Penyediaan peralatan di taska adalah penting dan perlu di sesuaikan mengikut tahap usia. Peralatan yang disediakan hendaklah dan sudah biasa untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuannya. Apabila kanak-kanak tertumpu dengan peralatan dan ideanya, maka berkurangan peluang melakukan tingkahlaku atau perlakuan yang tidak terkawal. Ini memberi peluang kepada guru dari membimbing tingkahlaku kepada bimbingan pembelajaran.
Kanak-kanak di peringkat bayi dan tatih belajar menggunakan objek sebagai alat untuk menyatakan pemikiran dan teori tentang bagaimana dunia persekitarannya berfungsi. Oleh itu dengan menyediakan peralatan yang seimbang iaitu objek sebenar dan terbuka dapat mengggalakkan perkembangan kognitif.
Peralatan sebenar disediakan dalam bentuk saiz kanak-kanak seperti cawan, gelas dan sudu yang digunakan semasa makan. Tujuan penggunaan peralatan sebenar untuk membina keyakinan dan keupayaan menjaga objek, dan menghubungkan persekitaran di rumah dan di taska.
Peralatan terbuka digunakan bertujuan untuk mengembangkan kefahaman kanak-kanak terhadap konsep dan membantu membina kreativiti menggunakan peralatan. Contoh peralatan terbuka seperti kain, kotak telur, dan bongkah kayu.
Bagaimana pendapat dan pandangan anda?
Salam Dr.
ReplyDeletesaya bersetuju dgn pandangan Dr. saya sendiri menitik beratkkan akan penggunaan peralatan yang sesuai untuk meransang perkembangan menyeluruh kedua2 anak saya...
Salam.
ReplyDeleteDr Bustam dan kawan-kawan.
Bercakap tentang peralatan, terutama bagi kanak-kanak banyak juga isu yang timbul. Apa yang Dr Bustam sebuatkan dalam tulisan kali ini meskipun menjurus kepada kanak-kanak yang berada di taska, ia juga sangat penting untuk kanak-kanak yang berada di mana-mana pusat pendidikan sekalipun.
Ini adalah antara faktor utama sama ada kanak-kanak akan mendapat 'learning experiences' yang menyeluruh dan mencukupi untuk mereka mencapai tahap perkembangan uang optima.
Sebagai contoh yang mudah, pembelajaran di peringkat pusat pendidikan kanak-kanak yang berbentuk tadika atau pusat perkembangan tidak seharusnya berpandukan buku semata-mata. Pelbagai keperluan 'learning materials' yang berkualiti dan mampu memberikan banyak pengalaman pembelajaran bagi kanak-kanak adalah penting.
Malangnya, masih ramai yang berpandangan pembelajaran hanya akan berkesan dengan 'buku'.
Oleh itu, kita sebagai antara yang mempunyai sedikit pengetahuan ini perlulah rajin berkongsi dan menyebarkannya pada yang lain.
Terima kasih.
Saya tertarik dengan idea Dr bahawa peralatan yang digunakan hendaklah `familiar objects' yang biasa dilihat atau digunakan dirumah atau dimana-mana supaya murid dan guru boleh memberi tumpuan kepada pembelajaran dan bukan pembetulan tingkahlaku.Bukan sahaja ini menjimatkan kos operasi tetapi juga membantu guru untuk berfikiran lebih kreatif di dalam penghasilan alat bantu mengajar. Inilah juga yang cuba diterapkan di Pusat Pendidikan Kanak-Kanak GENIUS AULAD.
ReplyDeleteSaya juga lebih bersetuju kanak-kanak lebih didedahkan kepada peralatan terbuka. Ini adalah kerana peralatan terbuka dapat:
1.meransang kreativiti mereka
2. melatih mereka menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.
3. memupuk minat kepada objek dan perkara yang bersifat lebih realiti.
4. memberi lebih latihan kepada `motor skill'.
Ok. Terima kasih dan senyum selalu Dr BK!
Salam untuk semua yang mengikuti blog ini.
ReplyDeleteSuatu info yang penting untuk para ibubapa dan juga pendidik di taska, tadika dan juga pusat perkembangan kanak-kanak.
Mungkin ramai di luar sana terutama para ibu bapa yang kurang arif tentang perkembangan kognitif. Ini adalah kerana kebanyakan kita sekarang lebih mementingkan perkembangan akademik. Kita hanya mahu melihat laporan bercetak keputusan peperiksaan anak-anak kita. Kita jarang menghargai jika anak kita pandai menyusun kasutnya di rak kasut, mengutip dan membuang sampah ke dalam tong sampah, dan pandai membezakan antara yang betul dengan yang salah.
Mungkin Dr BK boleh berkongsi lebih info dengan para ibu bapa tentang perkembangan kognitif ini.
Terima kasih.
prof..
ReplyDeletetentang peralatan terbuka ada contoh lain tak?
kertas,crayon juga dikira sebagai peralatan terbuka?
Kertas dan crayon tidak dianggap peralatan terbuka (open ended). Semua jenis peralatan yang boleh digunakan untuk digunakan kepelbagaian dan menghasilkan kepelbagaian bentuk tanpa had adalah dianggap peralatan terbuka (open ended).Contohnya bongkah boleh menghasilkan pelbagai bentuk tanpa had seperti rumah, kenderaan, dan sebagainya.
ReplyDeleteDR. BOLEH MASUK OPEN ENDED DALAM MODUL YANG SEDANG DIBANGUNKAN SUPAYA PENGASUH DAPAT SAMPLE AKTIVITI DI TASKA.TQ
ReplyDeleteTerima kasih memberi cadangan yang baik untuk program di taska.
ReplyDelete