Berbagai cara untuk berinteraksi dengan bayi dan tatih semasa profesional perkhidmatan kanak-kanak di taska. Salah satu pendekatan interaksi bayi dan tatih ialah 3M (Menghormati, Membalas dan Menyilang). Semasa berinteraksi dengan kanak-kanak hendaklah menghormati akan perkembangan kanak-kanak mengikut tahap kemahirannya dan usia, sensitif dengan memberi tindakbalas terhadap tingkahlaku yang bersesuaian mengikut domain perkembangan kanak-kanak, dan saling berbalas terhadap tingkahlaku yang positif untuk memupuk keyakinan diri kanak-kanak.
Pendekatan interaksi ini kebanyakannya tidak jauh bezanya dengan pendekatan 3P yang dibincangkan sebelum ini. Matalamatnya adalah sama iaitu untuk memupuk perkembangan diri kanak-kanak secara positif. Mungkin ada lagi pendekatan interaksi kanak-kanak di peringkat bayi dan taska untuk anda kongsikan bersama.
salam Dr, maaf,.. saya kurang faham salah satu pendekatan interaksi bayi dan tatih, apakah yang dimaksudkan menyilang??
ReplyDeleteProf,saya nak tanya apakah yang dimaksudkan dengan 3P?
ReplyDeleteMenyilang bermaksud saling bertindak balas antara orang dewasa dan kanak-kanak. Contohnya apabila bayi memberi senyuman maka orang dewasa membalas balik dengan senyuman.
ReplyDelete3P baca artikal sebelum ini tentang pendekatan bayi dan tatih. Terima kasih kerana sudi mengemukakan pertanyaan yang bernas.
Salam Dr.
ReplyDeleteboleh tak Dr perjelaskan lg konsep 3m ini...saya masih keliru..terima kasih
Terima kasih sudi mengemukakan pertanyaan dan sudikanlah mendaftar sebagai pengikut (follower) blog ini. Menghormati bermaksud kita hendaklah memahami akan perkembangan kanak-kanak pada setiap peringkat usia.Contohnya bayi boleh berjalan kita mengharapkan cepat berjalan. Ini bermakna kita tidak menghormati tahap perkembangannya. Berbalas bermaksud kita hendaklah peka dan bertindakbalas tingkahlaku bayi. Sebagai contoh apabila bayi senyum orang dewasa perlu membalas balik senyuman itu.Menyilang bermaksud saling balas membalas tingkahlaku bukan sehala sahaja. Contohnya adakalanya kita mengagah bayi dan bayi membalas dengan senyuman. Seterusnya kita terus memberi keyakinan kepada bayi dengan nada suara dan wajah yang mesra.
ReplyDeleteasalam dr..
ReplyDeleteBoleh saya tahu aktiviti agahan yang boleh dilakukan utk bayi? dan boleh Dr terangkan serba sedikit tentang aktiviti agahan.. terima kasih:)