Friday, December 15, 2017

Peranan seni lukis membantu perkembangan kanak-kanak

Apabila melihat kanak-kanak melukis orang dewasa hendaklah memahami apa yang ingin dinyatakan bukan melihat sesuatu yang dihasilkan. Kesabaran adalah diperlukan apabila kanak-kanak sedang melukis. Orang dewasa perlu sedar aktiviti melukis perlu dilihat dari segi proses penghasilannya bukan penghasilannya.


Tuesday, December 12, 2017

Memberi pilihan kepada kanak-kanak mendidik membuat keputusan

Kanak-kanak sewajarnya dilatih membuat pilihan dan orang dewasa sepatutnya memberi peluang kepada kanak-kanak menentukan pilihan yang diberikan. Artikal ini merupakan cadangan dan panduan memberi pilihan kepada kanak-kanak.


Thursday, December 7, 2017

Cara bercerita kepada kanak-kanak

Apabila ibu bapa bercerita tumpuan kanak-kanak untuk mendengar tidak lama. Mereka cepat merasa bosan mendengar penyampaian cerita. Sebaliknya guru tadika bercerita dapat menarik perhatian kanak-kanak mendengarnya. Guru tadika yang berpengalaman dan berpengetahuan tentang aktiviti bercerita dapat menarik perhatian kanak-kanak. Guru baru perlu mendalami pengetahuan untuk aktiviti bercerita.

 

Tuesday, December 5, 2017

Mendidik kanak-kanak berkongsi

Berkongsi barang permainan bagi kanak-kanak sangat sukar untuk dilakukan. Kanak-kanak cuba mempertahankan miliknya daripada digunakan bersama dengan kanak-kanak lain. Terutama kanak-kanak tatih akan menangis jika mainannya diberikan kepada kanak-kanak lain. Artikal ini cuba memberi panduan mendidik kanak-kanak berkongsi.

Thursday, November 30, 2017

Kanak-kanak tidak boleh lakukan seperti orang dewasa

Kanak-kanak melakukan sesuatu perkara menerusi penerokaan dan percubaan untuk mendapatkan kefahaman dan pengalaman baru. Cara kanak-kanak berfikir juga tidak sama seperti orang dewasa. Oleh itu orang dewasa apabila meminta kanak-kanak melakukan sesuatu perkara hendaklah difikirkan peringkat umur dan keupayaan kanak-kanak itu sendiri. Setiap kanak-kanak mempunyai keupayaan yang berbeza walau pun pada peringkat umur yang sama. Sedikit kesabaran dan cuba memahami terhadap fitrah kanak-kanak. Dorongan dan menggalakkan adalah lebih baik untuk membina keyakinan diri yang positif pada diri kanak-kanak.


Tuesday, November 28, 2017

Mengajar menulis kepada kanak-kanak

Menulis memerlukan kemahiran fizikal iaitu motor kasar dan motor halus. Koordinasi pergerakan tangan, jari dan mata berjalan seiring. Kanak-kanak yang masih kecil perlu didedahkan dengan pergerakan motor kasar dan motor halus sebelum belajar menulis. Aktiviti seperti bermain dengan jari melakar di pasir, memasukkan benang ke lubang butang atau manik, melukis dan melakar di kertas. Kemahiran menguasai pergerakan tangan akan membantu kanak-kanak untuk menulis abjad. Ajar kanak-kanak memegang pensil dengan betul semasa hendak mengajar menulis. Galakkan kanak-kanak menulis huruf walau pun pada awalnya sekadar lakaran yang tidak memberi makna kepada orang dewasa. Apa yang penting kanak-kanak dapat memahami konsep menulis.



Wednesday, November 22, 2017

Memupuk minat membaca

Minat membaca hendaklah dipupuk semasa kecil. Kanak-kanak sewajarnya diperkenalkan dengan buku bukan gajet yang melekakan. Ibu bapa membacakan buku sebelum kanak-kanak boleh membaca dengan sendiri. Budaya membaca sepatutnya bermula di dalam keluarga. Membudayakan minat membaca dikalangan ahli keluarga menjadikan ibu bapa sebagai contoh kepada anak-anak. Persekitaran dalam rumah dilengkapkan dengan bahan bacaan yang sesuai dengan ahli keluarga di rumah.

 

Sunday, November 19, 2017

Menigkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak

Para pendidik yang melibatkan diri dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sama ada di taska dan tadika akan menghadapi cabaran yang kian menghampiri 2020. Disyaratkan mereka yang ingin menjadi pendidik khususnya di tadika perlu memiliki diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Ramai yang masih belum mengorak langkah untuk memiliki diploma. Sewajarnya langkah menimba ilmu bukan sekadar untuk memenuhi syarat kelulusan sebagai pengajar atau pun pengusaha tadika.

Friday, November 17, 2017

Bahaya gajet kepada kanak-kanak

Kita selalu melihat cara orang dewasa mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan tingkahlaku kanak-kanak dengan memberi alatan gajet. Ketagihan gajet berlaku semasa kanak-kanak masih kecil. Tanpa disedari ibu bapa yang membanggakan anak kecil boleh menguasai telefon eletronik atau gajet yang lengkap serba banyak permainan akan memberi kesan negetif kepada kanak-kanak.



Wednesday, November 15, 2017

Ukulele aktiviti pengajaran guru di taska dan tadika



Ramai pendidik awal kanak-kanak apabila hendak menjalankan aktiviti nyanyian dan muzik akan cuba mengelakkan daripada melakukan aktiviti tersebut. Kalau ada hanya sekadar menyanyi bersama kanak-kanak. Tiada sesuatu yang dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk mendorong terlibat secara aktif. Kelemahan kebanyakan guru pendidikan awal kanak-kanak di negara kita tidak dapat menguasai permainan alat muzik yang mudah dimainkan oleh guru itu sendiri. Mungkin muzik ukulele merupakan salah satu alat muzik yang tidak sukar untuk dimainkan oleh guru. Di samping itu alat muzik ukulele mudah dibawa ke sana sini. 

Kurikulum pendidikan bakal guru bukan hanya sekadar memberi ilmu dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Guru perlu dilengkapkan kemahiran yang dapat menarik perhatian. Antara kemahiran memainkan alat muzik amat mendesak. Ramai pengusaha dan mereka yang terlibat memberi maklumbalas terhadap kelemahan dan kesukaran untuk mendapatkan guru yang boleh memainkan alat muzik semasa mereka mengajar.

Sebenarnya guru pendidikan awal kanak-kanak perlu menjadi orang yang serba boleh. Bukan sahaja mengajar dan menguruskan kelas tetapi lebih daripada itu. Kemahiran melukis, menyanyi, berlakon, bercerita dan memainkan alat muzik perlu ada dalam diri mereka. Menguasai kemahiran tersebut tidak memerlukan bakat. Walau bagaimana pun bakat adalah satu kelebihan jika ada. Apa yang penting kemahiran boleh dikuasai menerusi latihan berterusan. Selain daripada itu yang lebih penting minat dan ketekunan untuk mempelajari dan menguasai kemahiran.




Tuesday, November 14, 2017

Kanak-kanak dan bantal busuk

Selalu kita melihat kanak-kanak tidak boleh berpisah dengan bantal busuk, kain selimut dan tuala kecil. Barangan itu dibawa ke sana sini untuk menjadi teman sama ada untuk tidur dan kandangkala ketika bersendirian. Orang dewasa sangat risau perkara seumpama ini berlaku kepada anak-anak mereka. Mungkin artikal ini dapat memberi kefahaman kepada ibu bapa dan orang dewasa terhadap anak yang suka kepada bantal busuk.


Sunday, November 12, 2017

Majalah Kanak-Kanak Dewan Pelajar

Seingat saya semasa zaman sekolah rendah tidak banyak majalah berbentuk akademik dan menghiburkan adalah Majalah Dewan Pelajar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Majalah tersebut adalah wadah bacaan kanak-kanak di era tahun 1960an. Boleh dikatakan semua kanak-kanak sekolah rendah yang suka membaca majalah tersebut menjadi tatapan mereka. Majalah tersebut boleh dikatakan begitu popular dan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi destinasi utama lawatan rombongan sekolah rendah ke Kuala Lumpur. Bahagian kanak-kanak menjadi tumpuan lawatan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thursday, November 9, 2017

Kesilapan mengajar anak kecil

Kebanyakan ibu bapa dan juga guru meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap anak yang masih kecil. Orang dewasa perlu sedar dan cuba memahami keupayaan kanak-kanak mengikut tahap usia dan terdapat pencapaian yang berbeza di antara seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain.


Tuesday, November 7, 2017

Memilih alat mainan

Bagaimanakah anda memilih alat mainan yang sesuai untuk kanak-kanak? Tidak semua alat maian itu sesuai digunakan oleh kanak-kanak. Anda perlu melihat dari beberapa aspek sebelum membeli alat mainan untuk digunakan oleh kanak-kanak.


Thursday, November 2, 2017

Delima tugasan kanak-kanak tadika

Apakah wajar kanak-kanak tadika diberi tugasan seperti kanak-kanak di sekolah formal? Apakah yang membezakan kanak-kanak tadika dengan murid-murid yang belajar di darjah 1? Persoalan ini dikupas menerusi artikal yang perlu dibaca.

 

Wednesday, November 1, 2017

Kanak-kanak suka bermain bersama dan berkawan

Kebanyakan kehidupan kanak-kanak suka bermain dan berkawan. Jika kanak-kanak itu menjauhkan diri dan tidak suka berkawan tentu ada sebab tertentu tingkahlakunya sedemikian. Artikal ini sesuai untuk dibaca hal kanak-kanak bersosial.

 

Monday, October 30, 2017

Taman permainan dan keselamatan kanak-kanak

Kita tidak menjangka kemalangan atau kecederaan boleh di taman permainan kanak-kanak. Jangan sesekali ambil mudah kanak-kanak bermain tanpa pengawasan orang dewasa. Sebenarnya kecederaan di taman permainan banyak berlaku sama ada kecederaan ringan mahu pun serius. Bagaiana langkah mengatasinya? Mungkin artikal ini dapat membantu.


Friday, October 27, 2017

Kanak-kanak pemalu

Dianggar 40 peratus kanak-kanak pemalu. Adakah anak anda tergolong di kalangan kanak-kanak pemalu? Anda boleh membantu kanak-kanak pemalu untuk membiasakan diri dengan keadaan persekitaran sosial di kalangan kanak-kanak. Mungkin artikal ini dapat memberi panduan untuk mengatasi masalah pemalu.


Mengawal tingkahlaku anak-anak

Terdapat kanak-kanak yang sukar dikawal tingkahlakunya apabila anda berkunjung ke rumah orang atau ke pusat membeli belah. Ada ibu bapa yang membiarkan sahaja anaknya membuat sesuka hati ketika berkunjung ke rumah orang. Sebagai tetamu di dalam hati berkata-kata sesuatu yang negatif kerana sikap ibu bapa yang gagal mengawal tingkahlaku anaknya.


Thursday, October 26, 2017

Jangan biarkan anak anda stres


Tuesday, October 24, 2017

Menggalakkan kreativiti kanak-kanak

Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun sedang tekun melakar dengan menggunakan pensil di atas kertas. Apakah yang ingin diluahkan menerusi lakaran itu? Mungkin artikal ini dapat membantu untuk memahami daya kreativiti kanak-kanak


Monday, October 23, 2017

Persekitaran Mempengaruhi Tingkahlaku Kanak-Kanak

Sesebuah premis taska mahu pun tadika hendaklah direka mesra kanak-kanak.Persekitaran ini juga boleh dianggap boleh membentuk keperibadian kanak-kanak secara tidak langsung.



Sunday, October 22, 2017

Anda Diuji Anak Kecil Hingga Tak Berdaya

Ketika anda membawa anda ke pusat membeli belah perangai anak mula berubah menjadi agresif kerana permintaannya tidak dapati dipenuhi. Dia menangis berguling-guling menguji pendirian anda. Mungkin artikal ini dapat memberi gambaran cara mengatasinya.


Saturday, October 21, 2017

Mententeramkan bayi menangis


Friday, October 20, 2017

Jangan Biarkan Kanak-Kanak Bermain Api


Thursday, October 12, 2017

Pujian kepada anak


Saturday, October 7, 2017

Had sempadan


Friday, October 6, 2017

Persekitaran yang memberi impak

Tuesday, February 28, 2017

Peranan Makmal Dalam Latihan Pendidikan Awal Kanak-Kanak




Makmal dalam pendidikan awal kanak-kanak sangat penting digunakan untuk melatih pelajar-pelajar yang bakal menjadi pendidik awal kanak-kanak. Makmal yang dimaksud benar-benar menyerupai persekitaran tadika dan taska. Kuliah dijalankan dalam suasana persekitaran sebenar kecuali tiada kanak-kanak. Kelebihannya pelajar dapat menghayati keadaan sebenar berbanding belajar di bilik kuliah dan pensyarah hanya memberi teori tanpa amali. Pandangan yang mengatakan sebuah makmal perlukan kanak-kanak sepatutnya tidak wujud sama sekali. Pelajar boleh mendapat pendedahan seterusnya apabila menjalani tugasan lapangan dan praktikum. Peranan makmal juga mempunyai fungsi memberi pengalaman sebelum ke alam pekerjaan sebenar.

Friday, February 24, 2017

Mengapakah Anak Menangis Tidak Mahu Ke Tadika?


Pagi-pagi anda mengejutkan anak berusia 6 tahun untuk bangun dari tidur. Dia tidak mahu bangun sambil merengek tidak mahu ke tadika. Puas dipujuk tetapi tetap berkeras tidak mahu ke tadika. Ibu bapa perlu mencari punca terhadap sukar bangun tidur dan masalah tidak mahu ke tadika.

Friday, February 17, 2017

Mengapakah Yuran Tadika Terlalu Mahal?


Tidak semestinya anda menghantar anak ke tadika yang mahal yurannya memberi perkhidmatan yang berkualiti. Kualiti sesebuah tadika itu bukan terletak pada yuran yang mahal.

Friday, February 3, 2017

Menghantar Anak Ke Taska?

Ibu bapa yang ingin menghantar anak kecil ke taska hendaklah memastikan beberapa perkara tentang latar belakang taska, latar pengasuh, pendaftaran kelulusan dan persekitaran di taska. Petikan akhbar di atas mungkin boleh dijadikan panduan.

Thursday, February 2, 2017

Apabila Kanak-Kanak Bertanya Soalan?

Kanak-kanak merupakan ahli sains yang hebat. Mereka sentiasa ingin tahu dan mencipta. Kanak-kanak akan bertanya soalan yang sama sebagaimana ahli sains. "Mengapakah sesuatu benda itu hidup dan apakah yang dia buat?" "Mengapakah benda itu tumbuh dan bagaimanakah dia membesar?" Buchminster Fuller seorang saintis dan akitek mengatakan taman permainan boleh dianggap sebagai persekitaran penyelidikan disebabkan kanak-kanak sentiasa melakukan sesuatu yang sangat menarik dan rasa ingin tahu. Mereka membuat penemuan tentang alam dan kehidupannya. "Apabila anak anda keluar, apakah yang mereka telah temui?"


Wednesday, February 1, 2017

Cabaran Pendidikan Awal Kanak-kanak


Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia semakin mendapat perhatian masyarakat. Kesedaran tentang kepentingannya semakin dipandang serius oleh pihak berwajib. Kalau di era tahun 1970an bidang ini hanya dipandang sepi. di kala itu agak pelik jika seseorang yang ingin mendalami bidang keilmuan ini. Keanehan ini amat dirasai oleh saya kerana orang belajar ke luar negara menuntut ilmu dalam bidang sains dan teknologi tetapi saya hanya bidang yang tidak popular di kalangan rakyat Malaysia.

Cabaran apabila pulang ke tanah air, merintis program pendidikan awal kanak-kanak dari peringkat sekolah vokesional (Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tingkatan 4 & 5), membantu program di KEMAS dan JPNIN, NGO dan MQA dalam membangunkan program standard.

Cabaran kepada pendidik bidang ini apabila terdapat kepelbagaian pendekatan dan pengajaran. Campur tangan mereka yang bukan arif dalam bidang semata-mata mahu mencari populariti, mereka yang tiba-tiba muncul mengaku arif, para akademik yang berlumba-lumba ingin meneraju dan dikenali, pengubal dasar yang sering berubah-ubah. Kesemuanya ini merupakan cabaran untuk meletakkan program pendidikan awal kanak-kanak di landasan berasaskan jati diri negara bangsa.

Perjuangan tetap di teruskan biarpun tanpa didendang. Meski pun usia sudah melangkaui setengah dekad dan pada tanggal 1 Februari 2017 menyambut ulang tahun kelahiran melebihi 60an dalam sepi terus memperjuangkan.

Saturday, January 28, 2017

Jangan biarkan kanak-kanak tanpa pengawasan

Thursday, January 26, 2017

Sastera Kanak-Kanak Di Malaysia

Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014




Sastera kanak-kanak di Malaysia semakin berkembang cuma ketandusan ilustrator buku bergambar. Peranan ilustrator sangat penting dalam meningkatkan genre sastera kanak-kanak. Ilustrator perlu mempunyai jati diri untuk memaparkan penghasilan seni berdasarkan latar dan imej perwatakan tempatan bukan terpengaruh kepada ilustrasi luar budaya sendiri.