Saturday, August 31, 2013

Perspektif Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Bermain

Mengikut pandangan perkembangan kognitif kanak-kanak secara individu membina pengetahuan terhadap dunia menerusi interaksi dengan insan, objek dan peralatan (Piaget:1952). Apabila kanak-kanak ini semakin peka, mereka akan mengamalkan menggunakan apa yang dia tahu. Oleh itu kanak-kanak itu bermain merupakan cerminan terhadap keupayaannya. Menerusi main kanak-kanak menguji idea baru dan tingkahlaku. Kesimpulannya main daripada pandangan perkembangan perspektif adalah untuk keseronokna dan mengadaptasi atau belajar.

Friday, August 30, 2013

Main Mengikut Pandangan Psikoanalitik

Psikoanalitik berasaskan kepada teori Freud yang menganggap peranan main sebagai cara untuk melepaskan emosi kanak-kanak. Menurut teori ini juga kanak-kanak menggunakan main sebagai tindakbalas dunianya dan untuk belajar menangani situasi kesukaran yang dihadapi sebelum mereka berfikiran matang. Menerusi main kanak-kanak memperoleh kekuatan mengatasi yang menakutkan, kekeliruan atau mengecewakannya. Contohnya semasa main, kanak-kanak mungkin mengambil peranan gurunya, ibu bapa atau orang dewasa lain dan dilakonkan menerusi main dengan tanggapan kuasa orang dewasa.

Thursday, August 29, 2013

Main Menurut Perspektif Terkini

Pendidik yang mempunyai beberapa teori pembelajaran boleh menjadikan teori tersebut untuk membuat keputusan amalan pengajarannya di bilik darjah. Terdapat teori yang memberi garis panduan yang khusus atau fungsi main di dalam bilik darjah. Oleh kerana main merupakan semulajadi kanak-kanak yang begitu komplek, tidak ada satu teori pun yang dapat menjelaskan nilai main kepada perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Jika dilihat kesemuannya, teori-teori ini dapat menjelaskan sepintas lalu akan kepelbagaian tujuan dan nilai main dalam kehidupan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Terdapat lima perpektif modern tentang main iaitu:
  1. Perspektif psikoanalitik
  2. Perpektif  perkembangan kognitif
  3. Perspektif sosiobudaya
  4. Perspektif behavioris
  5. Perspektif ekologikal

Wednesday, August 28, 2013

Pembelajaran Sambil Bermain

Pembelajaran sambil bermain (Playful learning) bertujuan untuk menarik minat kepada keadaan semulajadi main yang biasa dalam kehidupan kanak-kanak. Orang dewasa yang mengajar dan mendidik kanak-kanak boleh menarik perhatian kanak-kanak menggunakan pendekatan ini. Kanak-kanak secara fitrahnya memang suka bermain dan menerusi main mereka tidak merasa tertekan apabila mempelajari sesuatu menerusi unsur main.

Tuesday, August 27, 2013

Penjagaan Keselamatan Kanak-Kanak

Keselamatan adalah sebahagian aktiviti harian yang penting dalam program pendidikan awal kanak-kanak. Keselamatan adalah seperti berikut:
  1. Penjagaan persekitran
  2. Persediaan kecemasan
  3. Kawalan keselamatan kanak-kanak
  4. Amalan kebersihan dan kesihatan
  5. Kesedaran keselamatan

Monday, August 26, 2013

Strategi Susun Atur Persekitaran

Matlamat asas susun atur persekitaran bertujuan meningkatkan minat kanak-kanak di dalam persekitaran yang dikhaskan untuk berkomunikasi. Persekitaran boleh diurus dan diatur untuk mendorong kanak-kanak meminta dan mengkritik. Selain daripada itu persekitaran dapat memberi sokongan pengajaran bahasa oleh orang dewasa. Berikut adalah langkah menggunakan persekitaran untuk meningkatkan penguasaan bahasa: 
1. Menumpukan kepada pebmbinaan bahasa sebagai sebahagian rutin kanak-kanak.
2. Menyediakan kemudahan bahan dan aktiviti yang menarik. 
3. Menyediakan model orang dewasa dan rakan sebaya yang boleh menggalakkan kanak-kanak menggunakan bahasa dan membuat percubaan bertindakbalas.
4. Membina hubungkait antara bahan dan penggunaan bahasa.

Sunday, August 25, 2013

Tanggapan Awal Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (5)

Pada peringkat awal falsafah perkembangan pendidikan mempercayai kanak-kanak sebagai pembelajar yang aktif apabila pengalaman spontan berlaku memenuhi minat atau rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara mendapat menarik perhatian kanak-kanak. Hal ini berhubungkait dengan apa yang dilakukan oleh orang dewasa dan kanak-kanak secara umumnya termasuk pura-pura membaca buku oleh kanak-kanak berusia antara 2 hingga 3 tahun, menulis huruf dan angka semasa bermain dan melukis antara umur 3 dan 7 tahun (biasanya mula umur 3 atau 5 tahun); meneka ejaan, bertanya bagaimana mengeja perkataan dan membaca sebenar pada usia 5, 6 atau 7 tahun atau lebih awal lagi.

Saturday, August 24, 2013

Tanggapan Awal Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4)

Tanggapan awal mempercayai bahawa kanak-kanak aktif sebagai pembelajar apabila:
  1. Mereka melakukan kerja tentang perkara yang menarik perhatiannya, orang dewasa akan bersana dengan kanak-kanak semasa membuat kerja atau bermain, minat melakukan secara kumpulan, kemahiran secara kumpulan dan kumpulan sosial.
  2. Menilai secara kumpulan atau dengan rakan sebaya.
  3. Merasakan ganjaran dalaman menerusi kepuasan setelah tugasan dapat diselesaikan.

Friday, August 23, 2013

Tanggapan Awal Perkembangan Pendidkan Awal Kanak-Kanak (3)

Pada peringkat awal falsafah pendidikan awal kanak-kanak bahawa  kanak-kanak dipercayai akan menjadi pembelajar yang aktif dan dapat belajar secara terbaik apabila mereka;
1. Membina kefahaman menikut kadar perkembangan  interlektual masing-masing.
2. Merancang dan berkejasama dengan rakan dan orang dewasa.
3. Menyelesaikan masalah.
4. Mencipta konsep dan mencipta semu

Thursday, August 22, 2013

Tanggapan Awal Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (2)

Kanak dipercayai boleh menjadi pembelajar yang aktif apabila;
1. Berinisiatif dan "melakukan" dilingkungan  dalam dan luar persekitaran yng disediakan.
2. Penemuan, membuka dan memasang.
3. Berbincang dengan rakan yang lebih dewasa usianya.
4. Menghadapi cabaran
...bersambung

Wednesday, August 21, 2013

Tanggapan Awal Perkembangan Pendidikan Kanak-kanak (1)

Peringkat terawal falsafah pendidikan awal kanak-kanak secara traditional menyatakan bahawa kanak-kanak sebagai pembelajar yang aktif (active learner). Mereka mempercayai kanak-kanak boleh;
- berkemahuan bergerak untuk melibatakan kepada sesuatu perkara, biasanya dengan kanak-kanak lain (digalakkan dengan tujuan dan berfikiran kreatif)
- membuat pilihan utama - memilih dikalangan pelbagai yang bermanfaat aktiviti yang hidup ("hidup" bermaksud kanak-kanak tidak memilih hanya kepada kertas tugasan atau helaian kerja semata-mata).
....bersambung.

Tuesday, August 20, 2013

Asas Nilai Pada Kanak-Kanak

Antara nilai utama untuk kanak-kanak adalah seperti berikut;
1. Meghargai keistemewaan kanak-kanak dan keperluannya untuk selamat dan persekitaran yang sihat.
2. Mengenalpasti setiap kanak-kanak sebagai individu yang unik keperluan dan keupayaannya.
3. Membantu kanak-kanak membina sosial, emosi, intelektualiti dan fizikal.
4. Membantu kanak-kanak belajar mengikut kesesuaian perkembangannya.

Monday, August 19, 2013

Nilai Utama Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Terdapat nilai utama dalam pendidikan awal kanak-kanak utnuk kanak-kanak dan orang dewasa;
1. Menghormati dan mengenalpasti setiap individu sebagai insan yng unik.
2. Mendorong kanak-kanak dan orang dewasa menyedari pontensi sepenuhnya.
3. Menyediakan persekitaran yang dapat memupuk sikap dan kendirinyang positif pada kanak--kanak, staf dan keluarga.
4. Memupuk autonomi dan kesedaran diri pada kanak-kanak, staf dan keluarga.

Sunday, August 18, 2013

Pendidik Dan Pemilihan Nilai

Selalunya seseorang memilih kerjaya disebabkan terdapat persamaan antara nilai dalam diri dan bidang yang diceburinya. Apabila kita telah mengenalpasti nilai pendidikan awal kanak-kanak, kita telah berubah dari pemikiran secara peribadi atau individu kepada komitmen pemikiran yang lebih luas tentang nilai pendidik awal kanak-kanak secara umuma adalah lebih penting. Pengabungan nilai peribadi dengan nilai profesional yang boleh dinyatakan dan dikongsikan. Cara yang terbaik pengalaman peribadi dalam memupuk perkembangan kanak-kanak dari sehari ke sehari secara aktif menerapkan dan menyokong nilai utama dalam pendidikan.

Saturday, August 17, 2013

Nilai Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Terdapat perbezaan antara nilai peribadi dan nilai dalam pendidikan awal kanak-kanak. Nilai pendidikan awal kanak-kanak dapat dikenalpasti dan dilaksanakan menerusi nilai peribadi langkah pertama perlu dilihat kepada nilai masyarakat, perasaan kita tentang dunia kehidupang yang kita mahukan dan cara yang dikehendaki oleh masyarakat supaya dunia kehidupan menjadi kenyataan. Keputusan ini selalunya dipengaruhi oleh masyarakat disekeliling kita. Sebagai pendidik awal kanak-kanak kita perlu menjadikan nilai peribadi dan profesional komitmen kepada kehendak masyarakat, jenis program pendidikan yang kita bekerja dan jenis insan yang hendak kita pupuk dan bentuk.

Friday, August 16, 2013

Ransangan Intelektual

Kita semua memerlukan ransangan intelektual bahawa kita meningkat dan belajar dicabar oleh kerjaya kita. Jika anda tidak berminat atau dicabar oleh pekerjaan kita dan tidak melihat potensi untuk menambahbaikan bermakna anda berada dalam situasi profesional tepu. Anda mungkin terus berasa bosan sehingga anda menemui sesuatu yang meransang untuk terus sebagai pendidik. Sama seperti kanak-kanak, orang dewasa bersedia untuk mempelajar pelbagai perkara dalam waktu yang berlainan. Terdapat berberapa sumber maklumat yang mungkin dapat membantu memberikan anda cabaran intelektual.

Thursday, August 15, 2013

Peringkat 4: Kematangan

Setelah mengajar selama lima tahun atau lebih bekerja dengan kanak-kanak, selalunya pendidik mendapati dirinya kurang berminat dari hari ke hari mempraktikan secara terperinci pengajarannya apabila dirinya telah menguasai pengajaran. Pendidik lebih berminat terhadap nilai, teori, isu dan falsafah di sebalik pekerjaannya. Seminar, bengkel dan melanjutkan pengajian lebih tinggi dan membaca tentang profesionalisme pendidikan awal kanak-kanak mungkin dapat mempertingkatkan lagi profesionnya sebagai pendidik disamping mendapatkan idea terkini.

Wednesday, August 14, 2013

Peringkat 3: Memperbaharui

Setelah tiga ke lima tahun mengajar di kelas guru mungkin mendapati dirinya merasa bosan atau tidak merasa kepuasan dengan tugasnya. Pada peringkat ini digalakkan menghadiri seminar, bengkel, menjadi ahli persatuan dan melawat institusi lain boleh mempertingkatkan lagi minat dan menambahbaikan amalan profesion sebagai pendidik. Pengetahuan yang dipelajari semasa dalam pengajian atau kursus masih belum mencukupi dan menghadiri sesuatu seminar atau bengkel akan dapat menambahkan idea baru dan kemahiran.

Tuesday, August 13, 2013

Peringkat 2: Memperkukuhkan

Apabila peringkat bertahan di kelas telah dilalui (setelah dua hingga empat tahun), biasanya pendidik ingin memberikan apa yang diketahuinya untuk membina lebih pendekatan yang peribadi semasa mengajar. Semasa inilah mereka mendapatkan bantuan daripada rakan setugas dari segi penasihatan dan bimbingan yang dapat membantu kerjayanya.

Monday, August 12, 2013

Peringkat 1: Bertahan

Tahun pertama pendidik kanak-kanak mengajar adalah masa untuk membina kemahiran untuk diaplikasi semasa latihan ke dunia pendidikan sebenar di bilik darjah. Kebanyakan guru berhadapan dengan cabaran menerusi tugasan mengajar. Inspirasi yang memberi ransangan, bantuan teknikal dan sokongan seseorang yang memahami situasi pengajaran menjadi amat bernilai semasa di peringakt ini.

Sunday, August 11, 2013

Empat Peringkat Meransang Perkembangan Kerjaya Pendidik

Lilian Katz (1972) menjelaskan empat peringkat perkembangan pendidik dan berlainan jenis ransangan dan latihan yang sesuai untuk setiap peringkat. Memandangkan peringkat perkembangan anda sebagai pendidik ia dapat membantu dalam membuat pilihan penglaman pembelajaran yang memuaskan. Peringkat tersebut adalah seperti berikut
Peringkat 1: Bertahan
Peringkat 2: Memperkukuhkan
Peringkat 3: Membaharui
Peringkat 4: Kematangan

Saturday, August 10, 2013

Rakan Membantu Ketenangan Emosi

Apabila anda mulai merasa bimbang atau kekecewaan, elok anda mendapatkan bantuan daripada rakan yang rapat untuk bercakap tentang apa yang anda mahukan, Kadangkala masalah yang lalu menjadi punca dan menemui rakan untuk berbincang dapat membantu menyelesaikannya. Apabila keadaan buruk menimpa cuba jangan marahkan diri sendiri terhadap kelemahan atau kegagalan. Jadikan itu sebagai laluan tahap perkembangan kerjaya seperti mana anda melihat tahap perkembangan kanak-kanak di setiap peringkat. Jangan menganggap diri anda terlalu lemah; sesuatu itu mengambil masa untuk disesuaikannya; ingat sesuatu itu tidak berkekalan atau berpanjangan.

Friday, August 9, 2013

Kepentingan Emosi Yang Sihat

Cara anda merasa tentang diri sendiri dan persekitaran memberi kesan kepada kualiti interaksi anda dengan orang lain sama ada di rumah dan di tempat kerja. Sebaliknya, tanggapan anda terhadap kecekapan sebagai pendidik memberi kesan cara anda merasa tentang diri sendiri dan kerja anda. Meneruskan mengajar anda mesti mempunyai perasaan yang positif tentang diri sendiri sama ada sebagai peribadi atau profesional. Sekirannya anda ingin maju perlu mempunyai pandangan yang realistik terhadap keupayaan diri, bersedia untuk mencuba perkara baru dan belajar daripada kesilapan.

Thursday, August 8, 2013

Kepentingan Rehat Secukupnya

Mendapat rehat secukupnya adalah penting untuk keupayaan berfungsi dengan baik di bilik darjah. Tambahan dengan mendapat tidur yang cukup pada waktu malam, anda dapat memulihkan mental dan tenaga fizikal. Sebagaimana yang diketahui pendidik yang terlalu melibatkan diri dengan kanak-kanak akan terbawa-bawa sehingga ke rumah dan dalam mimpinya. Keadaan sebegini akan meletihkan anda. Merehatkan diri adalah penting seperti minuman teh herba dan sebagainya mungkin dapat membantu menyegarkan tubuh dan mental.

Wednesday, August 7, 2013

Bersenam Membantu Kesihatan

Bersenam secara berterusan memainkan peranan penting untuk mengekalkan kesihatan. Apabila sampai di rumah tentunya berasa kepenatan dan keletihan setelah sepanjang hari bekerja. Pastinya tidak larat untuk melakukan senaman. Jika anda telah melakukan senaman, anda akan terasa selesa dan segar. Banyak cara untuk melakukan senaman seperti berjalan, berbasikal dan lain-lain. Lakukan senaman yang anda merasa seronok dan lakukan senaman yang sesuai untuk diri anda.

Tuesday, August 6, 2013

Kepentingan Sarapan Pagi

Sarapan pagi adalah penting dalam pemakanan seharian sebab selepas semalaman tidak mengambil makanan kandungan gula dalam darah menjadi rendah dan dengan mengambil sarapan pagi dapat menstabilkannya untuk membolehkan berfungsi dengan berkesan sepanjang hari. Bagaimana pun tubuh memerlukan protein pada sebelah pagi berbanding pada waktu lain. Sarapan pagi tidak semestinya secara tradisional. Cuba makan buah-buahan yang segar, bijirin dan sumber protein yang lain. Pada mulanya memang sukar untuk menukar tabiat makan tetapi apabila kita menyedari kepentingan pemakanan yang sihat kita akan dapat menyesuaikannya.

Monday, August 5, 2013

Kepentingan Diet Pemakanan

Walau pun seorang pendidik yang baik memberi tumpuan kepada pemakanan kanak-kanak, tetapi mereka selalu terlepas pandang terhadap keperluan nutrisinya. Hal ini akan memberi kesan terhadap kecergasan dan tidak mendapat nutrisi yang betul. Adalah penting pendidik kanak-kanak memakan makanan yang betul. Kesan pemakanan yang tidak betul didapati dalam jangka masa singkat teapi ia memberi kesan untuk jangka masa panjang. Diet pemakanan yang betul ditambah dengan senaman akan memberi tenaga, kekuatan dan stamina.

Sunday, August 4, 2013

Fizikal Pendidik Yang Sihat Dan Cergas

Perkara yang penting perlu diberi perhatian kepada pendidik ialah kesihatan fizikal yang sihat dan cergas. Tidak kira anda pendidik tahun pertama mengajar atau tiga puluh tahun mengajar kepentingan kesihatan tidak boleh dikompromi. Tanpa stamina pada fizikal, kesihatan yang baik dan dieat yang betul pendidik tidak dapat memberi tumpuan perkhidmatan kepada kanak-kanak sepanjang hari. Kajian oleh Buhler dan Aspy menunjukkan ada hubungan secara langsung antara kecergasan fizikal pendidik dengan kanak-kanak. Kajian Buhler (1975) mendapati pendidik yang fizikalnya cergas lebih mengarah kemesraan di bilik darjah berbanding dengan pendidik yang fizikalnya tidak cergas. Sentiasa sihat bukan sahaja tidak sakit, ia termasuk kesihatan dan kecergasan yang datangnya daripada diet yang betul, rehat yang mencukupi dan kerap bersenam (exercise).

Saturday, August 3, 2013

Pendidik Perlu Menjaga Keperluan Diri

Tanggungjawab pertama sebagai pendidik adalah untuk menjaga keperluan kanak-kanak namun keperluan diri juga perlu dijaga. Sebenarnya pendidik dalam waktu yang sama perlu memberi perhatian pada diri iaitu menjaga diri, menjaga tenaga dan komitmen. Pendidik tidak boleh melakukan tugasan jika tidak dalam keadaan yang terbaik. Bagi menyelesaikan tanggungjawab dengan tugasan yang mencabar mengajar kanak-kanak kecil pendidik perlu berada tahap fizikal yang baik dan emosi yang sihat. Pendidik perlu merasakan dirinya dihargai, hubungan yang bermakna dengan orang lain, ransangan intelektual dan kerja yang dilakukan  berbaloi.

Friday, August 2, 2013

Bidang Kuasa Pendidik

Peranan pendidik di taska dan tadika secara tidak langsung masyarakat memberikan bidang kuasa: berhak melaksanakan kuasa, memberi arahan, mengharapkan kepatuhan, membuat keputusan dan mengambil tindakan. Paling banyak sumber kuasa pendidik adalah pada kedewasaannya. Ini disebabkan pendidik lebih besar, kuat dan berumur, kanak-kanak mengiktiraf kuasa pendidik berhak untuk mengarah. Bidang kuasa pendidik ialah diperkukuhkan dengan pengalaman dalam mengajar dan menerusi keputusan dan komitmen.

Thursday, August 1, 2013

Tanggungjawab Pendidik Awal Kanak-Kanak

Kerjaya pendidik awal kanak-kanak adalah pelbagai dan mencabar: memerlukan pengetahuan, kemahiran, sensitiviti dan kreativiti. Ia tidak mudah dan peranannya sentiasa tidak sama. Jika cabaran itu tidak mengganggu anda, maka maka anda berada di bidang yang betul. Pendidik awal kanak-kanak merupakan ganjaran kepada mereka yang gemar mencari peluang pendidikan spontan dalam kehidupan seharian dengan kanak-kanak. Ia menjadi suatu yang mengecewakan kepada mereka yang berfikir mengajar hanya melibatkan subjek akademik atau mereka yang suka kesemuanya diandaikan dan hanya jalan pintas. Perlu diingat bertugas dengan kanak-kanak kecil terlalu tinggi harapannya, sukar dan memenatkan. Ia juga mencabar dan meletihkan. Semakin anda berpengalaman bertugas dalam kelas awal kanak-kanak, semakin cepat anda mendapat penjelasan untuk menentukan sama ada mendidik kanak-kanak kecil adalah pilihan yang betul bagi anda.