Monday, July 26, 2010

Pertolongan Cemas di Taska dan Tadika?



Mereka yang terlibat dengan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak sewajarnya perlu mendapat latihan dalam 'Pertolongan Cemas' (First Aid). Keperluan ini jangan ambil mudah khususnya kepada mereka yang terlibat dengan bayi dan tatih. Banyak kemalangan berlaku hingga membawa kematian yang tidak diduga seperti yang pernah disiarkan menerusi suratkhabar. Langkah yang sewajarnya adalah melengkapkan diri dengan pengetahuan asas pertolongan cemas untuk mengelakkan kemalangan di taska mahupun di tadika. Pengalaman saya semasa melanjutkan pengajian di luar negara diwajibkan mendapatkan pengetahuan asas pertolongan cemas untuk menjalankan amali (latihan mengajar) di institusi pendidikan awal kanak-kanak. Dua perkara wajib dipelajari iaitu 'Infant and Child CPR' dan 'Community First Aid and Safety'.

Bersetujukah anda mewajibkan mereka yang terlibat dengan program pendidikan awal kanak-kanak (taska dan tadika) perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan 'Pertolongan Cemas' menerusi badan yang diiktiraf?

4 comments:

  1. Kawan-kawan dan Dr Bustam.

    Saya setuju. Tetapi, untuk menghadiri kursus perlukan masa yang sesuai seperti waktu cuti sekolah atau hujung minggu. Melalui pengalaman saya kosnya juga agak mahal dan perlu diperbaharui setiap 2 tahun.

    Jadi, adakalanya perlu sekurang-kurangnya seorang daripada guru di sebuah pusat mempunyai sijil pertolongan cemas. Jika semua ada lagi bagus!

    ReplyDelete
  2. saya setuju..seharusnya para cikgu di TASKA @ TADIKA wajib mengetahui secara mendalam berkenaan pertolongan cemas. Kadang2 kemalangan sukar dijangka. Begitu juga dengan pengasuh2 di pusat asuhan@ dirumah2, perlu tahu bagaimana dan apa yg harus dilakukan sekiranya perkara yg tidak diingini berlaku seperti apa yg harus dilakukan sekiranya bayi tercekit susu@ tercekik makanan@ jatuh...tindakan awal wajar dilakukan untuk menyelamatkan nyawa sebelum menghantarnya ke hospital.

    Majoriti yg saya lihat, kebanyakkan pengasuh di rumah2 tidak tahu langsung berkaitan dengan pertolongan cemas. Rata2 hanya menelefon penjaga dan memberitahu anak mereka kemalangan. bayangkanlah berapa lama masa yg diambil oleh ibu bapa untuk sampai ke tempat pengasuh..Ngeri bila teringatkan hal seperti ini dan saya harap tidak berlaku kpd saya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Dr. Bustam dan cikgu2 sekalian....

    Saya Aiza Husna, guru pelatih kursus Pendididan Prasekolah dr IPG Kampus Tg. Ampuan Afzan, Pahang. Pd semester akhir ini, kami dikehendaki mengendalikan satu bengkel pertolongan cemas dan jenis2 bantuan serta rawatan awal utk kanak2 awal Oktober nanti.

    Kami bersyukur kerana diberi latihan sepenuhnya mengenai dunia kanak-kanak dan prasekolah. Namun, ilmu2 tersebut masih belum mencukupi untuk menjadikan kami guru yang cemerlang.

    Melihat kepada kejayaan Dr. dlm menghasilkan bahan2 rujukan kpd kami, kami terasa terpanggil untuk mengadakan sesi ceramah yg diberikan oleh Dr. Bustam sendiri. Adakah Dr. mempunyai kelapangan untuk berkongsi pengalaman bersama kami? Jika ya, kami berbesar hati untuk menjemput Dr. melalui surat rasmi yang akan diberikan nanti.

    Kami juga ingin mendapatkan maklumat bagaimana untuk menghubungi pihak Dr. Bustam. Kerjasama Dr. amat dihargai.

    Sekian, Terima Kasih :)

    ahar_1608@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. saya pelajar di kolej perkembangan awal kanak-kanak juga telah di wajib mengambil subjek pertolongan kecemasan selama 1 sem. banyak manfaat yang dapat diperolehi dalam subjek ini. bagaimana hendak menghubungi dr jika ingin membuat bengkel.. sekian,terima kasih. myrah_88@yahoo.com.

    ReplyDelete