Sunday, June 27, 2010

Prasekolah Di Malaysia

Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia semakin diterima ramai. Penglibatan agensi kerajaan dan swasta adalah positif. Di Malaysia kanak-kanak berusia 6 tahun memasuki kelas prasekolah(isitilah yang digunapakai dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Jumlah kanak-kanak di kelas prasekolah mengikut laporan akhbar 26 Jun 2010 (Utusan Malaysia) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 7,511 kelas, KEMAS 8,525 kelas, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 1,643 kelas dan swasta berdaftar 6,412 kelas.

Apakah yang menarik tentang fakta tersebut?
1. Jumlah guru yang berkelayakan dalam bidang.
2. Jumlah prasekolah swasta yang tidak berdaftar.
3. Pelaksanaan keseragaman kurikulum, jika menggunakan kurikulum berpusat.

Bagaimana pandangan anda? Mohon berkongsi pandangan dan pendapat anda.

9 comments:

  1. Berdasarkan pengalaman saya memberi kursus kepada guru-guru tadika swasta, kebanyakan pengusaha tadika yang menghantar guru-guru mereka mengikuti kursus ini hanya sebagai memenuhi syarat yang dikenakan kepada mereka.Ramai yang tidak berapa setuju apabila saya katakan kanak-kanak perlu diberi banyak aktiviti berbentuk penerokaan dan guru perlu menyediakan aktiviti yang menyeronokkan. Menurut guru-guru swasta mereka dikehendaki mengajar kanak-kanak membaca dan mengira setiap hari, guru-guru akan dipersalahkan jika kanak-kanak ini tidak tahu membaca dan mengira. Saya terangkan kepada mereka kanak-kanak perlu menguasai konsep huruf dan nombor sebelum diajar membaca dan mengira. Untuk menguasai sesuatu konsep kanak-kanak perlu bermain dan meneroka. Rata-rata guru-guru tadika ini tidak memahami konsep bermain itu sendiri. Tu yang payahnya prof...

    ReplyDelete
  2. Masyarakat kita masih bukan berada di tahap kelas pertama dari segi mindanya dan budaya keilmuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Mereka yang bukan bidang cuba mengajar kepada mereka yang berpengetahuan dalam bidang yang diceburi. Ibu bapa pula yang tidak tahu tetang bidang pendidikan awal kanak-kanak mengandaikan dan berpandangan mengikut perspektif pendidikan dewasa. alangkah baik tidak mengganggu pendidikan yang sepatutnya dilaksanakan oleh orang yang arif pengetahuannya.

    ReplyDelete
  3. Walaupun saya pemilik tadika swasta (12 thn ) saya sangat2 bersetuju dgn pendapat Maznah Ibrahim. Memang terdapat banyak tadika swasta yg memberikan tumpuan pd membaca & mengira dgn mengabaikan kefahaman terhadap konsep melalui aktiviti bermain sambil belajar.
    Sekiranya ini berlaku bermakna mereka tidak mengambil berat soal perkembangan kanak2 itu sendiri, sedangkan proses ini sangat penting dlm pembentukan individu.
    Tidak keterlaluan saya katakan di sini bahawa.. pengusaha sendiri tidak mempunyai kefahaman yg jelas tentang kanak-kanak itu sendiri..

    ReplyDelete
  4. Apa yang menyedihkan saya ialah tadika swasta tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan... (saya pun tidak pasti kenapa membuka tadika & cawangan2 seolah2 menjadi satu trend dewasa ini.) sedangkan mereka sebenarnya tidak benar2 menguasai ilmu berkenaan perkembangan kanak2, psikologi kanak2 dsbnya berkenaan kanak2.
    Bagi saya pihak bertanggungjawab mesti memandang & mengambil serius perkara ini kerana sekiranyanya berterusan akan meninggalkan kesan pertumbuhan & perkembangan yg x baik pada kanak2.

    ReplyDelete
  5. Pendidikan di peringkat awal bukan sama seperti pendidikan kanak-kanak di Sekolah Rendah. Pendidikan awal kanak-kanak berfokus kepada proses bukan hasil.Di peringkat awal perkembangan kanak-kanak perlu diseimbangkan secara menyeluruh. Ini yang sukar difahami oleh masyarakat yang terus mengambil jalan mudah untuk melihat hasil. Bagaikan kilang untuk mengeluarkan hasil (product).Memberi tekanan melangkaui tahap keupayaan dan perkembangan kanak-kanak. Mangsanya adalah kanak-kanak itu sendiri.

    ReplyDelete
  6. Pendidikan pra-sekolah memang sudah lama diambilkira dalam pentadbiran sesebuah negara. Walaubagaimanapun, suasana di Malaysia mungkin agak berbeza jika dibandingkan dengan negara lain.

    Saya ingin mengulas isu diatas melalui dua perspektif, sebagai seorang guru dan sebagai seorang pengusaha (peniaga).

    Sebagai GURU - Rata-rata tanggapan masyarakat terhadap profesion perguruan memang agak tipikal, terutama kepada guru tadika atau guru prasekolah. Tanggapan ini jugalah yang menyebabkan banyak graduan atau mereka yang berkelulusan tinggi tidak menjadikan profesion sebagai guru tadika sebagai satu pilihan. Tambahan pula, imbuhan yang biasanya diberikan kepada mereka agak terlalu rendah jika mereka bekerja di kawasan bandar. Hasilnya, ramai yang menyertai tadika atau prasekolah yang lebih berjenama yang kebiasaannya menawarkan gaji yang lebih kompetitif dan berada di kawasan bandar. Walaupun 'expectation' majikan dan ibu bapa agak tinggi mereka masih mampu untuk memberikan input yang baik kepada kanak-kanak berdasarkan kebolehan guru yang mempunyai tahap 'cognitive' yang selaras.

    Sebagai PENGUSAHA (peniaga) - Ramai pengusaha memulakan operasi tanpa mempunyai kelayakan dan kelulusan juga dengan niat yang salah. dalam bidang pendidikan kanak-kanak terutamanya, KEIKHLASAN merupakan kunci utama tanpa mengira bangsa dan apa juga program atau kurikulum yang digunapakai. Tambahan pula, konsep pengurusan yang tidak memenuhi etika perniagaan yang betul menambahkan lagi imej buruk tadika/pusat pendidikan kanak-kanak swasta. walhal, banyak juga yang baik daripada yang tidak baik. ini termasuklah pengurusan kewangan dimana ramai pengusaha yang agak 'berkira' untuk berbelanja untuk 'training' dan memberi input yang baik kepada pekerja mereka. Ini adalah antara sebab mengapa banyak tadika/pusat pendidikan kanak-kanak swasta diterimabaik oleh masyarakat (ini hanya yang termasuk dalam kategori diurus dengan baik).

    Ini hanya sekadar pandangan saya sebagai seorang individu biasa yang terlibat sebagai seorang guru biasa tanpa pengalaman, yang kemudiannya membina kerjaya dan perniagaan dalam bidang yang amat dekat dihati.

    Noraminah Omar
    noraminahomar.blogspot.com
    fb: meen omar

    ReplyDelete
  7. Sesungguhnya diucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan dan pendapat yang amat menyentuh untuk direnungkan. Sekali lagi kepada guru-guru dan pengusaha yang terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak (taska dan tadika) saya amat terharu dengan pengorbanan anda yang ikhlas biarpun tidak mempunyai kelayakan tetapi minat yang mendalam. Memang diakui diperingkat awal dahulu belum banyak institusi pendidikan IPTS yang menawarkan program ini.Keadaan telah berubah pada hari ini dan diharap generasi baru yang ingin menceburi bidang ini digalakkan mempunyai kelayakan akademik sesuai dengan keperluan semasa.

    ReplyDelete
  8. Tenaga pengajar dalam bidang prasekolah mestilah mempunyai kelayakan akademik dalam bidang tersebut. Hal ini demikian kerana kaedah pendidikan awal kanak-kanak mempunyai konsep dan caranya yang tersendiri yang bersifat fleksibel mengikut keperluan dan kelemahan kanak-kanak yang diajar. Oleh itu, peluang utama patut diberikan kepada lulusan dalam bidang pengajian yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak untuk menjadi tenaga pengajar. Hal ini perlu diberi perhatian kerana kanak-kanak adalah peneraju negara di masa akan datang.

    ReplyDelete