Saturday, June 12, 2010

Mengapa main itu penting?


Main amat penting kepada kanak-kanak tetapi kepentingannya tidak difahami secara mendalam. Ibu bapa perlu mendapat penerangan daripada guru yang mendapat kepercayaan anaknya. Contohnya memaklumkan kepada ibu bapa bermain bongkah dengan menyusun dan membina adalah pengalaman pembelajaran yang berguna. Jika tidak diberi penerangan yang menyakinkan, ibu bapa akan bergantung kepada lembaran kerja rumah sebagai penanda aras pembelajaran anaknya.

Kanak-kanak belajar melalui penglibatan yang aktif seperti meneroka, bereksperimen dan bertanya. Vygotsky percaya bahawa semasa bermain, kanak-kanak bebas untuk bereksperimen, mencuba dan mencuba kemungkinan, membolehkan mereka mencapai diluar aras keupayaannya. Main memberi peluang kanak-kanak untuk menguasai persekitarannya. Apabila kanak-kanak bermain, mereka menguasai, mengunakan imaginasi dan kuasa memilih untuk memastikan keadaan permainan. Kanak-kanak yang diberi pilihan untuk meneroka secara bebas, mengikut tahap dan keunikan sendiri akan menjadikannya lebih bersemangat untuk belajar dan menjadi pembelajar yang tinggi rasa ingin tahu.

Tanggapan orang dewasa terhadap main adalah berbeza dengan kanak-kanak. Main bagi orang dewasa merujuk kepada riadah dan profesion. Contohnya bermain bola untuk mengeluarkan peluh dilakukan secara suka-suka di samping bersosial. Main juga bagi orang dewasa boleh dijadikan kerjaya iaitu sebagai pemain profesional yang mendapat gaji. Sebaliknya kanak-kanak bermain adalah belajar untuk menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus. Pengalaman belajar menerusi main dapat meningkatkan domain kognitif, fizikal, bahasa, emosi dan sosialisasi.

8 comments:

  1. Kepada ibubapa & guru2...
    Nilai anak2 mengikut kacamata kanak2 & jgn sekali2 kita menilai mereka mengikut kacamata org dewasa kerana andai ini berlaku makan kita tidak akan memahami kanak2.
    Yg penting jadikanlah aktiviti bermain itu satu aktiviti yg terangcang setelah membuat persediaan yg secukupnya.
    Biarkan mereka bermain...
    "Let the children be children"

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dengan pandangan dan pengalaman yang dikongsikan bersama pembaca.Anda sememangnya telah menghayati pendidikan awal kanak-kanak dan mempraktikkannya.Diharap pembaca lain dapat manfaat dengan perkongsian pandangan dan pengalaman.

    ReplyDelete
  3. Cubaan anda telah diterima. Sila kemukankan pandangan, cadangan dan perkongsian pengalaman. Saya tahu anda adalah guru yang berdedikasi.

    ReplyDelete
  4. jenis mainan yang manakah sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 tahun untuk meningkatkan kognatif?

    ReplyDelete
  5. Jenis permainan kognitif seperti menyusun bongkah, main pasir dan main air. Permainan ini menggunakan bahan terbuka dan kanak-kanak bereksperimen dengan bahan permainan tersebut.

    ReplyDelete
  6. main itu terdapat pelbagai cara kan, Prof? asalkan menarik minat kanak-kanak untuk turut serta.

    ReplyDelete
  7. Jangan lupa sesuaikan dengan peringkat usia dan minat kanak-kanak.

    ReplyDelete