Peringkat bayi boleh diperkenalkan dengan peralatan untuk perkembangan motor halus dan motor kasar. Peralatan yang digunakan bayi perlu mencabar dan selamat digunakan. Setiap objek boleh digengam dan diambil untuk dimasukkan ke dalam mulut. Sebelum anda membenarkan bayi menyentuh alat permainan pastikan peralatan itu dalam keadaan selamat. Setiap mainan mesti memenuhi kriteria berikut:
1. Peralatan yang besar dan sukar dimasukkan ke dalam mulut.
2. Tidak berbentuk tajam hujungnya atau penjuru/bucu yang boleh melukakan kulit dan mata.
3. Boleh dibasuh dan dibersihkan.
4. Tidak ada bahagian yang boleh dipisahkan dan mudah dikeluarkan.
5. Permukaan yang diwarna tidak mengandungi toksid.
6. Kukuh dan tahan jika digigit, dihempas dan dilontar.
kita boleh gunakan alat permainan untuk gigit kepada bayi yang ada gigi?adakah ia bahaya?
ReplyDeleteTidak digalakkan menggigit peralatan mainan. Jika bayi menggigit alat mainan cuba ambil mainan tersebut dan basuh dengan bersih. Tujuannya untuk menjaga kebersihan alat mainan daripada jangkitan kuman.
ReplyDeleteJika kita beri bayi bermain dengan patung beruang, boleh ker, Prof?
ReplyDeletePastikan jenis anak patung yang tidak berhabuk dan mempunyai bahan yang tidak tanggal.
ReplyDelete