Sama ada kita sedar atau tidak orang dewasa boleh menjadi penghalang kepada kreativiti kanak-kanak. Menurut Goleman, Kaufman & Ray (1993) menyatakan beberapa perkara cara orang dewasa tidak menggalakkan kreativiti kanak-kanak:
Pengawasan: Terlalu mengawasi kanak-kanak membuat mereka merasa dirinya selalu diperhatikan semasa melakukan kerja. Di bawah pengawasan yang kerap, tidak membenarkan mengambil risiko perlahan-perlahan akan menengelamkan kreativiti kanak-kanak.
Penilaian: Apabila kita sentiasa membuat penilaian maka kanak-kanak berasa bimbang tentang apa yang dilakukannya dan mereka tidak hirau kepada kepuasan yang telah mereka capai.
Ganjaran: Terlalu mewah dengan hadiah akan melenyapkan keseronokan aktiviti kreatif.
Pertandingan: Meletakkan kanak-kanak dalam keadaan menang-kalah dan hanya seorang sahaja berada di atas serta menidakkan kepada proses bahawa kanak-kanak meningkat mengikut tahapnya sendiri.
Kawalan keterlaluan: Sentiasa memberitahu kanak-kanak bagaimana membuat sesuatu perkara menjadikan kanak-kanak merasakan bahawa keaslian (origanlity) yang difikirkannya adalah salah dan sebarang penerokaan adalah membuang masa.
Pilihan terhad: Memberitahu kanak-kanak aktiviti yang mereka sepatutnya lakukan di mana sepatutnya membiarkan mereka memilih sendiri berdasarkan minat dan keinginannya. Kesannya akan menghadkan penerokaan aktif dan bereksperimen yang membawa kepada penemuan kreatif dan penghasilan.
Tekanan: Terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepada prestasi kanak-kanak selalunya di akhiri dengan memberikan subjek dan aktiviti yang tidak digemari kanak-kanak. Meletakkan harapan tinggi yang tidak munasabah seperti memberi tekanan dan melakukan aktiviti yang telah diletakkan garis panduan kepada kanak-kanak untuk menghasilkan prestasi yang baik akan mengenepikan eksperimentasi, penerokaan dan inovasi. Meletakkan harapan yang tinggi adalah di luar keupayaan perkembangan kanak-kanak.
Apakah pandangan anda?
Salam. Dr Bustam,
ReplyDeleteKreativiti merupakan salah satu cabang perkembangan kanak-kanak yang sering terpinggir. Bukan sahaja dikalangan ibu bapa, malah sesetengah daripada kita yang bergelar guru juga adakalanya terlupa akan peri penting kretiviti dalam perkembangan kanak-kanak.
Apa yang disebutkan oleh Dr, banyak kebenarannya. Tetapi melalui pengalaman sebagai seorang guru dan ibu, secara peribadi saya melalui pelbagai pengalaman hidup yang menyebabkan kita terpaksa menjadi agak keterlaluan dalam konteks menjaga 'keselamatan' anak sehingga tanpa sedar tingkah laku kita telah menghalang perkembangan kreativiti anak-anak.
Sebagai contoh, kepelbagaian kes semasa yang melibatkan kanak-kanak hilang apabila berada di taman permainan, atau kecederaan semasa berada di premis jagaan anak menyebabkan ramai ibu bapa dan guru menjadi agak 'fobia' untuk melepaskan anak-anak mereka sepenunnya untuk melalui pengalaman eksplorasi yang sebenar sebagai seorang kanak-kanak.
Walaubagaimanapun, saya secara peribadi turut bersetuju dengan apa yang Dr tuliskan. Pada masa yang sama mengambilnya sebagai satu cabaran untuk menyeimbangkan antara keperluan perkembangan kanak-kanak dan keperluan kehidupan sebenar zaman kini.
Noraminah Omar
blog: www.noraminahomar.blogspot.com
fb: meen omar
Terima kasih dengan pandangan dan perkongsian pengalaman anda.Saya amat menghargainya.
ReplyDeleteJika di rumah ibu bapa mungkin tidak sanggup melihat keadaan bersepah bilamana anak2 turut sama membantu @ melakukan kerja di dapur (contohnya. Bagi mereka ini akan melambatkan kerja2 mereka.. Maka ibu bapa sanggup menyuruh ank2 bermain di luar @ menonton TV sahaja daripada membantu kerja2 rumah.
ReplyDeleteJika di tadika guru2 mungkin kasihan melihat pelajar2nya terkehel2 menyudahkan kerja yg perlu dibuat. Maka guru menggambil tindakan menyudahkan @ membereskan hasil kerja pelajarnya.. tanpa memikirkan bahawa yg dilakukan itu akan menghalang kreativiti kanak-kanak dari berkembang.
Biarkan kanak-kanak melakukan sendiri atas kawalan & bimbingan kita...
Sangat setuju dengan pandanga anda.Melentur buluh biar semasa rebung.
ReplyDeleteJika ingin anak kita berdikari dan berjaya biarlah anak kita bermain dan berimaginasi sambil berkreativiti terhadap apa yang diingininya.
ReplyDeleteSetuju dengan pandangan anda. Terima kasih sudi memberi pandangan.
ReplyDeletekanak2 belajar dengan segala elemen dalam persekitaran...saya sebagai perekabentuk perabot...percaya yang rekabentuk perabot yang baik dan mengambil kira kepentingan dan kehendak kanak2 mampu menjana kreativiti kanak2.peranan rekabentuk perabot pada saya mungkin agak dipinggirkan...apa pendapat anda?
ReplyDeleteAnda perlu memahami kandungan sesuatu bidang sebelum membuat kesimpulan sesuatu kajian yang berkaitan dalam sesuatu bidang.
ReplyDelete