Pendidik kanak-kanak menasihatkan orang dewasa supaya peka dan bertindakbalas seminima mungkin terhadap tangisan bayi. Berdasarkan kajian terdapat aspek positif tentang tangisan bayi termasuk mengurangkan stress, menghilangkan toksid dalam air mata dan mengukuhkan imbangan fizikal dan emosi. Walau bagaimana pun dinasihatkan tidak boleh dibiarkan bayi menangis sendirian sebaliknya orang dewasa hendaklah berterusan mententeramkan dan memenuhi keperluan yang diingini oleh bayi.
Apa kesannya jika tangisan tersebut dibiarkan, Prof?
ReplyDeleteProf , bagaimana pula dgn bayi y sentiasa menangis inginkaan perhatian y lebih? Misalnya , sentiasa inginkan tumpuan diberikan kpdnya. kl pengasuh bangun berdiri je , ia akan menangis. apatah lagi meninggalkannya. Bayi tersebut akan menangis seperti kesakitan dipukul2. bayi ini jg kurang berminat dgn aktiviti. usia bayi ni 8 bulan. Bagaimana cara terbaik utk bertindak dgn tangisan bayi ini prof?
ReplyDeleteProf, bagaimana tentang kanak2 yang menangis tetapi tak bersuara, hanya nampak mengalir air mata sahaja. Adakah ini sihat?
ReplyDelete