Tuesday, November 1, 2011

Pertuturan Dan TingkahLaku Kanak-Kanak

Terdapat berbagai cara kanak-kanak boleh mengubahsuaikan suara dan bercakap dalam nada atau rentak yang berbeza apabila bercakap dengan orang yang berlainan. Kanak-kanak boleh merengek, berbisik, menukar kadar ketinggian bunyi suara, mengubah jangka masa dan sebutan. Ada kanak-kanak yang membuat penemuan dengan meningkatkan kadar bunyi suara atau mengubah nada boleh memberi kesan kepada tingkahlaku orang lain. Mereka mendapati pertuturan boleh menunjukkan marah atau mengejek dan boleh digunakan secara agresif untuk menyakiti orang lain.

Kanak-kanak taska pula menir pertuturan watak negatif media. Berlagak agresif dilengkapi dengan peniruan pertuturan dan aksi watak di tv, juga boleh menjadi sebahagian jenis permainan. Kanak-kanak ini juga secara sengaja meniru gaya kanak-kanak tatih bercakap untuk mengajuk. Ada pula kanak-kanak yang mendiamkan diri untuk mendapat perhatian orang dewasa.

1 comment:

  1. Ibubapa kena pastikan anak2 mereka berada dalam situasi yang baik...
    supaya anak2 para peringkat ini hanya mendengar bahasa percakapan yang baik2 supaya contoh yg baik dapat diserapkan dalam diri mereka.

    ReplyDelete