Monday, July 19, 2010

Apakah Ciri-Ciri Program Yang Berkualiti?

Prgram kanak-kanak di taska perlu ditentukan kualitinya sebelum anda menghantar anak untuk mendapat perkhidmatannya. Intitusi kanak-kanak (taska) ini boleh dianggap sebagai makmal untuk membina hubungan insan dan pembelajaran. Keperluan kanak-kanak semestinya menjadi keutamaan yang dititikberatkan oleh pengusaha yang memberi perkhidmatan. Walaupun setiap institusi perkhidmatan kelihatan berbeza dari segi fizikalnya dan program yang ditawarkan, secara universalnya kelihatan ketara dari segi kualiti latar (setting) untuk memberi peluang kanak-kanak:
a. bermain dengan kanak-kanak lain
b. manipulasi objek dan peralatan
c. penemuan apa yang boleh berfungsi
d. membuat kesilapan
e. berimaginasi dan mencipta

Program perlu dirancang dengan idea tersebut di atas. Program seperti ini kanak-kanak jarang melakukan perkara yang sama dalam satu waktu. Main adalah landasan untuk pembelajaran yang memberi pelbagai pengalaman. Persekitaran dirancang untuk membantu keperluan perkembangan kanak-kanak menerusi bahan dan peralatan mengikut kesesuaian ruang dan masa.

2 comments:

  1. prof, apa maksud 'penemuan apa yang boleh berfungsi' dan 'membuat kesilapan'?

    ReplyDelete
  2. Penemuan yang boleh berfungsi contohnya apabila kanak-kanak menyusun bongkah untuk mencipta kereta, fungsi bongkah boleh berfungsi sebagai alat mainan berbentuk kereta.Membuat kesilapan merupakan proses pembelajaran untuk memperkayakan pengalaman.

    ReplyDelete