Mendengar menghargai berhubung dengar mendengar yang tidak berat apabila keseronokan atau bersantai menjadi keutamaan. Mendengar rakaman, mendengar pengalaman kehidupan, menggunakan latarbelakang muzik mengiringi lagu kanak-kanak merupakan antara aktiviti yang boleh dilaksanakan. Terdapat aktiviti mendengar menghargai membina mod, menyentuh perasaan dan menambahkan dimensi pengalaman. Aktiviti mendengar menghargai termasuklah;
- pergerakan muzik
- membincangkan muzik, rentak dan bunyi
- bercakap tentang bunyi yang digemari
- bercakap tentang kegembiraan, kesedihan, atau rasa kecindan tentang bunyi yang dihasilkan.
- hentak, tepuk atau bergerak ikut muzik atau nada pertuturan
Kanak-kanak sememangnya suka menyanyi. Secara tidak langsung membina perbendaharaan perkataan, memupuk kepekaan deria nada dalaman, membina kesedaran tentang nada suara dan intonasi, memahami konsep bahasa seperti lantang, lembut, cepat dan perlahan. Menyanyi dapat membina kemahiran ayat dan mengingat. Apabila kanak-kanak belajar sebarang lagu, mula-mula mereka akan belajar perkataan, kemudian rentak dan element yang lain. Lagu tradisional mengandungi banyak permainan suara dan pengulangan melodi dan corak nada. Muzik adalah membina bahasa.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSebab itu lah aktiviti di taska @ tadika perlu sentiasa diaplikasikan pengajaran yg mengandungi nyanyian & muzik..
kanak2 yg sentiasa didedahkan dengan aktiviti mendengar seperti ini mempunyai perbezaan dgn yg jarang2 terlibat dgn aktiviti berikut.
Terima kasih perkongsian pengalaman. Semoga dapat dimanfaatkan bersama.
ReplyDelete