Tuesday, January 1, 2013

Selamat Datang Tahun 2013

Tahun 2013 telah datang. Semoga pembaca terus bersama untuk mengikuti catatan perkongsian ilmu yang berkaitan dengan kanak-kanak. Saya akan berusaha berkongsi pandangan dan pengalaman yang telah saya lalui menerusi blog ini. Kerjasama pembaca amat diharapkan untuk meneruskan perkongsiaan pandangan dan pengalaman. Tahun 2013 merupakan cabaran untuk memperkembangkan bidang kanak-kanak kepada skop yang lebih luas lagi. Diharap transformasi perspektif bidang kanak-kanak dari konteks 'pendidikan' kepada 'pengajian' dapat memperluaskan skop kerjaya mereka yang terlibat dalam bidang ini. Pengiktirafan bidang kanak-kanak dapat dilihat menerusi penubuhan 'Faculty of Early Childhood Studies' di UNITAR International University pada bulan Ogos 2012 menjadi university pertama di Malaysia menubuhkan fakulti untuk pengkhususan dalam bidang kanak-kanak. Diharap dengan penubuhan fakulti berkenaan tumpuan kepada bidang kanak-kanak dapat berkembang dengan lebih luas lagi.

3 comments:

  1. Saya sentiasa mengikuti perkongsian ilmu prof melalui blog..
    http://hijaugreen91.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. sesama peserta APAC Mlearning 2011 di Bandung selalu membaca blog anda

    ReplyDelete