Pengalaman sebenar sewaktu di US, saya telah di tempatkan di sebuah nursery untuk menjaga kanak-kanak 1 tahun hingga 2 tahun. Peraturannya ibu bapa yang menghantar anaknya hendaklah disambut di depan pagar (rujuk gambar). Tujuannya berbual secara informal untuk mengetahui keadaan anaknya waktu itu. Apa yang hendak saya bincangkan di sini ialah keperluan tidur dan ketenangan sewaktu di pusat penjagaan kanak-kanak (nursery).
Semua kanak-kanak memerlukan masa untuk berehat. Guru atau profesional kanak-kanak perlu mengadakan suasana tenang, persekitaran yang santai semasa lelap (nap) atau berehat. Menurunkan bidai atau menutup langsir di tingkap, menggunakan lampu tidur, memainkan muzik instrumental, menyediakan peralatan yang selesa untuk setiap kanak-kanak. Contohnya bantal dan anak patung kegemaran kanak-kanak. Diharapkan dapat membantu peralihan situasi dari bermain kepada tidur.
Guru atau profesional kanak-kanak perlu memberi perhatian kepada kanak-kanak yang tidak boleh tidur atau melelapkan mata. Sediakan bakul berisi buku untuk dibaca semasa baring atau memberi kertas dan pensil untuk ditulis atas meja. Aktiviti ini dilakukan secara individu dan melakukannya dengan senyap.
Saya setuju.Berdasarkan pengalaman saya dengan anak-anak semasa mereka kecil, mereka tak nak tidur selagi saya tak bacakan buku cerita. Kadang-kadang suami saya merungut sebab menyusahkan dia kalau saya tak ada (kursus)dia tak tau nak carita apa. Pernah satu hari, dia hentam je cerita kat anak (masa tu umur 4 tahun) cerita Sang Beruang Kasihkan Ibu. Siap kena komen lagi ngan anak saya, "mana ada beruang boleh cakap!", "beruang tak pakai kasutlah ayah!" . Suami saya kata, "tu..yang malas nak cerita ngan budak-budak ni..."
ReplyDeleteTerima kasih dengan perkongsian pengalaman anda.
ReplyDeleteAmboi..bestnyerrr Dr dikelilingi salji hehehhe..awat mengembang jerk dalam gambo hehehe jangan marah na...hehehe
ReplyDeleteMusim sejuk semua orang berpakaian tebal kelihatan mengembang. Sekurang-kurangnya 3 lapis termasuk 'winter jacket'. Kanak-kanak juga perlu memakai pakaian panas untuk melindungi kesejukan.
ReplyDeleteDr, bagaimana kalau kita telah lakukan seperti yg Dr. sarankan diatas untuk kanak-kanak yang tidak tidur tetapi masih juga berdegil tidak mahu tidur?? Bolehkah kita memaksa kanak-kanak itu untuk tidur dengan cara yang agak tegas??? kalau tidak boleh menggunakakan cara yang agak tegas, apakah cara-cara yang lebih sesuai untuk kanak-kanak yang agak aktif seperti nakal?? sebab saya mempunyai anak buah seperti ini,.. terlalu aktif sampai sukar untuk memujuk untuk tidur...
ReplyDeleteTetapkan waktu tidur atau lelap. Jika tidak mahu tidur suruh kanak-kanak itu berbaring sahaja tanpa membuat bising. Beri buku untuk dilihat gambar dalam buku tanpa mengganggu orang lain. Beri pujian jika kanak-kanak itu mematuhi waktu tidur walau pun hanya berbaring sahaj.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteKanak-kanak merupakan sekumpulan manusia kecil yang sangat aktif dan 'explorative'. Mereka mampu berimaginasi dan boleh memberi banyak idea baru dari penemuan yang mereka lakukan melalui aktiviti bermain yang jarang dilihat sebagai satu aktiviti yang bermanfaat.
Bagi saya, bermain merupakan satu cara kanak-kanak ini meluahkan imaginasi dan penemuan baru yang mereka perolehi. Sehingga ini dipenuhi, minda mereka pasti masih penuh 'sesak' dengan pelbagai 'idea' dan 'imaginasi'.
Melihat kepada pengalaman saya secara peribadi, anak-anak yang mempunyai pelbagai aktiviti dan penuh dengan pelbagai peluang ekspresi diri dengan mudah dapat mengikut jadual tidur dan rehat.
Adakalanya, anak-anak yang tidak mempunyai peluang bermain secara aktif pada waktu siang, tidak akan dapat mengikut jadual tidur pada waktu malam.
Aktiviti bermain mestilah termasuk aktiviti riadah luar yang memberikan mereka lebih banyak peluang 'eksplorasi'.
Oleh itu, adalah wajar, anak-anak diberikan ruang dan peluang 'bermain' secukupnya agar malam mereka menjadi lebih tenang dan sempurna. Sekiranya peluang ini terhad, aktiviti senyap seperti yang Dr Bustam cadangkan amat membantu.
Noraminah Omar
fb: meen omar
Terima kasih menyumbangkan pandangan yang baik untuk dikongsikan bersama.
ReplyDelete