Friday, June 11, 2010

Sejauhmana keganasan dalam program televisyen untuk kanak-kanak?

Apakah kesan kandungan televisyen khususnya keganasan yang disiarkan menerusi kartun kanak-kanak yang berusia tiga hingga lima tahun? Menurut kajian Huston dan Wright (1998) kanak-kanak berusia empat tahun menonton televisyen selama 30 jam seminggu. Purata kanak-kanak empat tahun menonton televisyen 50-70 minit sehari dan kebanyakan menonton kartun. Kajian ini juga menunjukkan watak-watak kartun yang ditontonkan mengandungi tahap paling tinggi unsur keganasan dan kekasaran. Kajian yang dijalankan selama 10 tahun mulai tahun 1973 hingga 1993 oleh Gerbner, Morgan dan Signorielli (1993) mendapati 92% kanak-kanak menonton pada hari Sabtu pagi yang mengandungi program berbentuk keganasan. Purata jumlah tayangan keganasan ialah 23.0 per jam. Kajian ini telah dijalankan 18 tahun yang lalu di Amerika Syarikat. Bagaimana agaknya jumlah program yang mengandungi unsur keganasan yang disiarkan menerusi televesiyen negara kita? Sekurang-kurang kita perlu mengambil iktibar kesan keganasan di media siaran terhadap penonton kanak-kanak di negara kita.

2 comments:

  1. Pengalaman saya dengan anak semasa menonton televisyen bersama. Semasa iklan animasi tentang hapuskan nyamuk aedes, anak saya kata,"jahatnya orang tu.. kesian nyamuk tu kan mummy...tak dapat dia nak bertelur!". Kadang-kadang kita terlepas pandang pentingnya menemani anak kecil menonton televisyen sebab kadang-kadang kita tidak perasan terdapat iklan atau cerita yang disalah tafsir oleh anak-anak.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan pandangan cikgu. Peranan orang dewasa adalah penting untuk membetulkan fakta yang ditontoni oleh kanak-kanak di kaca televisyen. Di negara kita peranan pendidik dalam bidang tidak pernah dirujuk oleh pengiklan dan penerbit filem. Mereka buat ikut seronok sendiri.

    ReplyDelete