Tuesday, July 20, 2010

Bagaimana Perkataan dan Tindakan Membentuk Tingkahlaku?

Selalu terdengar rungutan profesional kanak-kanak (pengasuh) menghadapi kesukaran untuk berinteraksi dengan kanak-kanak di taska. Perkataan (speech) dan tindakan (action) boleh digunakan disamping menambahkan pengalaman kanak-kanak. Kejayaan teknik ini bergantung kepada hubungan yang dibina pada setiap kanak-kanak. Selain daripada itu memerlukan masa membina kefahaman. Apabila menggunakan perkataan hendaklah bersesuaian dengan tindakan khususnya dalam keadaan yang belum menjadi kebiasaan kepada kanak-kanak.

Berikut adalah panduan perkataan dan tindakan awal dalam keadaan yang belum menjadi kebiasaan kepada kanak-kanak:

Menggunakan perkataan
1. Menyatakan cadangan atau arahan secara positif bukan dalam bentuk negatif
2. Beri satu pilihan sahaja apabila anda bersedia meletakkan pilihan kepada kanak-kanak
3. Gunakan suara anda sebagai alat mengajar. Nada dan suara anda perlu membantu
kanak-kanak merasa yakin dan boleh dipercayai
4. Elakkan cuba mengubah tingkahlaku menerusi kaedah yang membawa kepada kurang
dihormati seperti memalukan atau melebel tingkahlaku nakal atau tamak
5. Elakkan memberi dorongan/galakkan dengan membandingkan antara seorang kanak-kanak
dengan kanak-kanak lain atau menggalakkan pertandingan
6. Mengubah haluan kanak-kanak dengan memberi cadangan aktiviti yang berkaitan dengan
tujuan atau minat apabila berpeluang melakukannya
7. Beri arahan atau cadangan pada masa yang paling berkesan

Menggunakan tindakan
1. Elakkan membuat model pada sebarang bentuk seni/seni lukis untuk ditiru oleh
kanak-kanak
2. Beri bantuan seminima mungkin kepada kanak-kanak. Keadaan ini memberi peluang
berdikari. Beri bantuan jika diperlukan sahaja
3. Buat aahan yang berkesan dengan memberi penekanan jika perlu
4. Belajar untuk kesedaran dan mencegah bukan untuk menyelesaikannya apabila menghadapi
kesukaran
5. Menyatakan sejelasnya sempadan/batasan dan sentiasa mengekalkannya
6. Sentiasa peka dengan keadaan keseluruhan. Gunakan kedudukan paling strategi semasa
membimbing
7. Sentiasa jadikan keutamaan kepada kesihatan dan keselamatan
8. Tingkatkan kepekaan anda dengan memerhati dan mengambil catatan

Anda boleh memberi cadangan dan berkongsi pengalaman untuk pembaca di blog ini.

4 comments:

  1. Salam Dr dan kawan-kawan.

    Memang benar, tugas sebagai pendidik kanak-kanak adalah antara tugas yang paling mencabar. Ianya juga adalah tugas yang paling menyeronokkan!

    Saya cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman tentang bagaimana kita berkomunikasi dan memberikan arahan kepada murid.

    1. Pada kebanyakan masa ramai guru baru akan menghadapi masalah 'murid tak dengar kata' dan akhirnya guru hilang suara.

    Melalui perkongsian pengalaman dengan rakan yang lain juga, saya dapati setiap arahan dari guru perlu diberikan dengan cara yang 'unik'. Adakalanya ia perlu dilakukan dengan menyanyi dengan aksi sepenuh perasaan dari guru.Sebagai contoh sambil menyuruh murid duduk kita nyanyikan lagu sambil bertepuk tangan.

    Adakalanya ia nampak sukar, tetapi setelah mencubanya dan menjadikannya sebagai satu rutin, guru tidak perlu lagi bersuara tinggi...hanya dengan nyanyian semua mata tertupu pada guru!

    2. setelah satu tempoh tertentu berlalu, minta murid yang memberitahu apa yang mereka perlu lakukan. Jadi, guru tidak perlu lagi memberikan arahan.

    Saya rasa banyak lagi rakan yang lain akan berkongsi ilmu.

    Terima kasih.
    Noraminah Omar.

    ReplyDelete
  2. Saya amat menghargai perkongsian pengalaman Pn Noraminah. Semoga dapat dimanfaatkan oleh pembaca lain. Diharap pembaca blog ini dapat mengongsikan pengalaman masing-masing.

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan dari saya.
    Sekadar berkongsi pengalaman;
    Kebanyakan pembimbing kanak-kanak tidak diberikan penjelasan bagaimana cara untuk berinteraksi dengan kanak-kanak ini. Asalkan ada pengalaman mengasuh kanak-kanak, anak sendiri atau adik sendiri, itu sudah memadai. Sedangkan realitinya, terdapat perbezaan antara mengasuh ahli keluarga sendiri dengan mengasuh kanak-kanak di taska.

    ReplyDelete
  4. Saya amat bersetuju dengan pandangan puan. Seharusnya profesional kanak-kanak (pengasuh) diberi ilmu pengetahuan dalam kerjayanya di taska.Mungkin agak janggal kedengarannya jika pengasuh perlu berkelulusan sekurang-kurangnya diploma pendidikan awal kanak-kanak.Harapannya di masa akan datang diterima oleh masyarakat.

    ReplyDelete