Renungkan petikan akhbar ini:
LONDON: Pakar penyelidik psikologi mendapati kanak-kanak yang memiliki ingatan yang bagus dikatakan lebih pandai berbohong. Penyelidik terbabit melakukan ujian ke atas sekumpulan kanak-kanak berusia antara enam hingga tujuh tahun. Mereka diberi peluang untuk berbohong ketika diuji dalam permainan trivia dan menipu berhubung tindakan mereka. Kanak-kanak yang pandai berbohong menunjukkan prestasi yang baik dalam ujian ingatan lisan, termasuk jumlah perkataan yang mereka mampu ingat. Keadaan ini membuktikan mereka pandai memutar belit banyak maklumat, sekalipun mereka menipu benda yang pelik. Penyelidik dari Universiti Utara Florida, Seffield dan Stirling menulis dalam laporan Jurnal Psikologi Eksperimen Kanak-Kanak berhubung pengambilan 114 kanak-kanak daripada empat sekolah di Britain untuk menjalani penyelidikan mereka. Dr Elena Hoicka dari Universiti Sheffield berkata, adalah sesuatu yang menarik untuk mengetahui kenapa sesetengah kanak-kanak mahir menipu berbanding yang lain. Menggunakan kamera tersembunyi, ketika sesi permainan soal jawab, mereka dapat mengenal pasti kanak-kanak yang meniru jawapan kepada soalan yang direka, sekalipun mereka sudah diingatkan agar tidak berbuat demikian. "Walaupun ibu bapa biasanya tidak terlalu berbangga apabila anak-anak mereka berbohong, mereka sekurang-kurangnya boleh menjadi gembira untuk mengetahui bahawa anak-anak mereka berbohong dengan baik. "Ia bermakna daya pemikiran anak-anak mereka menjadi lebih bagus dan mempunyai kemahiran memori yang baik," katanya. - Agensi

No comments:
Post a Comment