Selepas membicarakan ruang aktiviti dan cara susun atur kedudukan ruang aktiviti satu lagi perkara yang perlu difikirkan ialah mengujudkan suasana pembelajaran yang tenang dan selamat di dalam premis. Tumpuan perbincangan di sini berfokuskan kepada 'menggalakkan pengalaman pembelajaran.'
Bagaimana anda hendak mengujudkan suasana dan persekitaran yang dapat menggalakkan pengalaman pembelajaran setelah ruang aktiviti disusun atur? Suasana pembelajaran yang tenang persekitarannya tidak dapat dilaksanakan sekiranya masih terdapat gangguan terhadap penyusunan ruang dan peralatan yang disediakan tidak dirancang dengan betul. Secara tidak langsung tidak 'menggalakkan pengalaman pembelajaran' kepada kanak-kanak.
selalunya pengusaha tadika tidak memikirkan tentang ruang pembelajaran, yang penting ada murid ada buku kerja....
ReplyDeleteapakah yang dimaksudkan dengan 'menggalakkan pengalaman pembelajaran'?
ReplyDeletePersekitaran dalam premis yang disusun dapat menggalakkan pengalaman pembelajaran. Sila rujuk artikal akan datang perbincangan saya tentang faktor pengalaman pembelajaran.
ReplyDeleteKaskas!!
ReplyDeleteKak Lis sgt2.. bersetuju dgn pendapat Kaskas tu... Memang ada yg lepas ajar budk2 tu... terus hidangkan dgn buku kerja.. Akibatnya budak2 tidak berpeluang meneroka utk menimba pengalaman sedangkan pengalaman pembelajaran ini sangat2 penting bg individu bernama kanak2.
Tak tau entak dari mana mereka dapat ilmu fasal ni sume..
Kesian.. Kesian..
Tapi Kaskas jangan bimbang..
Kalau Kaskas dtg ke tadika Kak Lis insyaAllah kanak2 akan mendpt hak mereka sebagaimana sepatutnya.
Di sini pembelajaran adalah berpusatkan pelajar manakala guru adalah sebagai fesi(pembimbing sahaja).
kanak-kanak dpenuh dengan aktiviti
Terima kasih dengan perkongsian pengalaman anda.Pembelajaran yang berpusatkan murid dari segi jangka panjang akan menghasilkan kanak-kanak yang bersikap berdikari,berkeyakinan diri dan berkolabrasi serta mempunyai sikap daya saing yang tinggi.
ReplyDeleteProf, warna-warna persekitaran kanak-kanak juga memainkan peranan juga kan?
ReplyDelete