Thursday, March 17, 2011

Perbandingan 13: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 13: Perkembangan amalan yang tidak bersesuaian gurunya membuat semua kerja mengemas dan tugasan rutin sendirian. Alasannya guru merasakan lebih berkesan membuat kerja tersebut dan tidak nampak nilai kebaikannya melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti mengemas. Rutin selalunya dilakukan secara tergesa-gesa. Guru mengesa mengarah membuat kumpulan dan mendapatkan pembelajaran "sebenar" menerusi kumpulan. Kanak-kanak tidak mendapat peluang berlatih kemahiran sendiri dan tidak berpeluang merasai dirinya sebagai bebas memilih dan bertanggungjawab.

Amalan perkembangan yang bersesuaian menguruskan rutin berasaskan pengiktirafan setiap pengalaman itu adalah peluang pembelajaran sebenar untuk kanak-kanak. Guru melibatkan kanak-kanak, mengambil masa untuk membantu kanak-kanak belajar dan berlatih kemahiran dan merasakan menyelesaikan tugasannya. Peralatan disediakan untuk kanak-kanak menguruskannya, membantu kanak-kanak merasakan kecekapan. Keupayaan kanak-kanak diperkukuhkan dengan pengiktirafan. Kanak-kanak digalakkan untuk merasakan bahawa tanggungjawab penglibatan adalah perlu untuk menyumbang kepada kumpulan.

2 comments:

  1. Kanak-kanak bermakna manusia yang berusia 18 tahun ke-bawah. Amalan ini bukan saja boleh diaplikasikan di institusi pendidikan seperti tadika, taska dan sekolah, malah dirumah juga. Penglibatan anak-anak dalam tugasan rutin dirumah mampu meringankan beban si ibu dan anak-anak akan faham tanggungjawab masing-masing.

    ReplyDelete
  2. Dalam kontek pendidikan awal kanak-kanak lingkungan usia lahir hingga 8 tahun (merujuk NAEYC). Kontoks di Malaysia lahir ialah lahir hingga 6 tahun untuk pendidikan awal kanak-kanak.

    ReplyDelete