Berkongsi
adalah persetujuan memberi sesuatu barang kepada orang lain. Walau bagaimana apabila kanak-kanak dipaksa memberi barang
miliknya kepada orang lain itu bukanlah perkongsian yang benar tetapi berupa
menyerahkan miliknya. Daripada melabel kanak-kanak tamak
atau mementingkan diri. Orang dewasa perlu melihat alasan yang dilakukan oleh kanak-kanak sebagai mempertahankan haknya.
Memaksa kanak-kanak menyerahkan mainan akan hanya membuat kanak-kanak itu
mempertahan sepenuh tenaga akan haknya. Kita selalu berpihak kepada pendatang
baru (anak tetamu, kanak-kanak baru di taska/tadika). Sepatutnya kita memberi kanak-kanak pilihan sama ada berkongsi atau
tidak. Di dalam kelas banyak pilihan aktiviti untuk kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment