Friday, June 5, 2015

Berkongsi Menerusi Cara Tindak Balas


Menggalakkan kanak-kanak menyelesaikan masalah dengan bertindak balas, "Faezah awak mahu bongkah? Minta pada Ali jika boleh. Jika Faezah setuju guru boleh jumpa Ali mewakili Faezah. Kaedah modeling menyelesaikan masalah memberi manfaat kepada kedua-dua kanak-kanak. Ali belajar dia mempunyai kuasa dan mengawal bongkah sebab dia bermain terlebih dahulu dan mempunyai hak untuk melindunginya. Apabila Faezah kena menunggu giliran dia belajar untuk menguruskan perasaan tidak puas hati dan kekecewaan, dua realiti kehidupan.

Guru boleh berkata, “Faezah awak mahu bongkah sekarang tetapi Ali belum bersedia berkongsi masa ini. Saya dapatkan sesuatu sementara awak menunggu. Kenyataan seperti ini membantu kanak-kanak rasa disokong dan difahami oleh guru bukan dibiarkan sahaja. Apabila strategi ini digunakan kanak-kanak tidak perlu menunggu lama. Ali diberi kuasa dan sukarela untuk memberi sebahagian bongkah kepada Faezah.

No comments:

Post a Comment