak-kanak hendaklah dipastikan kualiti pengasuhannya. Antara perkara penjagaan dan pengasuhan yang berkualiti adalah seperti berikut:
  1. mengekalkan piawaian yang tinggi untuk amalan penjagaan pemakanan dan kesihatan.
  2. memberi tumpuan kasih sayang setiap individu.
  3. menghormati rentak (tempo) individu dan keperluan penerokaan.
  4. memperkayakan pengalaman berbahasa.
  5. menggalakan pengalaman sosial dan tidak mementingkan diri.
  6. membimbing perkembangan kognitif.

Tuesday, April 3, 2012

Prinsip Perancangan Aktiviti Bayi 3

Prinsip yang ke tiga adalah terdapat perbezaan individu di kalangan bayi. Setiap hari akan membawa pertumbuhan dan tingkahlaku yang baru di mana setiap bayi akan mencapai sedikit perbezaan masa penanda aras (benchmarks) perkembangannya. Pada keseluruhannya bayi perempuan mencapai keseluruhan perkembangan (milestones) ke hadapan berbanding dengan bayi lelaki. Perlu diingat prinsip ini menghargai setiap kanak-kanak sebagai individu yang berbeza dan menghindarkan orang dewasa daripada membuat perbandingan yang tidak bersesuaian antara seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain.

Monday, April 2, 2012

Prinsip Perancangan Aktiviti Bayi 2

Prinsip ke dua semasa merancang aktiviti bahawa biasanya bayi sejak bulan pertama dilahirkan berterusan membesar dan perkembangan yang optimal dalam setiap bidang (fizikal, kognitif, emosi dan sosial). Bayi mempunyai minat untuk belajar dan berkembang. Apabila bayi sihat, ibu bapa dan pengasuh hendaklah mengambil langkah kepada membina persekitaran selamat sementara bayi membesar dan menjadi individu yang lebih komplek.

Sunday, April 1, 2012

Prinsip Perancangan Aktiviti Bayi 1

Prinsip pertama perlu diingat dalam memberi peluang merancang aktiviti untuk bayi adalah setiap apa yang dilakukan oleh bayi adalah peluang pembelajaran. Sama ada satu hala atau penjagaan rutin, pemupukan dan bermain yang menyumbang perkembangan motor fizikal, perkembangan sosio-emosi dan, perkembangan kognitif dan bahasa. Oleh itu pengasuh bayi di taska hendaklah merancang aktiviti mengikut kesesuai dan persekitaran bayi.