Biasanya terdapat kanak-kanak terikat dengan peralatan mainan yang sama setiap
hari dan mengelak untuk berkongsi. Beberapa cara untuk mengatasi masalah ini;
Fikirkan mengapa kanak-kanak mesti
mempertahankan mainannya. Kanak-kanak yang datang dari keluarga besar atau
kurang berkemampuan merasa kuat untuk menuntut sesuatu benda sebagai miliknya.
Mungkin kanak-kanak tidak berpeluang menggunakkan objek atau peralatan di luar
kelas. Salinan atau barang yang sama menarik boleh diberi untuk kanak-kanak
menggunakannya. Bukan untuk melabel
kanak-kanak sebagai bermasalah tetapi
cuba memahami tingkahlaku dan keperluan kanak-kanak untuk mempertahankan objek.
Adakan system giliran menggunakan peralatan mainan. Gunakan jam atau alat masa menunjukkan kanak-kanak boleh menggunakan alatan yang diminati selama 5 minit.
No comments:
Post a Comment