Sudut dramatika kadangkala dipanggil pondok-pondok, rumah-rumah, atau alam rumah tangga. Apa pun nama yang diberi, ia tempat kanak-kanak meneroka aktiviti dan berhubungkait dengan dunia sebenar. Di dalamnya kanak-kanak boleh menyelidik peranan - sebagai ibu, doktor atau pekerja binaan. Kanak-kanak membina bahasa dan kemahiran berkomunikasi, berlatih berunding dan menyelesaikan masalah, membina kemahiran literasi menggunakan menu, senarai semak, mesej, buku masakan atau borang tempahan.
Sudut dramatika biasanya terdapat dapur bersaiz kanak-kanak, peralatan seperti kuali, periuk, peti sejuk, mop, penyapu, sudu dan garpu, pinggan dan mangkok, dan telefon. Peralatan tambahan biasanya pakaian, anak patung, dan cermin. Kotak props disediakan untuk membolehkan kanak-kanak mengembangkan aktiviti kerjaya. Semasa mengumpul bahan untuk kotak props perlu diingat bahan matematik dan literasi, props binaan, tiket dan duit olok-olok, kertas dan pensil.
Mungkin anda mempunyai cadangan lain yang boleh dikongsikan bersama pembaca.
Tuesday, August 31, 2010
Monday, August 30, 2010
Bagaimanakah Sudut Seni Di Taska Anda?
Sudut seni membantu kreativiti dan luahan ekspresi seni kanak-kanak. Biasanya terdapat easel berdiri, meja melukis dan bahan tanpa toksid untuk mewarna, pemotong, alat lukisan, pengecap, pelekat dan pengukir. Kotak dipenuhi bahan buangan seperti siput, riben, kain potongan, dawai berwarna, kertas tektur dan kertas warna - bertujuan untuk menggalakkan eksperimen dan ekspresi kreatif.
Kejayaan sudut seni adalah berpusatkan kanak-kanak yang berfokuskan kepada proses menghasilkan seni, bukan pada penghasilannya. Maksudnya proses semasa menghasilkan seni menerusi eksperimen pelbagai bahan, penggunaan peralatan seni dan pendedahan kepada pengalaman untuk kreativiti dan luahan ekpresi seni. Oleh itu kreativiti kerja seni kanak-kanak tidak mengandungi kerja guru membuat corak, model, buku mewarna atau kertas mewarna atau peralatan yang memerlukan arahan orang dewasa.
Bagaimanakah anda melaksanakan aktiviti seni di taska ? Mungkin anda boleh berkongsi pengalaman dan pandangan bersama pembaca.

Sunday, August 29, 2010
Bagaimanakah Sudut Bongkah Di Taska Anda?
Bongkah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membina struktur yang difikirkan tentan persekitarannya. Terdapat berbagai jenis bongkah yang terdiri daripada bongkah unit, bongkah besar kosong dan bongkah cardboard (diperbuat daripada kertas kad board). Setiap jenis bongkah membantu kanak-kanak memahami saiz, hubungan ruang, keseimbangan dan organisasi.
Peralatan yang diperlukan di sudut bongkah ialah unit bongkah sekurang-kurangnya 100 unit, mainan seperti haiwan pelbagai jenis, kenderaan, alat ukuran, kotak simpanan berlabel. Kedudukan sudut bongkah di penjuru kelas, jauh daripada laluan trafik dan sebaik-baiknya di atas lantai beralas karpet nipis untuk menyerap bunyi. Sudut bongkah sesuai bersebelahan dengan sudut dramatika untuk menggalakkan kanak-kanak berinteraksi.
Adakah taska di tempat anak anda mempunyai sudut bongkah (block)? Mungkin ada penyusunannya oleh guru dan profesional Kanak-kanak (pengasuh). Anda perlu bertanya kepada pihak yang mengendalikan taska sejauhmana penggunaannya di taska.

Saturday, August 28, 2010
Apakah Sudut Pembelajaran Di Taska?
Sudut pembelajaran adalah tempat aktiviti pembelajaran yang dilengkapi dengan alat atau bahan yang bersesuaian dengan keperluan sudut tersebut. Contohnya sudut bongkah disediakan jenis bongkah yang sesuai dengan usia kanak-kanak taska. Ada yang mengatakan sudut pembelajaran sebagai pusat pembelajaran. Perbezaan ruang pembelajaran adalah untuk membahagikan aktiviti antara sudut pembelajaran yang keadaannya sama ada senyap, bising, kering dan basah.
Sudut pembelajaran yang biasa termasuk tempat untuk melukis dan mewarna, mainan bongkah, dramatika dan peralatan rumah, sains dan penerokaan, muzik, matematik dan manipulasi, perpustakaan dan peralatan mendengar, dan kawasan permainan luar. Penyediaan sudut pembelajaran bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak taska melakukan sendiri dengan selamat, suasana bimbingan guru, aktiviti yang jelas, meransang dan bermakna.
Umumnya sudut pembelajaran adalah bergantung kepada penggunaannya. Contohnya, sudut melukis dan mewarna kedudukan terbaik dekat dengan sinki air, sudut bacaan atau perpustakaan jauh dari sinki air atau warna. Pertimbangkan keperluan elektrik, pencahayaan semulajadi, permukaan lantai dan penyimpanan. Pastikan semua perabot adalah bersaiz kanak-kanak dan penyusunan peralatan di sudut menarik dan boleh dicapai oleh kanak-kanak taska. Cuba menyertakan pembinaan alatan matematik dan literasi pada setiap sudut aktiviti. Contohnya meletakkan pelan bangunan dan peta di sudut bongkah, menggalakkan kanak-kanak taska menandakan hasil kerja lukisannya, menyediakan bahan semulajadi dan alat pengukuran di sudut penerokaan. Melabelkan peralatan pembelajaran dan semua ruang di bilik darjah supaya kanak-kanak boleh belajar untuk menghubungkan perkataan yang ditulis dengan maklumat dan arahan.

Friday, August 27, 2010
Apakah Aktiviti Kanak-Kanak Taska?
Kanak-kanak di peringkat usia 3 hingga 4 tahun selalunya dianggap sebagai taska. Di luar negara seperti di USA kanak-kanak yang berusia 3 hingga 5 tahun pula selalunya dianggap 'preschooler.' Di Malaysia usia di bawah 4 tahun tertakluk di bawah Akta 308 Taman Asuhan Kanak-Kanak maka saya mengategorikan kanak-kanak taska berdasarkan akta tersebut. Kanak-kanak taska adalah aktif, berkeinginan tinggi untuk belajar. Mereka ini sentiasa meneroka, memanipulasi dan bereksperimen dengan persekitaran untuk mempelajari tentang sesuatu perkara atau benda. Kanak-kanak ini masih bersandarkan kepada deria tetapi mulai belajar berfikir yang abstrak, menggunakan simbol dan sebab sesuatu itu berlaku. Pembelajaran yang terbaik bagi kanak-kanak ini apabila dapat menggunakan bahan sebenar, timbal balik apa yang berlaku, dan sebab berlaku dan membuat kesimpulan - selalunya dipanggil sebagai 'sebab dan akibat.'
Kanak-kanak taska semakin kurang menumpukan pada kefahaman diri sendiri dan mula memahami pandangan orang lain. Keadaan ini membolehkan mereka'main' dan menjadi semakin boleh bekerjasama. Main juga sebagai cara untuk meningkatkan pengalaman berbahasa, penyelesaian masalah dan bereksperimen. Koordinasi fizikal semakin meningkat dan kekuatannya bertambah membolehkan kanak-kanak taska menguasai peralatan mainan yang baru. membina dengan kreatif dan melakukan aktiviti baru.

Thursday, August 26, 2010
Apakah Aktiviti Tatih Yang Bersesuaian?
Kanak-kanak di peringkat tatih berusia 2 tahun kebanyakannya bergantung dengan orang lain untuk memenuhi keperluan, memerlukan sokongan dan perhatian. Ini bermakna kebiasaannya kanak-kanak tatih bermain sendiri atau dengan kehadiran kanak-kanak lain tetapi sedikit interaksi. Kanak-kanak tatih ini akan berinteraksi sekirannya terdapat mainan yang menarik perhatiannya di tangan orang lain. Bahasa kanak-kanak tatih terhad. Komunikasinya adalah fizikal. Kanak-kanak tatih belum memahami perasaan orang lain dan berfokus pada diri sendiri.
Persekitaran untuk kanak-kanak tatih berkeadaan efektif, selamat dan lapang. Oleh kerana kanak-kanak tatih tidak boleh berkongsi mainan, pastikan menyediakan mainan yang sama untuk mainan yang menjadi kegemaran. Kurangkan pembahagian ruang aktiviti untuk membantu kanak-kanak tatih fokus pada aktivitinya. Latih menentukan aktiviti di sudut lain dan berkemas di sudut yang lain. Galakkan kemahiran sendiri dengan menyediakan rak dan bakul untuk menyimpan mainan. Kanak-kanak tatih digalakkan membantu semasa mengemas.

Wednesday, August 25, 2010
Apakah Aktiviti Bayi Yang Bersesuaian?
Di taska pengasuh (profesional kanak-kanak) hendaklah memastikan bayi dapat melakukan aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan bayi. Aktiviti utama untuk bayi adalah menyalin lampin, makan dan tidur yang memerlukan peralatan khusus dan mengikut susunan ruang. Kawasan atau zon untuk penemuan dan meneroka adalah ruang tambahan keselamatan membolehkan bayi meneroka persekitarannya. Bagi bayi yang masih kecil memadai alas lantai (kain tebal seperti selimut) dengan cermin berdekatan, mobil (mainan bergantung) untuk dilihat dan bola yang digantung untuk ditendang.
Apabila bayi semakin boleh bergerak, zon atau kawasan penerokaan hendaklah di luaskan. Ini termasuk sudut untuk merangkak di atas bantal dan ruang lain untuk bermain permainan yang lembut. Perluaskan dan kelengkapan bilik untuk kawasan meneroka sebagai tindakbalas keperluan perkembangan bayi dan minatnya.
Mungkin pembaca ada cadangan untuk dikongsikan bersama. Cadangan dan pandangan anda amat dialu-alukan.

Tuesday, August 24, 2010
Bagaimanakah Bayi dan Tatih Belajar?
Bayi dan tatih mengenali dunia persekitarannya menerusi deria; melihat, menyentuh, merasa, mendengar dan menghidu. Bayi dan tatih perlu menyentuh, manipulasi dan bertindakbalas terhadap sesuatu perkara atau benda untuk mengetahuinya. Bayi dan tatih memerlukan persekitaran yang memberi peluang dan menggalakkan meneroka bahan sebenar. Bayi membina kemahiran apabila orang dewasa bertindakbalas berterusan dan mendorong rasa ingin tahu. Bayi dan tatih akan dapat belajar membina kemahiran dalam keadaan selamat dan dengan cara memberi dorongan kepadanya.
Monday, August 23, 2010
Tahukah Anda Kategori Taman Asuhan Kanak-Kanak?
Mereka yang tidak terlibat dengan bidang perkhidmatan dan pengasuhan kanak-kanak mungkin tidak menyedari akan perbezaan perkhidmatan taska. Terdapat empat kategori taman asuhan kanak-kanak (taska) mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pindaan) 2007. Empat kategori taman asuhan kanak-kanak itu adalah seperti berikut:
(a) taman asuhan kanak-kanak di rumah iaitu merupakan suatu taman asuhan kanak-kanak ang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan di bawah seksyen 7;
(b) taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak.
(c) taman asuhan kanak-kanak komuniti iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri; dan
(d) taman asuhan kanak-kanak di institusi iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak selain daripada taman asuhan kanak-kanak di bawah perenggan (a), (b) dan (c) yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak.

Sunday, August 22, 2010
Pedaftaran Taman Asuhan Kanak-Kanak
Pengusaha perkhidmatan kanak-kanak diingatkan untuk mendaftar taska bagi mengelakkan didenda kerana melanggar peraturan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308). Di dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pindaan) 2007 ada menyatakan:
SEKSYEN 6
(1) Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan di bawah peruntukan Akta ini.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebehi dua tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau kali kemudian denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Saturday, August 21, 2010
Warisan Perjuang Pendidik Awal Kanak-Kanak

Saya melihat perkembangan pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang di Kementerian Pelajaran. Bermula dengan kelas prasekolah annex menerusi beberapa buah sekolah rendah terpilih terus berkembang pesat dengan termaktubnya Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Sebelum meninggalkan Institusi Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran sempat mencurah bakti kepada pelajar di Institut Bahasa Melayu M

Pada tahun 2008 saya ke Universiti Tun Abdul Razak memulakan program diploma pendidikan awal kanak-kanak, sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak dan sarjan

Ada orang yang bertanya kepada saya,"Mengapa anda meneruskan khidmat di Institusi Pendidikan Swasta (IPTS) selepas bersara?". Jawapan saya yang ikhlas,"Saya bermula dengan kegagalan akademik. Saya ingin berkongsi pengalaman dengan mereka yang gagal dan ingin meneruskan cita-cita. Berlian hanya sebagai batu jika tidak digilap dan dicanai." Semoga mereka yang pernah bersama saya akan menjadi warisan (legacy) yang cemerlang dalam bidang awal kanak-kanak.
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Friday, August 20, 2010
Lagu Etnik dan Kanak-Kanak
Saya ingin berkongsi pengalaman semasa memperkenalkan lagu etnik di sebuah s
ekolah rendah di USA. Waktu itu sedang menjalani latihan mengajar di Irving Elementry School di kelas Kindergarten (tadika). Kanak-kanak digalakkan mendengar lagu etnik (tradisional) dari berbagai bangsa dan bahasa. Muzik dan lagu tiada batasan boleh didengar oleh sesiapa sahaja. Saya memakai baju Melayu lengkap, membawa kompang dan mengubahsuai lagu 'Katak Lompat.' Sebelum menyanyikan lagu dimulakan aktiviti membaca buku cerita bertajuk,'Frog Jumping Frog.' Buku itu mempunyai perkaitan dengan lagu Melayu yang akan diperkenalkan. Setelah mendengar cerita kanak-kanak diajar menyebut perkataan bahasa Melayu berulangkali dengan disusuli paluan kompang.
Kanak-kanak
merasa seronok dan terus menyanyi sambil menghayati lagu mengikut pergerakan katak. Guru-guru di sekolah itu turut sama mengambil bahagian setelah mendengar kanak-kanak menyanyi. Khabarnya lagu itu sering dinyanyikan oleh guru yang mengajar di kelas tadika sekolah tersebut. Mungkin saya merupakan salah seorang dari Malaysia yang cuba mempromosikan lagu etnik Malaysia kepada kanak-kanak di sekolah USA. Biarpun sumbangannya kecil sekurang-kurangnya mereka pernah mendengar lagu etnik Malaysia. Lagu dan muzik tidak mempunyai sempadan dan boleh dihayati oleh sesiapa jua.
Mungkin anda mempunyai pengalaman dan pandangan untuk dikongsikan bersama.

Kanak-kanak

Mungkin anda mempunyai pengalaman dan pandangan untuk dikongsikan bersama.
Thursday, August 19, 2010
Muzik dan Nyanyian

1. Selesa dengan nada suara sendiri untuk kanak-kanak.
2. Perbanyakan koleksi lagu dan nyanyian.
3. Biasakan dengan lagu yang terbaik untuk kanak-kanak.
4. Menyediakan pelbagai jenis muzik dan lagu khususnya lagu etnik.
5. Menyediakan peluang untuk mendengar dengan senyap.
Nada suara orang dewasa tidak sama dengan nada suara kanak-kanak. Profesional kanak-kanak (guru dan pengasuh) hendaklah cuba menyesuaikan nada suara kanak-kanak. Kanak-kanak tidak mempunyai suara soprano (nada tinggi). Cuba berlatih dengan menyanyi bersama dengan kaset/CD lagu penyanyi yang menyanyikan lagu kanak-kanak dan cuba sesuaikan nada suaranya.
Mungkin memperbanyakkan koleksi lagu dan nyanyian dapat membantu untuk mengatasi

Wednesday, August 18, 2010
Lagu dan Nyanyian Kanak-Kanak Tadika

Berikut antara yang dicadangkan pemilihan lagu untuk dinyanyikan oleh kanak-kan

1. Lingkungan dari nada lagu pertengahan C ke pertengahan B sebagaimana yang dicadangkan oleh Kodaly (pakar muzik kanak-kanak dari Hungary).
2. Nada lagu berterusan sama ada ke atas (tinggi) atau ke bawah (rendah).
3. Terdapat banyak pengulangan atau nyanyian beramai-ramai seperti 'Can Mali Can', 'Anak Kambing Saya' dan 'Rasa Sayang.'
4. Padankan dengan minat kanak-kanak yang berkisar dalam lingkungan kehidupan mereka.
5. Terdapat aksi dan pergerakan yang mudah untuk dilakonkan atau menghasilkan permainan.
Mungkin pembaca ada cadangan, pandangan dan pengalaman yang boleh dikongsikan bersama pembaca. Cadangan, pandangan dan pengalaman yang boleh dikongsikan bersama pembaca amat dialu-alukan dan dihargai.
Tuesday, August 17, 2010
Lirik Lagu Tatih

Peringkat

Mungkin pembaca mempunyai pandangan dan pengalaman untuk dikongsikan bersama.
Monday, August 16, 2010
Lirik dan Lagu Kanak-Kanak

Buku bersiri Tidurlah Intan diterbitkan pada tahun

Sunday, August 15, 2010
Lirik dan Lagu
Percaya atau tidak secara tidak sengaja saya terlibat dengan penulisan senikata atau liri
k lagu untuk dinyanyikan penyanyi yang agak dikenali pada tahun 1980an. Sebenarnya saya sendiri tidak menjangka akan terlibat dengan penulisan senikata lagu. Mungkin lagu yang pernah saya tulis tidak pernah didengar oleh generasi kini kerana telah lebih daripada 20 tahun. Kebanyakan senikata lagu ditulis sekitar 1980an.
Antara penyay
i yang masih saya ingat ialah Khairul Amry, Adam Ahmad, Stella Ansibin (penyanyi yang berasal dari Sabah), Kumpulan Gelombang Biru (Tentera Laut Diraja Malaysia) dan Normah Kadir. Saya hanya menulis suka-suka sahaja dan tidak menjadikannya sebagai kerjaya seni. Mungkin hanya untuk menguji bakat dan mencari potensi diri dan keserasian dalam bidang tersebut. Walau bagaimana pun kadangkala siaran lagu-lagu klasik di radio ada menyiarkan lagu itu. Cuma juruhebah jarang menyatakan nama penulis lirik sebaliknya hanya penyanyi sahaja yang disebut.
Agak sedih juga kerana saya tidak menyimpan sama ada kaset atau piring hitam penya
nyi yang pernah menyanyikan senikata lagu saya. Apa yang dapat saya kongsikan bersama pembaca hanya 3 kaset yang masih ada di tangan saya. Itu pun hanya sampulnya sahaja. Jika dikalangan pembaca yang terlihat kaset penyanyi yang pernah menyanyikan senikata lagu saya, ingin mendapatkan salinannya sebagai kenangan untuk saya. Tanpa disedari saya menjadi lipatan sejarah tergolong sebagai salah seorang penulis lirik tahun 1980an yang tenggelam di arus zaman.

Antara penyay

Agak sedih juga kerana saya tidak menyimpan sama ada kaset atau piring hitam penya

Saturday, August 14, 2010
Kanak-Kanak Melukis Berdasarkan Perkembangan
Perkembangan bermaksud peringkat perkembangan usia kanak-kanak. Mengikut ahli teori psikologi perkembangan, kanak-kanak melukis secara semulajadi mengikut siri sejagat (universal) dan campurtangan orang dewasa atau diajar terus oleh orang dewasa yang turut mempengaruhi perkembangannya.
Terdapat beberapa pandangan ahli psikologi perkembangan tentang perkembangan lukisan kanak-kanak. Salah satunya mereka berpendapat bahawa perkembangan lukisan kanak-kanak terbahagi kepada 3 peringkat:
1-5 tahun: menguasai corak sejagat

5-7 tahun: menghiasi lukisannya iaitu beralih dari lakaran ke ekpresi unik pada lukisannya

7-12 tahun: penghasilan lukisan lebih tepat dan realistik serta menggambarkan unsur budaya.
Lukisan yang terdapat di atas adalah contoh peringkat perkembangan mengikut tahap umur kanak-kanak. Mungkin ada dikalangan kanak-kanak yang boleh melukis lebih baik daripada lukisan contoh. Keadaan itu bergantung kepada peranan orang dewasa dan persekitaran kanak-kanak itu sendiri.
Terdapat beberapa pandangan ahli psikologi perkembangan tentang perkembangan lukisan kanak-kanak. Salah satunya mereka berpendapat bahawa perkembangan lukisan kanak-kanak terbahagi kepada 3 peringkat:
1-5 tahun: menguasai corak sejagat

5-7 tahun: menghiasi lukisannya iaitu beralih dari lakaran ke ekpresi unik pada lukisannya

7-12 tahun: penghasilan lukisan lebih tepat dan realistik serta menggambarkan unsur budaya.

Friday, August 13, 2010
Kanak-Kanak Melukis Apa Yang Dilihat

Ahli teori psikologi persepsi berpendapat kanak-kanak tidak melukis apa yang diketahui atau dirasa, tetapi apa yang mereka lihat. Aliran fahaman persepsi percaya bahawa kanak-kanak melihat secara keseluruhan bukan melihat sebahagian. Imej keseluruhan itu diaktifkan minda yang menstrukturkan persepsi menerusi input yang diterima menerusi mata.
Ahli teo

Thursday, August 12, 2010
Kanak-Kanak Melukis Apa Yang Dirasa

Biasanya ahli ps

Wednesday, August 11, 2010
Kanak-kanak Melukis Apa Yang Diketahui
Lukisan kanak-kanak adalah berbeza dengan lukisan orang dewasa. Kanak-kanak tidak banyak mengetahui dibandingkan orang dewasa. Kanak-kanak melukis berdasarkan lingkungan pengetahuannya. Lukisan kanak-kanak merupakan pancaran pemikiran dan pengetahuan kanak-kanak. Ahli teori kognitif berpendapat bahawa 'kanak-kanak melukis apa yang diketahui bukan apa yang dilihat.
Contohnya kanak-kanak tidak melukis anggota badan yang tidak diketahui atau melukis langit dengan garisan berwarna biru di atas kepala orang sedang berdiri untuk menyatakan pemikirannya tentang langit. Apabila kanak-kanak meningkat kefahaman dan pengetahuannya tentang alam, konsepnya semakin komplek dan meningkat jumlah konsepnya, lukisannya turut berubah dan semakin realistik menyerupai lukisan orang dewasa. Ketepatan, terperinci dan kerjanya semakin komplek berkaitan dengan pengetahuannya.

Tuesday, August 10, 2010
Apakah Yang Kanak-Kanak Lukis?
Mungkin kita pernah melihat kanak-kanak berumur 4 tahun memegang krayon dan melukis gambar rumah, pokok, orang dan kereta. Kita juga tertanya-tanya bagaimana kanak-kanak ini boleh menterjemahkan imej rumah, pokok, orang atau kereta kepada gambar yang boleh dikenali rupa bentuknya. Sedangkan sebelum ini kanak-kanak itu hanya melakar dan membuat tanda-tanda imej di kertas sahaja.
Beberapa teori dijangka dapat menjelaskan persoalan dan menerangkan perkembangan lukisan kanak-kanak:
1. Teori Psikoanalitik: Teori ini berpandangan bahawa kanak-kanak melukis apa yang dirasa.
2. Teori Persepsi: Teori ini berpendapat bahawa kanak-kanak melukis apa yang dilihat.
3. Teori Kognitif: Teori ini mengatakan bahawa kanak-kanak melukis apa yang diketahui.
4. Teori Perkembangan: Teori ini menerangkan bahawa keupayaan kanak-kanak melukis secara semulajadi dan mengikut peringkat siri sejagat (universal).
Kebanyakkan pendidik di taska dan tadika di negara kita tanpa disedari mengamalkan teori perkembangan. Oleh itu pendidik pendidikan awal kanak-kanak hendaklah peka dengan pendekatan untuk memberi dorongan dan penilaian aktiviti melukis. Apabila pertandingan melukis di taska dan tadika diingatkan hakim pertandingan lukisan kanak-kanak perlu arif dengan pengaruh teori dengan penghasilan kreativiti kanak-kanak.
Mungkin anda melalui pengalaman untuk dikongsikan bersama pembaca.

Monday, August 9, 2010
Bagaimanakah Persekitaran Boleh Menggalakkan Kreativiti?

Kreativiti adalah berkaitan dengan keanjalan (flexibility), pemikiran terbuka dan keterbukaan kepada idea baru. Kanak-kanak berfikir ke arah membina kebenaran berasaskan dunia pemikirannya menerusi penyesuaian maklumat dan dapatan yang diperolehi. Apabila telah biasa dan menguasai konsep, kanak-kanak akan merasa bebas menggunakan konsep yang difahami menggunakan berbagai caranya sendiri.
Jika kita belajar hanya menggunakan satu cara, kita terhad dan tegar (rigid) dengan satu pendekatan atau cara sahaja. Keanjalan atau pemikiran kreatif adalah set mental yang boleh didorong dalam suasana persekitaran kelas yang terbuka. Persekitaran kreatif menggalakkan persepsi baru dan tindakbalas kepada alam sekeliling.
Sunday, August 8, 2010
Menempuh Ranjau Bidang Kanak-Kanak

Ketiadaan Mohd Yusof kerana bekerja di Yayasan Sabah maka saya cuba mengisi ruang aktiviti di perpustakaan kanak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur (sekarang mejadi tapak Institut Jantung Negara). Saya bersama Sudiro, Rahim, Othman dan Adam menamakan kumpulan teater boneka ABROS sempena nama kami. Apabila Mohd Yusof kembali ke Kuala Lumpur legasi Teater ABROS diteruskan kerana kumpulan ini sedia dikenali pada masa itu.
Selain daripada bermain boneka untuk kanak-kanak, saya meluangkan ma

Bagaimanakah Menggalakkan Tabiat Makan Yang Baik?
Di kalangan profesional kanak-kanak (pengasuh) di taska dan guru di tadika sering menghadapi masalah kanak-kanak yang tidak begitu selera menghadapi hidangan makanan. Kadangkala ada yang tidak mahu makan makanan yang dihidangkan. Berikut adalah antara panduan untuk menggalakkan tabiat makan kanak-kanak di taska dan tadika:
1. Menyediakan persekitaran yang santai dan selesa.
2. Guru atau profesional kanak-kanak (pengasuh) duduk bersama kanak-kanak semasa makan.
3. Jangan sesekali memaksa kanak-kanak makan, sebaliknya galakkan mencuba dan merasa semua menu makanan.
4. Peka makanan kegemaran dan kebencian terbentuk semasa peringkat kanak-kanak.
5. Membenarkan kanak-kanak berdikari semasa makan.
6. Memberi perhatian kepada makanan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun untuk menghindarkan daripada tercekik ketika makan.
Pandangan dan pengalaman anda amat dialu-alukan untuk dikongsikan bersama pembaca.
Saturday, August 7, 2010
Apakah Yang Menyebabkan Kanak-Kanak Gemuk?
Ada beberapa faktor menyebabkan kanak-kanak menjadi gemuk (obesity). Berikut antara faktor yang menyebabkan gemuk:
1. Aktiviti fizikal terhad
Contohnya, kanak-kanak yang tinggal di kawasan perumahan dan kehidupan kejiranan sentiasa mementingkan keselamatan sehingga takut membenarkan anak-anak bermain di luar. Kesannya mereka kurang bergerak. Ibu bapa lebih selesa melihat anak-anak bermain di dalam rumah.
2. Meningkatnya aktiviti yang banyak duduk
Contohnya, masa kanak-kanak pada hari ini lebih tertumpu kepada televisyen, komputer, permainan video sebagai aktiviti utama berbanding dengan aktiviti yang aktif menggunakan fizikal. Menonton televisyen dan bermain permainan video lebih kepada menggunakan tangan sambil memakan makanan yang mengandungi kalori lemak yang tinggi pada makanan.
3. Tabiat makan
Contohnya, perubahan gaya pemakanan seperti memakan makanan ringan yang mengandungi kalori lemak yang tinggi dan fiber yang rendah. Trend pada hari ini memakan makanan dari restoran makanan cepat seperti pizza, kentang goreng dan burger yang mengandungi kalori lemak yang tinggi sebagai salah satu faktor kegemukan.
Anda mungkin ada pandangan dan pengalaman yang boleh dikongsikan bersama dengan pembaca. Pandangan, pendapat dan pengalaman berkongsi dengan pembaca amat dialu-alukan.

Friday, August 6, 2010
Bagaimanakah Mengatasi Masalah Kegemukan Kanak-Kanak?
Profesional kanak-kanak (pengasuh) boleh membantu kanak-kanak dan ibu bapa untuk mengatasi masalah kegemukan (obesity). Berikut antara panduan yang boleh difikirkan:
1. Menyediakan maklumat tentang pemakanan seimbang dan berkhasiat.
2. Memberi kaunseling kepada ibu bapa menarik plug televisyen.
3. Semasa memasak bersama kanak-kanak, bercerita tentang makanan dan faedah makanan berkhasiat.
4. Mengabungjalinkan aktiviti literasi dan makanan berkhasiat.
5. Menyediakan aktiviti latihan fizikal.
Anda mungkin ada cadangan lain untuk dikongsikan bersama pembaca. Setiap pandangan dan pengalaman amat dialu-alukan.

Thursday, August 5, 2010
Ragam Kanak-kanak Tidak Mahu Makan?
Profesional kanak-kanak (pengasuh) di taska selalu berhadapan kanak-kanak berbagai ragam memilih makanan untuk dihidangkan. Ada kanak-kanak yang cerewet tentang makanan dan tidak mahu makan apabila dihidangkan. Berikut adalah panduan yang mungkin dapat membantu menyediakan pemakanan yang berkhasiat yang boleh dimakan oleh kanak-kanak:
1. Menyediakan kepelbagaian: Senarai menu makanan yang panjang seperti sebulan untuk mengelakkan pengulangan memakan makanan yang sama.
2. Musim buah-buahan: Pada musim buah-buahan boleh dihidangkan buah yang segar untuk dimakan. Begitu juga dengan sayuran segar boleh diajar dan pengalaman baru kepada kanak-kanak.
3. Menyediakan makanan mudah: Kebanyakan kanak-kanak memilih makanan yang tidak bercampur. Contohnya mee sahaja dan tidak bercampur dengan makanan lain untuk dihidangkan bersama.
4. Berhati-hati memperkenalkan makanan baru: Kanak-kanak selalunya menolak hidangan makanan yang belum biasa. Oleh itu perkenalkan makanan baru dengan makanan yang biasa dimakan oleh kanak-kanak. Semasa makan hendaklah diterangkan tentang makanan baru.
5. Menghadkan makanan bergula: Cuba elakkan makanan yang mengandungi banyak gula untuk menjaga kesihatan gigi.
Terdapat banyak lagi panduan pemakanan kanak-kanak. Anda boleh memberi cadangan dan pengalaman untuk dikongsikan bersama pembaca.

Wednesday, August 4, 2010
Penyediaan Makanan
Keupayaan fizikal kanak-kanak ada hubungkaitnya dengan penyediaan makanan di taska dan tadika. Orang dewasa hendaklah menggalakkan dan membimbing kanak-kanak melakukan sendiri ketika makan. Berikut antara perkara yang ada kaitanya hubungan keupayaan fizikal kanak-kanak dengan penyediaan makanan:
Umur 2 tahun
Kemahiran penyediaan makanan:
berupaya meramas, mengoyak, memegang dan merendam
Umur 3 tahun
Kemahiran penyediaan makanan:
boleh menuang susu dan jus, jika diberi arahan boleh mengambil bahagiannya sendiri di meja makanan yang disajikan
boleh mengadunkan, mencampur dan menggoncang
boleh makan sendiri apabila lapar
Umur 4 tahun
Kemahiran penyediaan makanan:
boleh mengelap, basuh, menyediakan makan di meja, mencampur bahan makanan
boleh mengoyak, memotong, menggulung dan melenyek makanan, memecahkan telur
Umur 5 tahun
Kemahiran penyediaan makanan:
boleh membuat sarapan dan makan tengahari yang mudah
boleh menyukat, memotong, mengisar dan melumatkan
Keupayaan yang dianggarkan boleh dilakukan berdasarkan kemahiran adalah sebagai panduan untuk menyediakan bahan makanan kepada kanak-kanak. Sebagai contoh menyediakan roti dan kaya kepada kanak-kanak berumur 5 tahun. Kanak-kanak ini boleh mencuba untuk meletakkan kaya di atas roti. Semasa menyediakan bahan makanan guru atau profesional kanak-kanak (pengasuh) sebaik-baiknya memikirkan bahan makanan yang boleh disesuaikan dengan keupayaan kemahiran pada setiap peringkat umur.
Mungkin anda ada cadangan dan pengalaman yang boleh dikongsikan bersama dengan pembaca.

Tuesday, August 3, 2010
Bengkel Masakan Guru Prasekolah
Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Benut Kluang Johor telah menjadi tuan rumah untuk Bengkel Masakan guru-guru prasekolah di sekitar Kluang. Sebanyak 12 buah sekolah mengambil bahagian sebagai peserta bengkel. Cikgu Md Shariff b Hj A Rahim merupakan Guru Be
sar SK Ladang Bukit Benut Kluang sebagai tuan rumah untuk mengelolakan bengkel tersebut. Kesemua peserta telah didedahkan penghasilan pemakanan yang berkhasiat untuk keperluan kanak-kanak di prasekolah. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Md Shariff b Hj A Rahim (lihat gambar duduk di barisan depan no 4 dari kiri) yang begitu perihatin dengan keperluan pemakanan kanak-kanak prasekolah. Difahamkan Cikgu Md Shariff b Hj A Rahim merupakan pengerak utama dalam program ini.
Semoga sekolah-sekolah lain mencontohi inisiatif yang telah dijalankan oleh Guru Besar SK Ladang Bukit Benut Kluang iaitu Cikgu Md Sharif b Hj A Rahim. Selepas ini pihak jawatankuasa program sebaik-baiknya mengundang pakar pemakanan kanak-kanak untuk memberi pendedahan kepada guru prasekolah. Peralatan hidangan makanan dan sanitasi yang bersesuaian perlu diberi pendedahan untuk keperluan di prasekolah. Begitu juga peradapan makan juga merupakan salah satu aktiviti yang menarik untuk di bengkelkan.
Bengkel pemakanan bukan sahaja sesuai untuk diberi pendedahan kepada guru prasekolah, malahan kepada
profesional pendidikan awal kanak-kanak (pengasuh) di taska dan ibu bapa yang berminat. Diharap program ini dapat diperluaskan lagi kepada mereka yang terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak.
Mungkin ada cadangan lain yang boleh dikemukakan atau pengalaman untuk dikongsikan bersama dengan pembaca.

Semoga sekolah-sekolah lain mencontohi inisiatif yang telah dijalankan oleh Guru Besar SK Ladang Bukit Benut Kluang iaitu Cikgu Md Sharif b Hj A Rahim. Selepas ini pihak jawatankuasa program sebaik-baiknya mengundang pakar pemakanan kanak-kanak untuk memberi pendedahan kepada guru prasekolah. Peralatan hidangan makanan dan sanitasi yang bersesuaian perlu diberi pendedahan untuk keperluan di prasekolah. Begitu juga peradapan makan juga merupakan salah satu aktiviti yang menarik untuk di bengkelkan.
Bengkel pemakanan bukan sahaja sesuai untuk diberi pendedahan kepada guru prasekolah, malahan kepada

Mungkin ada cadangan lain yang boleh dikemukakan atau pengalaman untuk dikongsikan bersama dengan pembaca.
Bagaimanakah Menentukan Taska Terbaik?

1. Kadar nisbah (ratio) yang betul antara murid-guru.
2. Masa bulatan (circle time) setiap hari.
3. Persekitaran berbahasa - Serba lengkap.
4. Kelengkapan Seni dan Kraft
5. Kelengkapan bongkah (Block)
6. Giliran tugasan.
7. Manipulatif.
8. Permainan pasir dan air.
9. Aktiviti fizikal setiap hari.
10. Kerap memperkenalkan peralatan baru.
Senarai perkara di atas merupakan panduan umum yang mungkin boleh digunapakai untuk membuat penilaian sebelum menghantar anak ke taska. Mungkin anda dapat memberi cadangan, pandangan dan pengalaman untuk dikongsikan bersama pembaca.
Monday, August 2, 2010
Memupuk Minat Membaca Menerusi Aktiviti Boneka?

Salah satu aktiviti yang boleh menarik minat kanak-kanak membaca ialah menggunakan boneka. Saya masih ingat penglibatan saya dalam Minggu Membaca yang dianjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1985. Di bengkel tersebut penganjur mengundang saya untuk berkongsi pengalaman dalam bengkel aktiviti pembinaan boneka sebagai kegiatan membaca (Maklumat bengkel tersebut terdapat dalam keratan akhbar. Sila 'klik' pada keratan akhbar untuk membacanya).
Mungkin anda pernah menggunakan boneka dan mohon dikongsikan bersama pengalaman dan pandangan anda kepada pembaca.
Sunday, August 1, 2010
Langkah Awal Galakkan Membaca
Minat membaca tidak berlaku sekelip mata kepada kanak-kanak. Membaca perlu dipupuk dan digalakkan. Berikut antara langkah awal cadangan memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak:
1. Berbual dengan kanak-kanak
2. Membaca bersama kanak-kanak setiap hari
3. Pilih buku yang bermutu sesuai dengan kanak-kanak
4. Kelilingi anak anda dengan buku
5. Keseronokan membaca kuat dan bukan membaca cepat
6. Membaca cerita berulangkali
7. Memupuk kepekaan pada perkataan dan tulisan
8. Kelilingi anak anda dengan peralatan penulisan
9. Jangan memberi penekanan
10. Tunjukkan penghargaan anda
Pembaca mungkin ada cadangan lain dan pengalaman untuk dikongsikan bersama.

Subscribe to:
Posts (Atom)