Monday, March 24, 2014

Pendidik Awal Kanak-Kanak Sebagai Pemimpin

Guru sentiasa bertanggungjawab pada kelas dan perancangan program. Peranan ini lebih tertumpu pada kebijaksanaan guru untuk merancang apa yang perlu kanak-kanak pelajari, membimbing dan mengajar supaya kanak-kanak dapat belajar, menilai pembelajaran kanak-kanak dan menyusun persekitaran kelas supaya kanak-kanak belajar.

Sunday, March 23, 2014

Apakah Peranan Pendidik Awal Kanak-Kanak Pada Hari Ini?

Peranan profesional pendidik awal kanak-kanak pada hari ini jauh berbeza daripada apa yang dilihat masa dua tiga tahun yang lalu. Walau pun matlamat profesionalisme dan ciri kualiti profesional tetap kekal namun tanggungjawab, harapan dan peranannya berubah dan akan sentiasa berubah. Profesional pendidik awal kanak-kanak terus menerus mengikuti perkembangan semasa dan persekitarannya sekian hari semakin berat tanggungjawabnya untuk memenuhi harapan ibu bapa dan masyarakat yang inginkan pendidikan selaras dengan perkembangan semasa.

Thursday, March 20, 2014

Musang Tengok Ayam

Sang Tupasang,
     Tupasang bunga leban;
Datang hantu musang,
     Tengok ayam masuk reban.

Sang Tupasang,
     Tupasang bunga dedap;
Datang hantu musang,
     Tengok ayam seekor sedap.

Sang Tupasang,
     Tupasang bunga lada;
Datang hantu musang,
     Tengok ayam seekor tak ada.

Sang Tupasang,
     Tupasang bunga labu;
Datang hantu musang,
     Tengok ayam tiga ribu.

Wednesday, March 19, 2014

Apa Nenek Kendong?

Congek cat dong,
     Cat dong duku dakat;
Apa nenek kendong,
     Kendong butir langsat

Congek congek canggung,
      Canggung duku daka;
Apa nenek kendung,
      Kendong butir nangka.

Congek congek canggung,
     Canggung kayu nangka;
Apa nenek kendung,
     Kendong kain saja.

Tuesday, March 18, 2014

Bilik Darjah Konstruktivisim

Bilik darjah kontsruktivism adalah berpusat kanak-kanak dan pembelajaran berpusat. Kanak-kanak di bilik darjah konstruktivism:
  • fizikal dan mentalnya aktif.
  • digalakkan untuk berinisiatif aktiviti pembelajaran.
  • berpasangan dengan guru dalam pembelajaran.
  • sentiasa berdialog dan berkomunikasi dengan rakan sebaya, guru dan orang dewasa.

Monday, March 17, 2014

Asas Konsep Konstruktivism

Berikut adalah asas konsep konstruktivitism sebagai panduan untuk diaplikasikan semasa bekerja dengan kanak-kanak:
  • kanak-kanak membina pengetahuan berasaskan apa yang telah mereka ketahui (pengetahuan yang menjadi keutamaannya).
  • kanak-kanak merupakan agen yang aktif yang menyelesaikan masalah dan memikirkan sendiri.
  • kanak-kanak mengalami dengan orang, tempat dan benda-benda yang disediakan sebagai kerangka kerja untuk mereka membina pengetahuan.
  • cara yang terbaik kanak-kanak belajar menerusi pengalaman dan aktiviti yang diinisiatifkan oleh mereka sendiri dan diminati.
  • pengajaran dan pembelajaran berpusatkan kanak-kanak.

Sunday, March 16, 2014

Konstruktivism

Konstruktivism adalah teori kognitif perkembangan dan pembelajaran yang menekankan peranan aktif kanak-kanak dalam membina kefahaman dan pembelajaran. Teori ini percaya kanak-kanak aktif untuk mendapatkan pengetahuan menerusi bimbingan untuk mengetahui cara dan apa yang perlu diajar dan menyediakan arah dan susunan persekitaran pembelajaran.

Saturday, March 15, 2014

Peranan Guru Mengikut Model Perkembangan

Model perkembangan peranan guru antara cirinya:
  • memerhati, merekod dan menilai kanak-kanak dan kemajuan kumpulan dan berasaskan arahan maklumat.
  • guru mempunyai kepelbagaian kebijaksanaan untuk memahami kepentingan strategi dorongan untuk menggalakkan aktiviti intelektual dan ekspresi kanak-kanak. Peranan guru juga perlu peka membentuk aktiviti kanak-kanak.

Friday, March 14, 2014

Ciri Model Perkembangan

Banyak model pembelajaran yang digunakan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Setiap model berteraskan teori pembelajaran. Antara ciri model program perkembangan adalah seperti berikut:
  • persekitaran fizikal direka secara optimum pembelajaran maujud dan membolehkan kanak-kanak meneroka secara meluas dan pelbagai bahan dan objek.
  • kanak-kanak mempunyai peluang untuk bekerja sendirian, dengan seorang atau dua orang kanak-kanak, dalam kumpulan kecil, dan dalam situasi kumpulan besar. Kanak-kanak mempunyai pilihan dalam memilih pengalaman pembelajaran.
...bersambung.

Thursday, March 13, 2014

Peranan Orang Dewasa Mempertingkatkan Perkembangan Pengetahuan Kanak-Kanak

Orang dewasa boleh memainkan peranan untuk meningkatkan perkembangan pengetahuan kanak-kanak. Antara yang dicadangkan adalah seperti berikut:
  • menyediakan persekitaran pembelajaran
  • boleh dijangkakan oleh kanak-kanak setiap peristiwa yang dilibatkan
  • pembalikan dalam aktiviti iaitu memberi dan menerima semasa berinteraksi sosial
  • memberi ruang untuk kanak-kanak dalam penyelesaian masalah

Wednesday, March 12, 2014

Teori Tingkahlaku

Teori tingkahlaku juga dikenali sebagai teori behavioris. Toeri ini menekankan perubahan yang berasaskan dari persekitaran menerusi pembelajaran. Contohnya, jika kanak-kanak mendengar bahasa, meniru dan diberi ganjaran kerana membunyikan suara, kanak-kanak ini akan belajar bertutur. Teori behavioris menerangkan bagaimana kanak-kanak belajar tanpa had umur atau peringkat. Teori behavioris boleh dilihat manakala ada teori yang berorientasi perkara menerusi minda tidak dapat dilihat.

Tuesday, March 11, 2014

Teori Perkembangan

Teori perkembangana biasanya menerangkan perubahan pada kanak-kanak hasil daripada interaksi antara pertumbuhan dan pembelajaran. Semua kanak-kanak perkembangannya sama. Contohnya, banyi meneroka objek menerusi deria penglihatan, rasa, sentuh, bunyi dan bau untuk mempelajari objek itu kekal sebeum hilang dari penglihatannya.

Monday, March 10, 2014

Pertumbuhan Dan Pembelajaran Kanak-Kanak.

Perumbuhan kanak-kanak merujuk kepada urutan perubahan atau peringkat ke arah pembesaran kanak-kanak pada anggota tubuh badannya.  Contohnya kepala kanak-kanak membesar terlebih dahulu sebelum anggota badanya. Manakala pembelajaran merujuk perubahan tingkahlaku akibat pengaruh persekitaran. Contohnya kanak-kanak di Malaysia belajar bahasa Melayu.

Sunday, March 9, 2014

Kanak-Kanak Berusia Enam Hingga Lapan Tahun

Kanak-kanak di peringkat usia ini di tahap perkembangan integrasi. Mereka mengambilberat keperluannya sendiri. Memerhati peraturan keluarga tentang masa makan, menonton televisyen dan keperluan masa peribadi. Kanak-kanak ini boleh diharapkan untuk melakukan tugasan dan tanggungjawab mudah. Kanak-kanak boleh mengawal dirinya dan persekitarannya. Kanak-kanak peringkat usia ini seronok dengan cabaran dan gembira apabila tugasannya dapat diselesaikan.

Saturday, March 8, 2014

Kanak-Kanak Berusia Lima Tahun

Kanak-kanak berusia lima tahun berkeyakinan dan mudah berkawan. Mereka mengharapkan disukai dan dihargai. Kanak-kanak ini juga bersedia untuk mendapatkan pengalaman baru. Mereka amat berminat untuk belajar dan membantu orang dewasa. Kanak-kanak ini sedia bercakap dan bertanya banyak soalan. Biasanya perkataan "Kenapa" dan mereka menunjukkan kesungguhan apabila untuk menguasai sesuatu kemahiran baru. Kanak-kanak peringkat usia ini mempercayai orang dewasa walau pun mereka suka berdikari. Kanak-kanak ini juga bergantung kepada pengurusan orang dewasa, meminta bantuan dan nasihat apabila perbalahan berlaku.

Friday, March 7, 2014

Kanak-Kanak Berusia Empat Tahun

Kanak-kanak peringkat usia empat tahun berada di taska tidak memerlukan bantuan secara aktif daripada guru untuk membimbingnya bermain. Kanak-kanak ini mengerjakan mainan yang dia perlukan atau kadangkala untuk mendapatkan nasihat. Kanak-kanak pada peringkat usia empat tahun akan menemui orang dewasa untuk meminta bantuan apabila mereka cedera. Kanak-kanak ini juga suka mendapatkan restu sesuatu yang dibuat atau dilukis. Mereka bertindakbalas riang apabila mendapat permintaan daripada orang dewasa atau peringatan.

Thursday, March 6, 2014

Kanak-Kanak Berusia Tiga Tahun

Kanak-kanak berusia tiga tahun ceria dan mesra yang memerlukan untuk berdikari, main dengan pelbagai peralatan mainan, masa untuk bersama kanak-kanak lain, suka bercakap dan mendengar cerita. Kadangkala kanak-kanak berusia tiga tahun suka mengambilberat seperti menepuk mesra orang dewasa dan rakan sebaya.

Wednesday, March 5, 2014

Tatih

Kanak-kanak berusia lapan belas bulan dikenali sebagai tatih (toddler) sudah mula menendang, menolak, memaut dan menghentak tangan dan kaki. Mula menirap dan menjalar menggunakan dada, kadangkala menolak peralatan. Aktiviti motor kasar mendahului motor halus. Setelah berusia dua tahun mula berlatih keupayaan suara, mengulangi perkataan, nama benda, menyesuaikan perkataan dengan tindakan dan tindakan dengan perkataan.

Tuesday, March 4, 2014

Bayi

Bayi berusia sebulan telah berupaya menyesuaikan rutin kehidupan. Apabila berusia tiga bulan sudah boleh menyedari, minat dalam kehidupan, suka untuk bersama orang lain, senyum dan menggunakan suaranya dengan berbagai cara selain menangis. Bergerakan tubuh boleh dikawal. Bayi bangun lebih lama selepas bangun tidur. Bayi berusia enam bulan membesar dengan cepat. Beratnya dua kali ganda dari berat kelahirannya dan membesar lebih kurang lima inci panjangnya.

Monday, March 3, 2014

Bayi Baru Dilahirkan

Bayi yang baru dilahirkan bergantung sepenuhnya kepada orang dewasa di sekelilingnya. Bayi sentiasa berubah suhu kerana diangkat dan dipegang, sedikit bunyi, cahaya terang dan keakraban tubuh manusia. Bayi tidak boleh berbuat apa-apa melainkan bernafas, mengolom jari dan menangis meminta pertolongan. Menangis merupakan bahasa walau pun kadangkala hanya bertujuan untuk keperluan dirinya sendiri.