Sekembalinya dari Jepun saya terus menulis untuk majalah Dewan Pelajar terbitan DBP dengan tujuan berkongsi pengalaman sewaktu kumpulan Teater ABROS ke Jepun. Kumpulan Teater ABROS mendapat undangan untuk mengambil bahagian dalam Storytelling Festival 1986. Pada masa itu saya sempat melawat sebuah perpustakaan kanak-kanak yang dikendalikan oleh komuniti di sebuah daerah pulau Kyushu. Walau pun penduduknya bertani menanam padi tetapi mereka amat mementingkan ilmu dan menggalakkan kanak-kanak membaca dengan menyediakan buku di perpustakaan awam.
Aktiviti di perpustakaan adalah dikendalikan oleh tenaga sukarelawan yang terdiri daripada penduduk kampung. Ibu bapa menemani anak-anak ke perpustakaan dan membacakan buku untuk anak-anak yang belum pandai membaca. Saya sempat mengadakan aktiviti membaca buku cerita bergambar karya Yusof (ahli Kumpulan Teater ABROS) bertajuk Kawan Baharu. Walau pun kanak-kanak itu tidak mengerti tetapi ilustrasi yang di dalam buku itu dapat difahami. Apa yang mengagumkan saya, kanak-kanak itu sedia mendengar sehingga tamat bercerita.
Apa yang menarik di perpustakaan itu terdapat ruang yang dinamakan muzium tempatan. Semua dokumen di pamerkan untuk dilihat oleh kanak-kanak. Seorang petugas sukarelawan menerangkan dokumen yang berbentuk gambar dan teks. Mereka berbangga dengan tokoh tempatan dan kemajuan di daerahnya. Generasi kanak-kanak telah disemai untuk memajukan dan berbangga dengan persekitarannya sendiri. Semangat patriotik ini sepatutnya menjadi teladan.
Saya juga sempat melihat perayaan Pesta Musim Panas. Penduduk keluar memakai pakaian kebangsaan iaitu kimono. Meriah sungguh sambutan Pesta Musim Panas. Saya sempat bergambar kenangan dengan kanak-kanak Jepun yang memakai kimono (rujuk gambar). Sementara itu kumpulan Teater ABROS mengadakan pementasan boneka di dewan orang ramai. Ramai penonton yang hadir khususnya kanak-kanak. Kumpulan Teater ABROS mengadakan persembahan dalam bahasa Melayu. Ini yang banggakan sebagai rakyat Malaysia memperkenalkan bahasa Melayu di peringkat antara bangsa.

BERCERITA: Sebuah Hikayat
ReplyDeleteOrang dulu kala suka mendengar hikayat. Kisah-kisah seperti 'Arnab dan Kura-kura' , cerita "Mak Andeh dan Pak Pandir" dan 'Lebai Malang' adalah antara yang menjadi kegemaran saya pada satu waktu dulu.
Kini, senario bercerita dan hikayat sudah jauh berubah. Stesen radio sudah tidak lagi menyiarkan drama atau gurindam yang satu waktu dulu menjadi peneman saya sebelum melelapkan mata setiap malam.
'Storytelling' atau bercerita merupakan satu aktiviti penting dalam perkembangan kanak-kanak. Malah, sebahagian besar dari kita sebagai orang dewasa juga amat gemar 'bercerita' tetapi dalam bentuk berbeza yang lebih dikenali sebagai 'gosip'.
'Storytelling' kini lebih menjurus kepada kemahiran membaca semata-mata. Rata-rata, ramai diantara kita tidak sedar bahawa, anak-anak kini tidak lagi menikmati hikayat dan cerita dalam erti kata yang sebenar.
Apa yang berlaku, cerita hanyalah berdasarkan buku yang lebih menjadi medium untuk melatih anak-anak kemahiran membaca. Kemahiran membaca pula lebih menjurus kepada kebolehan membunyikan suku kata dan membaca ayat serta frasa dengan betul dan lancar.
Adakalanya, saya tidak fikir mereka sebenarnya boleh memahami dan menghayati apa yang mereka baca.
'Cerita' di peringkat kanak-kanak kini hanyalah dilihat sebagai stu format sebuah buku biasa. Bukan lagi satu olahan rasa yang boleh membentuk minda dan peribadi.
....
Ada kebenarannya pandangan anda dan sama-sama kita memikirkan ke arah minat membaca dan membudayakan kanak-kanak di Malaysia suka membaca.
ReplyDelete