Tuesday, February 14, 2012

Pendekatan Lihat Dan Sebut

Terdapat kanak-kanak di tadika yang boleh membaca dengan mempelajari perkataan menerusi kaedah 'lihat dan sebut'. Apabila kanak-kanak melihat perkataan yang ditulis tentang nama yang biasa dilihat atau perkataan yang biasa lihat, kanak-kanak mengenalpasti nama atau perkataan. Mereka mengenali perkataan dan meningati kumpulan simbol berkenaan. Adalah dipercayai bahawa kanak-kanak yang mempelajari perkataan dengan cara ini perlu mengingati bentuk atau susunan perkataan. Mereka selalu keliru dengan perkataan yang mempunyai tulisan yang seakan-akan sama seperti 'tupai' untuk 'topi' atau 'caci' untuk 'cuci.' Mereka mungkin tidak tahu nama huruf pada perkataan atau bunyi setiap huruf.

2 comments:

  1. Kaedah mengecam dan mengingat seperti ini boleh memberi tekanan kepada kanak-kanak memandangkan terlalu banyak pola kata yang perlu diingati. Melalui kaedah ini juga kanak-kanak hanya mengecam dan mengingat perkataan tertentu sahaja. Kanak-kanak perlu diajar bagaimana caranya untuk membaca dengan lebih mudah agar boleh membaca setiap perkataan dengan berdikari dan tanpa tekanan seterusnya dapat memperkembang kemampuan mereka memahami teks bacaan dengan bimbingan orang dewasa. Pelbagai kaedah mudah boleh dijalankan seperti bacaan melalui fonik dan sebagainya akan menjadikan sesi membaca lebih menggembirakan dan digemari oleh kanak-kanak.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih berkongsi pandangan. Kadangkala ibu bapa kagum melihat anaknya pandai membaca sesuatu perkataan yang dilihatnya. Sekurang-kurangnya dengan memahami pelbagai kaedah dan pendekatan membaca ibu bapa dan guru akan memahami. Pendekata Lihat dan Sebut sememangnya telah lama tidak digunapakai akan tetapi kanak-kanak secara tidak langsung apabila melihat sesuatu perkataan yang biasa akan menyebut seolah-oleh mereka boleh membaca sedangkan mereka tidak memahami bunyi huruf yang dibaca.

    ReplyDelete