Friday, July 31, 2015

Memegang bayi


Orang selalu memandang berat sebelah terhadap cara memegang menggunakan tangan kiri. Psychology Today (January 2010)....

"Kebanyakan kita memegang bayi dengan meletakkan kepala bayi baring dekat siku sebelah kiri. Kedudukan cara ini, ekpresi wajah bayi mula-mula diurus oleh   emosi pengasuh dari otak sebelah kanan membenarkan keperluan komunikasi bayi lebih cepat dan perapatan lebih kukuh."

Thursday, July 30, 2015

Bimbingan Keibubapaan

Pengetahuan dan kepakaran pengalaman professional (guru tadika/pengasuh taska) banyak membantu untuk keluarga, terutamanya kepada keluarga yang tiada pengalaman. Pada masa yang sama keadaan ini boleh jadi menakutkan. Profesional perlu mengambil berat tentang memberi nasihat dan maklumat kepada keluarga. Membantu adalah lebih sesuai berbanding dengan memberi mandat untuk mendidik keluarga. Tumpuannya adalah untuk membantu dan memberi kuasa kepada keluarga terhadap orang yang sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak. Bimbingan keibubapaan yang baik melibatkan kedua perkara iaitu melengkapkan diri dengan maklumat dan menasihati serta menyakinkan diri sendiri. Terlalu banyak maklumat daripada pakar boleh menyebabkan keluarga hilang keyakinan dan menjadi keliru terutama apabila penasihatan itu konflik. 

Wednesday, July 29, 2015

Bagaimanakah Menangani Kemarahan Ibu Bapa?

Oleh kerana semua ibu bapa berpengalaman dan mempamerkan kemarahan semasa bimbingan keibubapaan. Bagaimana guru menyatakannya jika ibu bapa marah tanpa kawalan dan adakah dianggap sebagai masalah? 

Dr. Hendrie Weisinger telah mengenalpasti lima indicator yang dapat membantu anda untuk mengenali jika ibu bapa mempunyai masalah pengurusan marah. Indikator ini ada kaitannya dengan tumpuan, frekuensi dan impak ke atas interaksi dengan orang lain. Jika anda berdepan dengan ibu bapa yang anda percaya mempunyai masalah dengan marah, anda boleh gunakan lima indicator berikut untuk menilai sama ada anda boleh mencuba membantu ibu bapa menghadapi kemarahan:

  • Kekerapan episod kemarahan.
  • Reaksi kemarahan kerap ekstrem atau aras tinggi.
  • Kemarahan ibu bapa memakan masa yang lama selepas peristiwa berlaku.
  • Reaksi kemarahan membawa kepada verbal atau agresif fizikal.
  • Kemarahan ibu bapa memberi impak negatif kepada kanak-kanak, hubungan ibu bapa – kanak-kanak, hubungan dengan guru dan ibu bapa lain, atau mengganggu aktiviti bilik darjah.

Tuesday, July 28, 2015

Model Tanah Liat Membantu Kreativiti Kanak-Kanak

Ceramic atau marmar cuma tanah lumpur yang dimasak daripada tanah. Model bermaksud membuat objek, tubuh atau rupa bentuk, daripada bahan tersebut boleh dibentuk dan diubah bentuk dengan mudah seperti campuran tanah dengan air. Tanpa sumber lain, membuat model dengan tanah liat menjadi aktiviti yang dapat membantu untuk membina imaginasi kreatif pada kehidupan kanak-kanak yang tidak berkemampuan.


Bermula usia masih lagi kecil kanak-kanak telah bersedia untuk mencipta. Keupayaan membentuk tanah liat adalah alat yang mengagumkan. Bermain dengan tanah liat membuat beg, ular dan sebagainya merupakan kemahiran kreatif yang sepatutnya digalakkan tanpa sebarang sebab. Mula-mula kanak-kanak mencurahkan idea tanpa memikirkan atau kesedaran. Kemudian kanak-kanak berupaya untuk menghubungkan idea fantasi dengan kerangka garisan. Tanah liat membantu merealisasikan imaginasi. Menerusi pelbagai eksperimen kanak-kanak menetapkan keupayaannya dan keseronokan yang dicipta akan meningkatkan pencitaan ke aras lebih tinggi.

Monday, July 27, 2015

Bagaimanakah Melihat Kepimpinan dan Pengurusan?

Apa yang perlu dilihat di dalam program:

  • Pengurusan program berkelayakan pendidikan awal kanak-kanak.
  • Program mendapat lessen atau berdaftar menerusi agensi  yang ditauliahkan.
  • Polisi dan peraturan program dikongsikan bersama dengan keluarga termasuk matlamat dan kurikulum.
  • Nisbah kanak-kanak dan orang dewasa bersesuaian.

Sunday, July 26, 2015

Kepimpinan dan Pengurusan

Setiap program ada menawarkan perkhidmatan yang berkualiti. Ibu bapa akan dapat melihat struktur organisasi yang dinyatakan di papan kenyataan. Di situ terdapat maklumat tentang program melaksanakan polisi, peraturan dan sistem secara berkesan untuk membantu mengukuhkan dan personaliti staf.

Friday, July 24, 2015

Menilai Persekitaran Fizikal Yang Selamat

Apa yang perlu dilihat di dalam program:
  • Kemudahan direka supaya staf menyelia kanak-kanak menerusi penglihatan dan bunyi.
  • Peralatan memenuhi keperluan seperti sink tempat basuh tangan, kerusi saiz kanak-kanak, cort dll.
  • Pelbagai bahan dan peralatan yang sesuai untuk kanak-kanak mengikut umur dan tahap perkembangan disediakan, dijaga dengan bersih, dan selamat digunakan.
  • Kawasan permaianan luar berpagar menghalang laluan kanak-kanak ke jalan raya.
  • Alat pertolongan cemas, pemadam api, isyarat kebakaran dan peralatan keselamatan lain perlu disediakan.

Sunday, July 12, 2015

Bagaimanakah Persekitran Fizikal Yang Sesuai di Taska dan Tadika?



Program selamat dan persekitaran sihat yang menyediakan penjagaan persekitaran yang sesuai di dalam dan di luar bangunan.  Persekitaran meliputi kemudahan, bahan, peralatan untuk kemudahan pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. 

Saturday, July 11, 2015

Bagaimanakah Cara Taska dan Tadika Menjalin Hubungan Komuniti?



Apa yang perlu dilihat di dalam program:

  • Program menghubungkan penggunaan muzium, taman, perpustakaan, zoo dan sumber lain dalam komuniti.
  • Terdapat wakil daripada komuniti seperti pengarang atau pelukis.
  • Staf membina hubungan professional dengan agensi komuniti dan organisasi.

Friday, July 10, 2015

Bagaimanakah Hubungan Komuniti Membantu Taska dan Tadika?



Program mengujudkan hubungan dengan menggunakan sumber komuniti untuk menyokong matlamat yang dirancang. Hubungan dengan agensi dan institusi dalam komuniti boleh membantu untuk meningkatkan matlamat program. Hubungan dengan keluarga sebagai sumber membantu pembelajaran dan perkembangan kesihatan kanak-kanak.

Thursday, July 9, 2015

Bagaimanakah Taska dan Tadika Menjalankan Penglibatan Keluarga?


Apa yang perlu dilihat di dalam program:
  • Semua kelaurga dialu-alukan dan digalakkan terlibat dalam semua aspek program .
  • Guru dan staf bercakap dengan keluarga tentang sturktur keluarga dan melihat penjagaan kanak-kanak dan menggunakan maklumat untuk disesuaikan dengan kurikulum dan pengajaran.
  • Program menggunakan pelbagai strategi untuk berkomunikasi dengan keluarga.
  • Maklumat program termasuk polisi dan peraturan orperasi diberikan dalam bahasa yng mudah difahami oleh keluarga kanak-kanak.Kah