Mendengar kritikal memerlukan kanak-kanak mengingat semula apa yang pernah didengar dan menerangkannya, memikirkan dan memberi tindakbalas. Aktiviti ini dapat membina kemahiran timbang rasa. Kanak-kanak berupaya untuk menimbangkan sesuatu yang baru bertentang dengan apa yang telah diketahui dan dirasa dan bersemangat untuk membincangkan perbezaannya. Ada juga kanak-kanak yang suka memberi pendapat dan berkongsi pemikirannya. Terdapat juga kanak-kanak yang mendiamkan diri menyimpan pandangannya. Orang dewasa hendaklah mendorong kanak-kanak ini untuk terlibat sama dengan memberi peluang untuk bercakap apa yang difikirkannya.
Aktiviti yang dicadangkan sesuai dan boleh melibatkan kanak-kanak berfikir secara kritikal;
Aktiviti yang dicadangkan sesuai dan boleh melibatkan kanak-kanak berfikir secara kritikal;
- masalah untuk dibincangkan dan penyelesaian diberi dan dinilai.
- kemungkinan mendatangkan hasil atau meneka secara spontan.
- kebenaran atau membuat suatu dipercayai dengan menunjukkan menggunakan kriteria.
- minat dan bukan kegemaran seseorang boleh dibincangkan.
- memilih secara kumpulan dan diberi pandangan hasil yang diperolehi.
- kesilapan yang ditemui.
- menjangka perasaan orang lain.
- penemuan ketidaktetapan.
No comments:
Post a Comment