
Saya bersama Mohd Yusof Ismail, Abd Rahim Taman dan Sudiro Sukirman (arwah) adalah pengasas kumpulan Teater ABROS. Masing-masing mempunyai latar yang berbeza. S

Kumpulan Teater ABROS bukan sahaja mengadakan persembahan di tadika malahan di pusat membeli belah, pasar seni, majlis hari jadi, di zoo negara dan di televisyen. Dewan Bahasa dan Pustaka mula tertarik dengan kegiatan kanak-kanak yang kami jalankan. Kami sering dijemput mengadakan persembahan kempen galakkan membaca dan kami juga membantu penubuhan kumpulan bercerita Si Nuri bersama Sabri Yusus dan Abon. Masa itu DBP mempunyai seorang editor bernama Mahani yang komited

Di Pesta Buku Malaysia kumpulan kami sentiasa diundang malah kami pernah diberi tugas untuk mengendalikan program kanak-kanak di pesta buku tersebut. Saya masih ingat Da

Kumpulan Teater ABROS sering diundang untuk pengisian program kanak-kanak di RTM dan TV3. Penerbit rancangan TV selalunya meminta kami memainkan watak-watak boneka dalam segmen selama 5 minit. Itu pun sudah memadai bagi kami kerana pengalaman yang penting untuk kami belajar tentang penyiaran program di televisyen. Pengalaman manis sewaktu bersama kumpulan TeaterABROS watak boneka seperti Kerengge di RTM untuk rancangan kanak-kanak dan Mat Zimbo dalam Selamat Pagi Malaysiavdi TV3 sering disiarkan.
Paling membanggakan kumpulan Teater ABROS merupakan kumpulan teater boneka pertama dari Malaysia yang mengadakan persembahan di Oita Perfecture Khyusu Island Jepun pada tahun 1986 dalam Storytelling Festival. Kami berpeluang menjelajah negeri matahari terbit (Jepun) bersama kumpulan Teater Ohanashi Caraven. Saya bersama Yusof mewakili Teater ABROS dapat mempelajari pementasan teater boneka untuk kanak-kanak selama bersama dengan kumpulan Teater Ohanashi Caraven. Sebenarnya kumpulan Tetaer Ohanashi Caraven mendapat dana daripada agensi swasta untuk menaja kumpulan ini mengadakan persembahan di sekolah dan masyarakat umum secara percuma. Penajaannya bukan sahaja di Jepun malah di negara Asia Tenggara menerusi Asian Children Theater Conference setiap dua tahun sekali. Kumpulan Teater ABROS turut sama ditaja untuk menyertai program tersebut.
Kebelakangan ini saya tidak dapat bergiat lagi kerana kekangan tugas. Rakan yang lain seperti Abd Rahim dan Mohd Yusof masih bergiat dengan kumpulan generasi baru. Abd Rahim sekarang berkhidmat sebagai pemuzik (violin) di Okestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan bergiat dengan kumpulannya sendiri secara sambilan. Manakala Mohd Yusof sebagai pelukis yang mempunyai galeri dinamakan Gaja Gaja Galeri. Beliau sering mengadakan pameran lukisan dalam dan luar negara. Beliu juga turut membimbing mereka yang ingin mencebur diri dalam seni boneka. Kumpulan yang dibimbing oleh Mohd Yusof khabarnya dinamakan Kopi Kopi. Seorang rakan lagi Sudiro semasa hayatnya bergiat dalam lakonan dan salah satu lakonan dalam drama TV3 ialah memegang watak Tapah dalam siri Rumah Kedai sering waktu dahulu disiarkan dalam bulan puasa.
Diharapkan kumpulan generasi baru ini meneruskan perjuangan seni boneka yang telah kami lalui sebelum ini. Pesanan selain sebagai pemain boneka, peningkatan diri dalam bidang keilmuan adalah perlu untuk membawa seni boneka ke tahap yang dihargai masyarakat. Biarpun saya tidak bergiat menerusi pementasan namun sebagai ahli akademik bidang ini telah dijadikan sebahagian kandungan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. Saya percaya apabila masyarakat telah terdidik secara tidak langsung akan menghayati dan menghargai seni teater kanak-kanak khususnya seni teater boneka.
Terima Kasih kerana tulisan ini
ReplyDeleteBolehkah tuan memberi pandangan Teater ABROS terlibat dengan TV3 khususnya Mat Zimbo? Mungkin tuan masih ingat lakaran peristiwa tersebut untuk dimuatkan dalam tulisan Teater ABROS
ReplyDelete