Wednesday, July 14, 2010

Matlamat: Bergantung Lawan Berdikari

Matlamat utama orang dewasa ialah kanak-kanak boleh berdikari dan berkeinginan untuk belajar sendiri semasa di taska. Dalam menjayakan matalamat ini, profesional (pengasuh) hendaklah merancang dengan teliti persekitaran fizikal. Menyediakan peralatan terbuka yang dapat meningkatkan lagi perkembangan kognitif. Amalan menyediakan peralatan terbuka dapat meningkatkan perkembangan sosial dan emosi memandangkan kanak-kanak boleh memilih peralatan yang diperlukannya untuk digunakan. Peralatan itu juga mudah dikemas setelah digunakan. Mengubahsuai sinki bagi memudahkan kanak-kanak membasuh tangan juga dapat menggalakkan kanak-kanak berdikari.

2 comments:

  1. Salam, Dr.

    Hanya sedikit maklumbalas ringkas.

    Menyediakan persekitaran yang sesuai untuk kanak-kanak secara keseluruhannya agak sukar dan melibatkan kos yang tinggi.

    Tetapi 'pengubahsuaian' dan penggunaan 'improvised tools' juga dapat membantu.

    Sebagai contoh, jika kos untuk menyediakan sinki yang sesuai dengan saiz kanak-kanak memakan belanja yang tinggi, mungkin 'children stool' boleh disediakan untuk memudahkan kanak-kanak mencapainya.

    Bagaimana Dr? Boleh diterima?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dengan pendapat dan pengalaman anda yang dikongsikan bersama.

    ReplyDelete