Tuesday, June 22, 2010

Ruang: Bising Lawan Senyap

Kanak-kanak berinteraksi dan berbincang menyelesaikan masalah boleh menimbulkan suasana riuh rendah. Hal ini tidak boleh dilarang ketika kanak-kanak berbincang dan berkomunikasi. Guru boleh menguruskan keadaan ini dengan meletakkan ruang bising berdekatan antara satu dengan lain. Ruang bising seperti bongkah dan binaan, permainan dramatika, muzik dan pergerakkan sesuai digabungkan. Menghubungkan ruang bising berhampiran dapat memberi peluang kanak-kanak di ruang senyap menumpukan perhatian tanpa banyak gangguan. Meletakkan ruang bising berdekatan memudahkan guru untuk menyelia dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tanpa berjalan antara ruang lain.

Ruang senyap merangkumi ruang perpustakaan, ruang membaca dan mendengar, dan ruang sendirian. Ruang senyap memberi peluang kanak-kanak untuk menenangkan minda dan bersantai tanpa gangguan. Kanak-kanak hendaklah diberi kebebasan untuk memilih ruang senyap bukan menyuruh kanak-kanak yang bermasalah tingkahlaku duduk sendirian di ruang senyap. Jika keadaan ini berlaku tujuan ruang senyap disalahgunakan daripada tujuan asalnya.

Main seperti manupulatif atau sains/penerokaan kedudukannya antara ruang senyap dan bising. Keadaan ini bergantung kepada penyediaan peralatan dan tahap kanak-kanak untuk memberi tumpuan. Ruang ini boleh digunakan sebagai transisi atau peralihan antara ruang bising dan senyap.

9 comments:

  1. apakah ada ruang yang khusus untuk kanak-kanak yang degil? Contohnya, kanak-kanak itu tidak mendengar cakap dan mengganggu ketenteraman kanak-kanak lain. Perlukah kita memisahkan kanak-kanak itu disudut ruang yang khusus atau hanya memisahkan diruang yang berdekatan?

    ReplyDelete
  2. Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku sesuai diasingkan untuk jangka masa tertentu di sudut yang terpisah dengan ruang aktiviti lain. Kedudukannya mudah dikawal oleh guru atau pengasuh. Jika keadaan kanak-kanak itu terkawal tingkahlakunya, maka guru hendaklah membawa semula ke kumpulan kanak-kanak lain.

    ReplyDelete
  3. apakah tindakkan kepada kanak-kanak yang senyap.contohya tidak melibatkan diri dalam pelajaran dan masa bermain

    ReplyDelete
  4. Berikan aktiviti yang boleh dilakukan sendiri. Guru hendaklah memberi perhatian dan galakkan dengan membantu keyakinan kepada kanak-kanak yang menyendiri.

    ReplyDelete
  5. Prof.. Istilah "time out" adalah ditujukan pada kanak2 yg seringkali melakukan kesalahan tingkah laku & menganggu rakan2 & ketenteraman kelas. Betul ke?

    ReplyDelete
  6. KJC0970146- Setiap tahun memang ada lah kanak2 jenis mcm ni di tadika Kak Lis. Apa yg kak Lis buat ialah....
    sebagaimana yg Prof bgtau iaitu bg perhatian & galakan..... Setiap hari bertanyakan khbrnya... dgn cara ini dia akan merasa dirinya dihargai. k.lis juga bagi dia tgjwab seperti memberi & mengutip pensil kepada rakan2 semasa hendak menulis @ mewarna ataupun setelah selesai menulis. Kawan2 pula hendaklah mengucapka "Terima kasih" apabila dia memberi pensil. Ia bertujuan utk melatih pelajar mengucapkan "terima kasih" bila menerima brg dari seseorg disamping kanak2 tersebut merakan bahawa kawan2 dpt menerima dirinya.
    Selain da

    ReplyDelete
  7. Betul 'time out'ditujukan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku. Pengasingan yang positif dengan memberi tempoh masa pengasingan daripada rakan-rakan. Apabila kanak-kanak itu telah mententeramkan diri maka dia dibenarkan bersama rakannya semula.

    ReplyDelete
  8. Prof @ rakan2 lain,
    Bagaimana pula dgn masalah kanak2 yg terlalu 'slow', perhatian khusus telah diberikan seperti diajar membaca secara 1 to 1, begitu juga dengan mengira. Sukar menuturkan kata2 apabila diajar, tp boleh bersembang dengan rakan tp tidak tlalu akti lah. Saya telah berusaha utk bcakap dengan parents nye, namun mereka x pernah hadir wpun pada setiap event yg diadakan.

    ReplyDelete
  9. Tahap perkembangan kanak-kanak tidak sama dan anda sendiri memahami.Kita perlu melihat domain lain yang boleh dilihat potensinya.Kerjasama dengan ibu bapa adalah penting dalam mendidik anak-anak.Malangnya ibu bapa sering meletakkan beban tanggungjawab pada guru semata-mata.Anda telah menjalankan kewajipan dan terpulang kepada ibu bapanya.Tahiah kerana anda seorang yang gigih dan inginkan kemajuan kepada anak-anak didik anda.Sifat guru sejati.

    ReplyDelete