Puisi tradisional Melayu untuk kanak-kanak jenisnya tidak banyak. Puisi lebih berbentuk pantun empat kerat dan dua kerat. Mungkin terdapat puisi kanak-kanak dari pelbagai suku kaum di nusantara yang belum dikumpulkan dan amat dialu-alukan memberi sumbangan untuk dikumpulkan sebagai warisan generasi akan datang.
Di barat puisi kanak-kanak dapat dinyatakan seperti berikut:
Di barat puisi kanak-kanak dapat dinyatakan seperti berikut:
- lirik melodi: puisi yang menyatakan secara diskriptif dan selalunya ada unsur nyanyian.
- puisi naratif: menyampaikan cerita atau menyatakan peristiwa atau perkara yang berlaku.
- limerik: puisi yang mempunyai lima baris setiap set dalam corak rima yang khusus dan biasanya berunsur jenaka.
- puisi rangkap bebas: tidak mempunyai rima.
- puisi yang bukan-bukan: selalunya mengelikan hati dan jenaka.
Prof & rakan2 pembaca,
ReplyDeleteSaya ada satu untuk dikongsikan disini. Mungkin rakan dari Sabah biasa dengan lagu ini. Jika ada kesilapan mohon diperbetulkan;
Tepuk, tepuk tangan
Suka-suka
Tangan di kepala
Tangan di pinggang
Lompat tinggi-tinggi
Satu, dua, tiga
Dengar bunyi burung
Terbang di udara....