Kita jarang membicarakan pendekatan mendidik di peringkat bayi dan tatih. Pendekatan untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun adalah berbeza dengan kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas. Pengasuhan kanak-kanak peringkat bayi dan tatih antaranya, lebih kepada interaksi antara profesional perkhidmatan kanak-kanak (pengasuh) meningkatkan keyakinan dan memupuk kanak-kanak untuk berdikari. Salah satu pendekatan yang diamalkan ialah 3P (perhatian, persetujuan dan penyesuaian). Penguasaan 3P ini sebagai asas kepada profesional perkhidmatan kanak-kanak untuk menjaga dan mendidik kanak-kanak. Selain daripada itu penguasaan 3P boleh dijadikan sebagai alat untuk menggalakkan suasana persekitaran yang positif dan mengekalkan hubungan emotional yang positif antara kanak-kanak dan profesional perkhidmatan kanak-kanak.
Perhatian: tingkahlaku, kemahiran, keperluan kanak-kanak dan bertindakbalas berdasarkan pemerhatian.
Persetujuan: memberi ruang kepada kanak-kanak untuk mencuba dan menyelesaikan tugasan dan membantu membuat pilihan.
Penyesuaian: melibatkan pertimbangan, kepekaan dan bertindakbalas terhadap keadaan fikiran/hati (mood), keperluan, dan minat.
Pendekatan ini hanya cadangan berdasarkan kepada pengalaman saya ketika menjalani program amali semasa belajar dahulu. Pendekatan ini boleh disesuaikan dengan keperluan di taska. Mungkin ada lagi pendekatan yang lebih baik untuk dicadangkan dan dikongsikan bersama. Selamat mencuba pendekatan 3P di taska.
Prof,pendekatan yang mana lebih baik?3P @ 3M lebih baik dipraktikkan di Taska?
ReplyDeleteSemua pendekatan hendaklah dicuba terlebih dahulu setiap pemdekatan. Anda akan dapat keserasiannya apabila mencuba sesuatu pendekatan.
ReplyDeletesalam Dr,
ReplyDeleteAnak saya berumur 5 tahun dan sangat lemah dalam mengenal ABC. Akan tetapi dari segi hafalan dia mmg the best..boleh mengingati ABC sampai Z tetapi tidak kenal huruf.
Apakah pendekatan yang perlu saya lakukan? mengajar secara memaksa@ hanya sekadar mengikut kemampuan dia.
Terima kasih dengan permasalahan yang ingin dikongsikan. Cuba rujuk tulisan saya tentang membaca pada Mengajar Membaca dan Menulis Di Taska (July) dan Mengalakkan Membaca Di Kalangan Kanak-Kanak (August). Selamat membaca.
ReplyDelete