Kebiasaan mendengar dengan baik adalah penting dalam mana-mana situasi, baik di rumah mahu pun di sekolah. Orang dewasa terutama guru perlu untuk menilai dirinya tentang kebiasaan mendengar dan keupayaan mendengar setiap hari bekerja bersama kanak-kanak. Jika apa yang diharapkan tidak berbelah bagi dengan kanak-kanak, maka orang dewasa dan juga guru mesti memberi perhatian tanpa berbelah bagi kepada kanak-kanak. Kebanyakan guru dilatih semasa dalam latihan perguruan supaya membongkok atau merendahkan diri pada aras mata kanak-kanak apabila bercakap dengan kanak-kanak, tetapi sejauh mana kita melakukannya semasa kita mendengar dengan kanak-kanak?
Dua faktor yang mungkin mengurangkan keupayaan orang dewasa untuk mendengar dan sebagai model tingkahlaku mendengar:
Dua faktor yang mungkin mengurangkan keupayaan orang dewasa untuk mendengar dan sebagai model tingkahlaku mendengar:
- Mereka mungkin tidak mempunyai pengalaman mendengar dari guru semasa zaman persekolahannya (termasuk pensyarah di kolej) yang mendengar dengan perhatian dan menghargai pertanyaan kanak-kanak.
- Guru mungkin sibuk menyampaikan maklumat sehingga mereka tertinggal soalan yang berharga dan komen kanak-kanak kecil. Jenis gaya interaksi mengajar kanak-kanak duduk secara pasif dan menjauhkan untuk menyoal.
1. terdapat segelintir manusia yang hanya mahu katanya sahaja didengar
ReplyDelete2. para pendidik tidak sabar, mahu melihat kejayaan pelajarnya dengan segera akibat tekanan daripada pihak atasan, lalu lebih mengutamakan pemberian ilmu tanpa mendengar keluhan si anak
3. budaya mendengar semakin pupus kerana kelemahan pendengar sendiri, juga kelemahan sipenyampai...
Setuju dengan cikgu salleh. Di sekolah cgu hanya mengejar silibus demi silibus supaya cepat habis untuk peperiksaan. Mendengar telah lenyap dalam sesi P & P. Guru jadi garang dan anak-anak tidak teransang dengan fitrah dia belajar. Tak akan terbina generasi yang gemilang malah asyik kelam kabut je.
ReplyDeleteTerima kasih memberi pandangan yang bermanfaat.
ReplyDelete