Thursday, May 31, 2012

Kebaikan Aktiviti Luar

Aktiviti luar bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar bangunan. Kanak-kanak tidak semestinya sentiasa berada di dalam bangunan sama ada di taska atau tadika. Aktiviti luar memberi banyak kebaikan kepada kehidupan kanak-kanak. Matlamat kemahiran perkembangan motor kasar berhubungkait dengan perkembangan matlamat mental, sosial dan emosi. Aktiviti luar dapat melegakan tekanan di dalam kelas semasa duduk, berfikir, senyap dan cuba hendak menjadi baik. Semasa aktiviti di luar memberi peluang kanak-kanak ransangan untuk berjumpa rakan dan bercakap tentang minat yang sama. Kanak-kanak bercakap, berteriak, ketawa dan menyanyi untuk melegakan tekanan semasa di kelas. Bahasa yang digunaka lancar secara semulajadi. Kanak-kanak menggunakan masa luar kelas untuk merancang dan membuat sesuatu bersama. Berkongsi dan membina kemahiran sosial. Aktiviti luar menyediakan penerimaan sosial dan kepimpinan kepada kanak-kanak yang sukar menyesuaikan diri dengan aktiviti formal.

Wednesday, May 30, 2012

Perbezaan Perkembangan Kemahiran Motor Kasar Dan Motor Halus

Aktiviti luar bangunan atau kelas melibatkan perkembangan kemahiran motor. Kemahiran motor memerlukan kawalan anggota tubuh. Apabila kemahiran mengerakan anggota tubuh seperti berlari, melompat atau memanjat dipanggil motor kasar atau kemahiran otot kasar. Apabila kemahiran seperti menulis, mengikat atau menggunakan gunting dipanggil motor halus atau kemahiran motor halus. Menurut kajian perkembangan corak perkembanagan motor boleh dijangakan setiap aspek pada individu yang berlainan.

Tuesday, May 29, 2012

Kesediaan Ke Tandas Kanak-Kanak Tatih

Belajar menggunakan tandas sepatutnya sebagai pengalaman perkembangan positif dan mengambil masa yang pendek. Masalah belajar menggunakan tandas selalu ditimbulkan oleh orang dewasa apabila tidak mengambilberat tentang kesediaan kanak-kanak. Mereka memberi tekanan kepada kanak-kanak menerusi pengalaman kegagalan selama berminggu dan sentiasa menyalahkan kanak-kanak daripada menyalahkan dirinya sendiri yang tidak memahami detik waktunya. Sepatutnya orang dewasa perlu memahami masa yang sesuai untuk masa latihan menggunakan tandas secara individu. Setiap individu tidak sama waktunya sama seperti belajar berjalan. Tidak ada usia yang tepat untuk menentukan semua kanak-kanak boleh menggunakan tandas dengan sendiri tanpa bantuan orang dewasa. Walau bagaimana pun selalunya kanak-kanak perempuan boleh menggunakan tandas dengan sendiri antara usia 30-36 bulan, manakala kanak-kanak lelaki antara 36-42 bulan.

Monday, May 28, 2012

Tanda-Tanda Pembelajaran Menggunakan Untuk Tandas Kanak-Kanak Tatih

Kanak-kanak tatih belajar menggunakan tandas apabila mereka telah bersedia. Kanak-kanak tatih akan menunjukkan tanda-tanda apabila mereka bersedia untuk melalui proses belajar ke tandas. Contohnya lampin mereka kering untuk beberapa jam; mereka akan memberitahu orang dewasa tidak buang air kecil atau ketidakselesaan pada dubur atau mereka melihat rakan-rakannya yang telah terlatih menggunakan tandas. Kanak-kanak tatih memerlukan dua fungsi utama untuk belajar ke tandas tindakbalas semulajadi dan kawalan otot. Kanak-kanak tatih belajar mengenalpasti rasa pada anggotanya sebelum buang air atau rasa pada pergerakan dubur. Mereka boleh menggunakan tanda semulajadi untuk menentukan apa yang perlu dilakukan. Mula-mula mereka cuma merasakan dan selepas itu mengenalpasti apa yang telah berlaku.

Sunday, May 27, 2012

Latihan Ke Tandas

Latihan ke tandas kebiasaannya tidak akan dimulakan sebelum usia dua atau mungkin tiga tahun. Ini bergantung kepada tahap kematangan kanak-kanak dan minat. Otot yang mengawal pembukaan dubur perlu berada pada peringkat kematangan sebelum mengawal sebarang kemungkinan. Oleh itu kanak-kanak mesti mula memahami tentang keperluan tersebut. Kanak-kanak perempuan selalunya terlatih lebih dahulu daripada kanak-kanak lelaki yang seumur dengannya.

Saturday, May 26, 2012

Aktiviti Seni Lukis Kanak-Kanak Taska

Peralatan seni lukis memberi peluang kepada kanak-kanak tatih mempelajari warna dan menggunakan alat tulis dan lukisan. Kanak-kanak akan melakar semasa pengalaman pertamanya menggunakan alat lukisan. Melakar adalah ciri-ciri kanak-kanak sebelum melangkau usia empat tahun untuk mereka menguasai otot halus dan koordinasi mata tangan. Orang dewasa atau pendidik di taska hendaklah menyediakan sedikit warna dan bahan tekture untuk dipilih oleh kanak-kanak. Tidak dibenarkan sama sekali sebarang reka bentuk corak atau model disediakan untuk membantu kreativiti. Beri kebebasan kanak-kanak melakar dan mewarna mengikut apa yang difikiran tanpa merujuk sebarang model atau reka bentuk corak.

Friday, May 25, 2012

Mainan Tanggapan Motor

Mainan tanggapan atau persepsi motor seperti 'puzzles', bentuk kotak, bongkah yang boleh disusun selalunya diulangi oleh kanak-kanak tatih. Mereka merasa kepuasan apabila dapat menyelesaikan sesuatu yang menjadi cabaran apabila selesai mencantumkannya. Kanak-kanak ini mendapat tanggapan atau suatu pandangan pada mainan itu sebagai sebahagian dan keseluruhan. Mainan seperti ini dipanggil pembetulan sendiri sebab kanak-kanak dapat melihat secara langsung apa yang telah mereka lakukan dengan betul atau salah.

Thursday, May 24, 2012

Pengalaman Kognitif Di Taska

Aktiviti yang berbentuk amali (hands-on) adalah peraturan untuk kanak-kanak mendapat pendedahan pengalaman kognitif dan amat penting bagi kanak-kanak tatih. Jangan mengharapkan memberitahu kanak-kanakt tatih terlalu banyak dalam bentuk "syarahan". Sebaliknya biarkan mereka menyentuh objek, bercakap tentang objek, melabelkannya dan menghubungkan kepada benda yang dilihat sebelumnya. Seorang guru perlu berdekatan dengan kanak-kanak untuk mendengar dan bertindakbalas kepada komen kanak-kanak.

Wednesday, May 23, 2012

Nyanyian Aktiviti Bahasa Dan Sosial

Di taska pendidik boleh menggunakan rentak dan irama lagu yang sedia ada dengan menukarkan senikata kepada aktiviti yang dirancang seperti mengemas mainan yang telah digunakan dan membersihkan meja makanan. Kanak-kanak akan merasa seronok mendengar lagu sambil melakukan aktiviti. Secara tidak langsung dapat menerapkan kemahiran sosial untuk melakukan aktiviti bersama dan memupuk semangat kerjasama di samping menyebut perkataan pada senikata lagu yang pendidik telah mengubahsuaikannya. Perlu diingat senikata yang telah digunakan jadikan sebagai aktiviti tetap atau rutin kerana lagu tersebut boleh menjadi isyarat kepada kanak-kanak apabila mendengar lagu tersebut mereka akan melakukan aktiviti rutin seperti mengemas dan menyimpan alat mainan.

Tuesday, May 22, 2012

Kemahiran Berbahasa Kanak-Kanak Tatih Menerusi Nyanyian

Nyanyian boleh memberi peluang kanak-kanak tatih berlatih perbendaharaan kata dan kemahiran mendengar serta kemahiran luahan bahasa. Adalah sesuatu yang menyeronokkan melihat dan mendengar kanak-kanak tatih menyanyi lagu yang telah dipelajari. Apablia lagu itu berupaya dinyanyikan dan menjadi ingatan kanak-kanak mereka akan menyanyikannya di rumah. Oleh itu pengasuh di taska usah merasa kecewa jika kanak-kanak di taska tidak menyanyi sebaliknya sebagai pemerhati sahaja. Sebaliknya pengasuh di taska mesti merasa keseronokan menyanyi kerana kersoronokan itu dapat memikat kanak-kanak tatih. Bersedia dengan lagu yang mudah sebelum mengajar kanak-kanak. Rangkap yang pendek, kekuatan rentak dan pengulangan yang kerap. Kanak-kanak akan mudah mengikuti bersama anda menyanyi.

Monday, May 21, 2012

Menyedarkan Kesan Akibat Kepada Kanak-Kanak Taska

Pendekatan kesan akibat boleh diterapkan kepada kanak-kanak untuk memberi kesedaran tidak melakukan perkara yang akan memberi kesan selanjutnya hasil daripada perbuatannya. Contohnya, " Awak membuat bising sukar untuk mendengar cerita, jadi saya tidak meneruskan membacakan buku cerita ini." Apabila kanak-kanak telah belajar akibat daripada perlakuannya, dia akan belajar tentang tingkahlakunya sendiri supaya tidak melakukanya di masa akan datang.

Sunday, May 20, 2012

Memberi Andaian Pertimbangan Pemilihan Kepada Kanak-Kanak

"Jika kamu tidak mahu makan sarapan ini, kamu diminta duduk di kerusi bersama kawan-kawan." Orang dewasa jika mahu menggunakan pendekatan ini tidak sesuai mengatakan, "Jika kamu tidak duduk di kerusi, saya akan ambil dan kemas makanan kamu." Ideanya pendekatan ini ialah untuk membantu kanak-kanak membina sikap duduk di meja sehingga selesai aktiviti makan sebagai aktiviti sosial. Secara tidak langsung orang dewasa dapat menghilangkan rasa kekuasaan individu kepada fakta.

Saturday, May 19, 2012

Menarik Perhatian Perasaan Kanak-Kanak

Pendekatan menarik perhatian kanak-kanak untuk membentuk tingkahlaku positif boleh dilakukan untuk kanak-kanak mendapat ganjaran dalaman (diri sendiri) daripada bergantung kepada ganjaran luaran.Contohnya orang dewasa boleh berkata," Bukankah rasanya baik meletakkan semula mainan kamu selepas habis bermain? Sekarang baru kamu tahu di mana letaknya mainan yang kamu simpan dan tahu bila hendak bermain dengan mainan itu lagi." Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan yang biasa digunakan," Kamu budak yang bagus kerana membuang sampah ke dalam tong," atau "Bagus kerana membuang sampah."

Friday, May 18, 2012

Menghargai Tingkahlaku Positif Kanak-Kanak Taska

Tidak semua ganjaran berupa benda perlu diberi kepada kanak-kanak apabila telah melakukan sesuatu tingkahlaku yang positif. Kadangkala menggunakan kata-kata positif yang dapat menghubungkan tingkahlaku yang dilakukan oleh kanak-kanak dapat menghasilkan kesan yang baik. Cara ini mungkin lebih enak dan manis didengar untuk mendisiplinkan tingkahlaku positif kanak-kanak. Contohnya, apabila kanak-kanak melakukan tingkahlaku positif seperti membuangkan lampin ke tong sampah dan mengemas mainan yang telah digunakan. Orang dewasa memaklumkan dengan nada suara yang boleh didengar oleh kanak-kanak lain berkata, "Sarah telah membuang lampin ke dalam tong dan mengemas mainan yang digunakan."

Thursday, May 17, 2012

Aktiviti Membacakan Buku Di Taska.

Ada pendapat membacakan buku pada kumpulan besar kanak-kanak dapat menggalakkan kanak-kanak berkelakuan baik. Walau bagaimana pun kanak-kanak tatih yang datangnya dari rumah jika mereka mempunyai cerita, masa bercerita di rumah dilakukan secara seorang ke seorang oleh ibu bapanya. Oleh itu mengadakan aktiviti masa bercerita untuk empat orang kanak-kanak adalah sesuai bukan dalam kumpulan yang ramai. Manakala kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang tidak bernasib baik yang mungkin kanak-kanak ini mendapat pendedahan buku kali pertama, format kumpulan kecil atau seorang ke seorang adalah berkesan. Pendekatan secara individu ke arah mendekatkan kesusasteraan, guru boleh meransang kanak-kanak tetang keseronokan buku bergambar. Ibu bapa juga boleh membantu menyumbang kepada pemupukan literasi dengan membacakan buku di rumah.

Wednesday, May 16, 2012

Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak Di Taska

Buku menjadi kemestian dan perlu ada di taska dan juga tadika. Di taska pendidik hendaklah membacakan buku kepada kanak-kanak tatih atau dalam kumpulan tidak melebihi empat atau lima orang kanak-kanak. Adalah lebih baik membacakan kepada kumpulan kecil lima orang yang dapat mendengar dengan penuh perhatian berbanding membacakan buku kepada kumpulan besar yang sering terganggu untuk menegur kanak-kanak berkelakuan baik untuk mendengar buku yang dibacakan.

Tuesday, May 15, 2012

Buku Memupuk Minat Membaca Di Taska

Menyediakan buku di peringkat awal dalam kehidupan kanak-kanak adalah umpama menyemai benih ke arah literasi. Buku menawarkan peluang tanpa sempadan untuk mempelajari maklumat tentang topik yang berkisar dalam kehidupan kanak-kanak atau melangkauinya. Kanak-kanak tatih mempelajari perkataan untuk konsep baru. Mereka belajar menyoal dan memberi saranan pada cerita dan idea. Mereka menghubungkan ilustrasi kepada topik dan disamping itu belajar membaca. Mereka mungkin mencipta cerita sendiri dan mendengar apa yang dibacakan. Di peringkat awal juga kanak-kanak dilatih untuk membaca dengan betul iaitu menunjukkan cara membaca dengan kedudukan buku yang betul iaitu atas ke bawah serta membuka lembaran atau halaman buku.

Monday, May 14, 2012

Kanak-Kanak Tatih Bebas Bercakap Di Taska

Ada ibu bapa yang ingin mengetahui taska yang berkualiti. Salah satu panduan menentukan taska tersebut berkualiti terdapat beberapa pengasuh atau pendidik taska pada setiap kumpulan kanak-kanak. Ibu bapa boleh memastikan setiap kanak-kanak akan mendengar seseorang kanak-kanak pada masa tertentu. Mengekalkan kumpulan kecil membolehkan setiap kanak-kanak mempunyai peluang untuk menyatakan perasaan dan luahan diri. Tidak ada seorang pun kanak-kanak yang terlepas pandang seumpama berlaku pada seorang kanak-kanak tadika berkata dengan rasa sedih," Cikgu tidak memanggil nama saya walaupun sekali." Cuba letakkan diri kita di tempatkan kanak-kanak tersebut. Bagaimanakah perasaan anda jika benar-benar berlaku?

Sunday, May 13, 2012

Perkembangan Serentak Bahasa Dan Kognitif

Kanak-kanak tatih sangat berminat mempelajari perkara baru (perkembangan kognitif) dan pembelajaran ini serentak dengan pembelajaran bahasa yang dianggap konsep baru kepada mereka. Mempelajari bahasa seseorang itu mesti digalakkan dan dibenarkan bercakap. Bilik darjah yang senyap di taska jarang menjadi matlamat pendidikan untuk kanak-kanak tatih. Sebaliknya kedengaran pertuturan kanak-kanak yang menjadi muzik didengari oleh pendidik kanak-kanak.

Saturday, May 12, 2012

Berkongsi Dan Mengambil Giliran

Interaksi sosial dapat dijalankan dengan berkesan jika kumpulan dalam kumpulan kecil antara tiga atau empat orang kanak-kanak. Orang dewasa yang berada berdekatan kumpulan hendaklah membimbing kanak-kanak yang menghadapi masalah mengambil giliran dan berkongsi mainan. Contohnya jika seorang kanak-kanak tatih bernama Sara hendak turut sama dengan yang lain bermain dengan kereta dan bas seperti kanak-kanak lain. Sekiranya tidak ada lagi mainan bas dan kereta, orang dewasa boleh membantu Sara membina bangunan dengan menggunakan bongkah atau lego untuk menyimpan kenderaan atau mainan lain seperti kapal terbang, lori atau keretapi. Dengan adanya kenderaan lain seperti lori, keretapi atau kapalterbang, tempat meletak kenderaan mungkin sama menarik dan kemungkinan akan menarik minat kanak-kanak lain yang ada kereta dan bas. Mengambil giliran dan berkongsi akan terbit secara spontan pada kanak-kanak yang telah berumur.

Ibu bapa mestilah menggalakkan perkembangan sosial anaknya dengan membenarkan mereka bermain dengan kanak-kanak lain. Pada situasi satu ke-satu mereka akan bersedia untuk menggunakan kemahiran bahasa untuk menyelesaikan masalah sosial. Kemahiran bahasa terbina selari dengan kemahiran lain.

Friday, May 11, 2012

Berinteraksi Dengan Bayi

Orang dewasa hendaklah berhubungrapat dalam berbagai hal apabila berinteraksi dengan bayi secara satu ke satu, wajah ke wajah. Orang dewasa juga hendaklah bercakap dengan menyenangkan, suara yang mesra dan menggunakan bahasa yang mudah dan mata sentiasa memandang bayi. Perkara yang perlu dihindarkan dan amalan yang tidak baik adalah membiarkan bayi dalam jangka masa yang lama di buaian atau katil bayi, di tempat duduk bayi tanpa perhatian orang dewasa. Malah sikap orang dewasa yang kasar, menjerit atau bercakap macam bayi juga perlu dihindarkan.

Thursday, May 10, 2012

Peranan Orang Dewasa Semasa Aktiviti Permainan Selari

Semasa peringkat permainan selari peranan orang dewasa adalah menyediakan mainan yang secukupnya sama dengan mainan yang diberikan kepada setiap kanak-kanak. Jika di taska seorang kanak-kanak yang baru dalam kumpulan dia akan memerhati sahaja dalam jangka waktu tertentu untuk menyesuikan diri sebelum mengambil bahagian. Setelah beberapa kali diajak main bersama dengan menyediakan mainan yang sesuai berdekatan dengan kanak-kanak lain, orang dewasa hendaklah membiarkan kanak-kanak mengambil mainan yang disediakan. Kanak-kanak yang baru akan mengambil masa untuk berhubung dengan kanak-kanak lain dalam kumpulan.

Wednesday, May 9, 2012

Peringkat Permainan Selari

Kanak-kanak tatih mungkin masih di peringkat permainan sendirian iaitu bermain sendiri dengan mainannya tanpa menghiraukan kehadiran orang lain. Bagaimana pun, dengan adanya sedikit pengalaman sosial mereka mula bergerak ke peringkat permainan selari. Pada peringkat ini kanak-kanak bermain bersebelahan dengan kanak-kanak lain. Kita akan sering melihat kanak-kanak tatih dengan mainannya sendiri seperti kereta dengan menolak mainan di lantai sambil mengeluarkan kesan bunyi semasa bergerak. Mereka akan bercakap tentang apa yang dilakukannya atau ke mana mereka pergi. Bagaimana pun temanya masih individualistik. Permainan olok-olok selalunya dipanggil permainan dramatika. Kanak-kanak tatih merasa seronok dengan kehadiran kanak-kanak lain.

Tuesday, May 8, 2012

Menggalakkan Perkembangan Sosial Kanak-Kanak

Kanak-kanak elok digalakkan untuk kemahiran membantu di peringkat tatih lagi dengan membenarkan mereka menolong semasa minum pagi dan mengemas selepas makan. Contohnya membantu pengasuh di taska meletakkan cawan di meja. Pastinya kanak-kanak kadangkala terlepas membawa sesuatu dan tertumpah tetapi matlamat orang dewasa ialah untuk memberi kemahiran membantu. Keadaan ini mengambil masa untuk melibatkan kanak-kanak masa rutin di taska. Kecekapan kanak-kanak akan bertambah baik apabila pengasuh melibatkan mereka. Begitu juga jika ibu bapa melibatkan kemahiran membantu di rumah. Banyak lagi perkara kemahiran membantu di taska dan di rumah seperti mengemas buku setelah membaca atau mengemas alat permainan selepas digunakan.

Monday, May 7, 2012

Memahami Dan Memupuk Keyakinan Diri Kanak-Kanak Tatih

Aktiviti di taska atau di rumah hendaklah memberi rasa autonomi dan keyakinan diri yang positif untuk semua kanak-kanak. Beri perhatian terhadap ciri perkembangan kanak-kanak akan mengurangkan masalah pengasuh daripada memberi tekanan kepada kanak-kanak untuk mencapai tahap tugasan di luar keupayaan mereka. Tugasan di luar keupayaan seperti mengharapkan kanak-kanak duduk diam tanpa bergerak dalam jangka waktu yang lama atau mendengar cerita yang terlalu panjang sedangkan cerita yang pendek adalah lebih baik.

Sunday, May 6, 2012

Kanak-Kanak Tatih Dan Gambar Diri

Kanak-kanak tatih suka melihat dirinya dalam gambar foto dan akan mengatakan, "Itu saya." Oleh itu, taska hendaklah mempamerkan gambar secara menyeluruh. Pengasuh boleh mendapatkan gambar daripada ibu bapa untuk mempamerkan gambar di bilik darjah atau membuat buku cerita tentang kanak-kanak dalam kumpulan. Jika ibu bapa dan pengasuh di taska membuat buku cerita yang mengandungi gambar kanak-kanak di taska, buku itu akan menjadi kegemaran mereka dan akan digunakan setiap hari. Digalakkan pengasuh menggunakan kamera yang mudah untuk merakamkan peristiwa semasa di taska, pastinya kanak-kanak akan suka untuk mengingati peristiwa semasa. Di rumah ibu bapa boleh merakamkan peristiwa semasa dan mempamerkan gambar di bilik tidur mereka.

Saturday, May 5, 2012

Memperkenalkan Individualiti Kanak-Kanak

Memperkenalkan individualiti kanak-kanak tatih selalunya pengasuh hendaklah seberapa kerap memanggil dengan menggunakan nama. Nama adalah sebahagian daripada konsep kendiri. Kita bercakap dengan kanak-kanak secara perseorangan tentang sesuatu, mungkin dari hal haiwan kesayangan atau adik beradiknya yang berbeza pada setiap kanak-kanak. Perbualan ini berterusan semasa kanak-kanak lain sedang bermain. Ini adalah disebabkan sikap egosentrism kanak-kanak tatih, maka tidak boleh kita mengharapkan mereka berminat untuk mendengar hal rakan lain semasa duduk berkumpul.

Friday, May 4, 2012

Sumber Kecekapan Diri Kanak-Kanak

Kecekapan diri kanak-kanak berdasarkan kajian Albert Bandura adalah datangnya daripada sumber berikut:
  1. Kejayaan individu. Kejayaan menggalakkan individu mengulangi tingkahlaku. Kejayaan satu tugas mendorong untuk melakukan semua tugas lain.
  2. Mencontohi pengalaman . Melihat kejayaan orang lain membuat tugasan dan tingkahlaku yang menyeronokkan menggalakkan orang baru untuk mencubanya.
  3. Galakkan verbal. Verbal atau kata-kata yang memberi peransang boleh menggalakkan kanak-kanak kecil untuk mencuba beberapa tugasan.
  4. Membangkitkan emosi. Keadaan perasaan yang baik adalah hasil daripada kejayaan. Ketakutan dan kekecewaan selalunya diikuti dengan kegagalan.

Thursday, May 3, 2012

Kecekapan Diri Kanak-Kanak Tatih

Kecekapan Diri (self-efficcacy) adalah salah satu aspek kuasa dan kanak-kanak merasa berkeyakinan diri merupakan sifat yang menonjol semasa peringkat awal usia tatih. Kecekapan diri bermaksud kepercayaan individu terhadap keupayaannya untuk melakukan tingkahlaku. Kanak-kanak tatih percaya dia boleh melakukan apa sahaja sekurang-kurangnya dia mahu mencuba. Oleh itu, mengapa tidak membenarkan? Kecekapan diri ialah sikap yang ada pada orang dewasa dalam kehidupan kanak-kanak yang perlu dipupuk pada mereka selamanya. Sepanjang kehidupan terdapat perkara baru untuk dipelajari dan sikap "sudah tentu saya boleh mempelajarinya" akan menjadi harta terbaik.

Wednesday, May 2, 2012

Bimbingan Positif Kanak-Kanak Tatih

Ibu bapa di rumah atau pengasuh di taska akan menghadapi kanak-kanak tatih yang berusia antara dua dan tiga tahun dalam banyak rutin harian. Kanak-kanak ini biasanya cuba menunjukkan autonomi (kuasa) dan bertindak untuk bertentangan. Belajarlah untuk menyatakan bimbingan dalam bentuk positif. Contohnya dengan berkata, "Gunakan sudu untuk makan biskut yang direndam," daripadan mengatakan, "Jangan gunakan jari." Menyedari kanak-kanak akan menolak untuk makan atau tidur dan anda akan menghormati keputusan kanak-kanak. Hindarkan daripada berhadapan dengan perbalahan kuasa dengan kanak-kanak tatih. Kanak-kanak ini selalunya menang!

Tuesday, May 1, 2012

Kanak-Kanak Tatih Di Peringkat Autonomi

Apabila kanak-kanak sudah berusia dua dan tiga tahun dalam kehidupannya mula membina autonomi. Pada peringkat ini rasa kepercayaan telah dibina pada tahun pertama dalam hidupnya. Pada masa kita akan dapat melihat ekpresi autonomi yang dinyatakan oleh kanak-kanak di depan mata kita. Kanak-kanak mahu menggunakan kuasanya untuk bergerak, bercakap, memberi alasan dan untuk belajar. Masa tahap ini kanak-kanak tatih belajar mereka boleh membuat sesuatu berlaku dengan keputusan. Mereka mula menyatakan "tidak" apabila orang mula menanyakan mereka untuk membuat sesuatu. Pada masa peringkat ini ibu bapa selalu kecewa tetapi ini adalah salah satu peningkatan untuk kanak-kanak tatih.