Orang dewasa khususnya ibu bapa dan guru bukan sahaja sebagai model pertuturan tetapi termasuk sikap dan tingkahlaku untuk mendengar, menulis dan membaca. Kanak-kanak memerhati dan mendengar akan penggunaan tatabahasa orang dewasa dari segi nada sebutan dan bentuk ayat yang digunakan. Kanak-kanak akan meniru dan menggunakan orang dewasa sebagai contoh. Pertimbangkan cara yang berlainan dan persamaan untuk orang dewasa berinteraksi secara lisan dengan kanak-kanak. Cuba bezakan cara orang dewasa berinteraksi dengan kanak-kanak yang membina pertuturan secara konstruktif.
Contoh A:
Kanak-kanak: "Adik menangis."
Orang dewasa: " Ya, adik menangis."
Contoh B:
Kanak-kanak: "Adik menangis."
Orang dewasa: "Awak dengar adik menangis?"
Kanak-kanak: "Ya, ya."
Orang dewasa: "Mungkin dia lapar dan minta susu."
Kanak-kanak: "Nak botol."
Orang dewasa: "Cuba tengok, saya letakkan botol di mulutnya."
Kanak-kanak: "Adik lapar."
Orang dewasa: "Ya, dia menghisap susu. Susu masuk ke dalam mulutnya. Tengok, susu hampir
habis."
Bagi saya yg penting orang dewasa kena terus bercakap utk memperluaskan tatabahasa. Tapi kena sentiasa beringat supaya sentiasa menggunakan tatabahasa & penggunaan ayat yg betul serta positif kerana ia akan menjadi ikutan kanak2..
ReplyDelete