Pertuturan atau percakapan orang dewasa dengan kanak-kanak hendak digunakan mengikut keadaan dan sesuai dengan masanya. Pertuturan yang bersesuaian ini akan meningkatkan dan merasang perbualan kanak-kanak. Pendidik dan penyelidikan mendapati berlainan fungsi dalam pertuturan manusia. Pertuturan itu berfungsi dalam situasi sosial seperti berikut:
- pertuturan insturmental untuk memuaskan dan keperluan. Contoh "Saya hendak selepas ini."
- pertuturan pengawalan membantu kanak-kanak mengawal yang lain. Contoh "Jangan jatuhkan gelas nanti pecah dan hancur menjadi kaca kecil."
- pertuturan interaksi membina dan mengekalkan hubungan dengan yang lain. Contoh "H," huruf saya. Saya Hilwa. (Kanak-kanak menunjukkan huruf H di carta abjad pada kawannya).
- pertuturan fungsi peribadi untuk menyatakan dan menegaskan secara peribadi. Contoh "Tolak kayu ini ke dalam dan biarkan dia tenggelam." ( Penerangan kanak-kanak semasa bermain air).
- pertuturan mengkaji membantu kanak-kanak belajar dan menjelaskan. Contoh "Kamu sebagai bayi yang sedang wuah..wuah.. wuah..."
- pertuturan imaginasi mencipta imej dan alat berpura-pura/olok-olok. Contoh "Tengok, saya terbang."
- pertuturan pernyataan yang memaklumkan. Contoh "Saya tidak suka pisang."
No comments:
Post a Comment