Paul Torrance (1970) dalam kajiannya tentang proses kreativiti mengenalpasti empat ciri kreativiti iaitu:
1. Kelancaran
2. Keanjalan
3. Keaslian
4. Penjelasan
Tumpuan utama kreativiti dalam program pendidikan awal kanak-kanak ialah proses bukan penghasilannya. Kita perlu melihat bagaimana kanak-kanak menggunakan bahan, kanak-kanak meluahkan keaslian ideanya dengan lancar dan menerangkan keaslian ideanya. Aktiviti yang anjal (flexible) memberi ruang untuk kanak-kanak meneroka dan bereksperimen. Menjelaskan idea dengan menambah pelbagai bahan dan warna jika melakukan aktiviti mewarna.
Salam Dr dan kawan-kawan.
ReplyDelete'We focus on the process, NOT the end product' merupakan satu topik yang saya kira boleh dibicarakan lebih dari 12 jam.
Saya kira lebih baik jika saya kongsikan beberapa pengalaman.
1.Ketika membuat lawatan (rutin sebagai pemeriksaan kualiti kelas) di sebuah kelas pembelajaran murid 5 tahun, dilihat dengan jelas betapa 'cantik' dan kemas semua hiasan dinding dan juga alat mengajar serta paparan kerja/tugasan murid. Pada mulanya, agak 'impressed' dan rasa kagum. Tetapi apabila melihat reaksi murid yang tidak 'appreciate' dengan semua itu, serta 'keseragaman' yang melampau pada semua bahan di dalam kelas tersebut, terasa satu elemen 'KEASLIAN' tadi sudah hilang. Rupa-rupanya, itu semua adalah hasil kerja guru, bukan murid! Jadi ianya tidak lagi asli bagi murid-murid.
2. Pada musim cuti persekolahan yang lalu, sekumpulan guru mengadakan aktiviti cuti sekolah yang bertemakan kraf dan kreativiti. Pada hari ketiga aktiviti murid menyediakan kraf yang berbentuk 3D dan dibawa pulang. seorang ibu dengan gembira berkata pada anaknya: "Wah cantiknya!" Jawab anaknya,"Cikgu yang buat, Danial cuma tampal yang ini..."
Seringkas dan semudah aktiviti yang berbentuk 'menconteng' dan 'melukis', ia hanya akan lebih bermakna jika murid diberikan ruang dan peluang untuk menerokanya.
Kebolehan memilih warna, medium dan kebebasan untuk merekacipta pasti akan memberi mereka lebih ransangan.
Mungkin ia tidak 'cantik' dan kemas di mata orang dewasa, tetapi ia akan menjadi sesuatu yang amat bermakna bagi mereka dalam setiap langkah dan proses yang mereka lalui.
Jadi, biarlah ibu bapa atau sesiapa sahaja mengatakan anak mereka tidak 'belajar' hanya kerana melihat kepada 'hasil kerja' asalkan kita sebagai guru telah memberikan penjelasan dan penerangan kepada mereka untuk memahami.
Kesannya mungkin bukan sekarang, mungkin hanya akan dilihat apabila anak itu mencecah umur yang agak lanjut...seperti saya.
Terima kasih perkongsian pengalaman anda. Saya amat menghargainya. Diharap pembaca lain boleh berkongsi pendapat dan pandangan sekira tiada pengalaman untuk dikongsi bersama.
ReplyDelete