Kemahiran literasi visual atau kemahiran mengambarkan merujuk kepada kecekapan sekumpulan gambaran yang dibina menerusi penglihatan dan pada masa yang sama dapat dihubungkan dengan pengalaman deria yang lain. Contohnya seorang kanak-kanak berkata," Sarah tidak datang hari ini." "Kenapa?" guru bertanya. "Dia pakai baju cantik," kanak-kanak lain memberitahu. Sarah keluar pada hari itu memakai pakaian cantik kebetuan dilihat oleh salah seorang rakannya. Kanak-kanak telah membina kemahiran literasi visual cuba menjelaskan tindakan, objek, simbols, semulajadi atau buatan manusia yang boleh dihubungkan dengan persekitarannya.
Kaedah ini membantu kanak-kanak menjelaskan idea menerusi seni grafik, menggunakan pelbagai media dan sistem simbol membolehkan kanak-kanak belajar tentang simbol. contohnya pendekatan Reggio Emilia menggunakan lakaran dan lukisan sebagai konsep literasi visual.

Assalammualaikum Prof,
ReplyDeleteSaya pelajar lulusan SPM pangkat 5A sains tulen sangat berminat dalam bidang pendidikan, tetapi saya mahukan sesuatu yang lebih mencabar dari sekadar menjadi seorang guru seperti mengendalikan kanak-kanak yang bermasalah seperti dyslexia dan seumpamanya.. Apakah jurusan yang sesuai untuk saya dan apakah tahap tertinggi yang boleh saya capai dalam bidang dan jurusan tersebut. Keprihatinan Prof amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih..