Wednesday, July 21, 2010

Persekitaran Yang Mengalakkan Komunikasi

Matlamat asas susunan persekitaran adalah untuk meningkatkan minat kanak-kanak dalam keadaan suasana untuk berkomunikasi. Persekitaran diurus dan disusun untuk menggalakkan permintaan dan pandangan/pendapat yang diberikan kanak-kanak dan membantu pengajaran bahasa oleh profesional kanak-kanak. Langkah menggunakan persekitaran untuk menggalakkan berbahasa antaranya adalah seperti berikut:
1. Tumpuan pada membina bahasa sebagai sebahagian rutin kanak-kanak.
2. Menyediakan kemudahan pada bahan dan aktiviti yang menarik.
3. Kesediaan orang dewasa dan rakan sekerja sebagai model yang boleh menggalakkan kanak-kanak menggunakan bahasa dan bertindakbalas pada percubaan yang dilakukan seterusnya.
4. Menyediakan pelbagai strategi yang berkaitan antara kemudahan kepada peralatan atau bimbingan dan menggunakan bahasa.

Perkara di atas adalah antara cadangan dan anda mungkin ada pengalaman yang boleh dikongsikan bersama pembaca blog ini.

4 comments:

  1. Salam Dr Bustam dan rakan-rakan.

    Apabila menyentuh tentang aspek komunikasi ada juga yang melihatnya dari aspek penggunaan bahasa.

    Ramai yang melihat komunukasi sebagai kebolehan seseorang bertutur menggunakan bahasa malaysia atau bahasa inggeris. Sekiranya seseorang itu tidak begitu fasih di dalam bahasa inggeris, mereka dikatakan tidak pandai berkomunikasi.

    Ia juga sering dilihat dari segi penggunaan tatabahasa dan ayat yang betul, untuk menentukan sama ada mereka ini boleh 'berkomunikasi' atau tidak.

    Saya pula berpendapat komunikasi di persekitaran pra sekolah lebih kepada kemahiran 'memberi maklum balas' atau 'reaction' kepada persoalan, percakapan dan pertuturan murid.

    Pada kebanyakan masa, ramai yang tidak sedar komunikasi mereka tidak membuka ruang untuk murid memperkembangkan kemahiran komunikasi mereka. Soalan yang diberi dijawab dengan 'closed answer'. Kenyataan kanak-kanak tidak mendapat respon yang membina, menyebabkan tiada 'thread of questions' yang berlaku untuk membentuk daya fikir anak-anak.

    Minta Dr Bustam komen dan mungkin beri sedikit penjelasan.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan pandangan anda.Biasakan dengan soalan terbuka dan membuat pilihan serta menerima kesilapan sebagai proses berkomunikasi.Terima kasih kerana sering memberi pandangan yang bernas.

    ReplyDelete
  3. Prof, jika kanak-kanak tersebut ingin bercakap dengan kita, tapi bahasanya tak difahami . . . bagaimana itu?

    ReplyDelete
  4. Orang dewasa hendaklah melayani komunikasi kanak-kanak biarpun dengan geraklaku. Secara tidak langsung akan mendorong kanak-kanak untuk berkomunikasi.

    ReplyDelete