Friday, July 9, 2010

Transformasi Prasekolah

Saya tertarik dengan Tranformasi Pendidikan NKRA (Utusan Jumaat 9 Julai 2010). Terus menyalin petikan rencana tersebut untuk dikongsikan bersama:

Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan mencapai kematangannya pada 2020 termasuk prasekolah. Prasekolah dikenalpasti menjadi salah satu tumpuan utama sub NKRA pendidikan. Indeks prestasi utama NKRA sub prasekolah adalah seperti berikut:

Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+) kepada 87% menjelang 2012; serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Dalam memastikan pencapaian sasaran ini, kerajaan telah menetapkan tujuh strategi utama iaitu:
* Penubuhan jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan
* Melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
* Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah KPM, KEMAS dan JPNIN
* Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
* Menambah bilangan prasekolah di kawasan miskin bandar, luar bandar dan pedalaman
* Meningkatkan perkongsian pintar kerajaan-swasta
* Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Apakah pandangan dan pendapat anda tentang tujuh strategi untuk mencapai sasaran NKRA Prasekolah?

4 comments:

  1. Melalui 7 langkah ini,saya rasa kepentingan pendidikan prasekolah ini akan meluas.Justeru ibubapa akan lebih bersungguh untuk menghantar anak mereka ke taska/tadika.Strategi yang berkesan ini akan melahirkan kanak-kanak yang berkemahiran,berilmu,dan bercita-cita tinggi.

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Dr Bustam dan rakan-rakan.Pastinya semua pihak inginkan yang terbaik.
    Melihat kepada senario pendidikan di Malaysia, saya secara peribadi amat bimbang jika ia lebih banyak di'politikkan'.

    Bukan sahaja ia boleh menggugat sistem pendidikan negara, malah ia menjadi satu beban kepada seluruh rakyat malaysia.

    7 Strategi NKRA pasti tercapai jika semua yang terlibat diperingkat ter'atas' dan penting adalah mereka yang mempunyai kelayakan dan benar-benar faham akan pembanguna pendidikan negara yang terdiri dari pelbagai peringkat.

    Ia pastinya akan menjadikan tahap pendidikan prasekolah yang sememangnya amat penting menjadi lebih baik dan dapat menghasilkan generasi yang cemerlang.

    Selamat maju jaya buat kita semua.

    ReplyDelete
  3. Adakalanya kita patut merenung "mutiara di dasar laut itu tidak dinilai selagi tidak di selami ke dasar laut. Berlian diperut bumi yang tidak digilap tiada diketahui nilai harganya." dan "Hanya jauhari yang mengenal manikam." Begitulah nasib mereka yang berilmu dan berpendidikan dalam bidang. Pandangan Pn Noraminah amat saya hargai dan juga Cinraini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Dr Bustam dan semua penggiat prasekolah saya sokong dengan pandangan Pn Noraminah dan Dr Bustam itu. Diharapkan perkara ini tidak di politikan. Ada baik nya jika mereka yang betul-betul berkelayakan dan arif tentang pendidikan awal kanak-kanak diambil sebagai pelaksana program. Bukan sebagai tangkap muat sahaja takut-takut nanti ia kan menjadi indah khabar dari rupa.

    ReplyDelete