Saturday, April 28, 2012

Corak Perapatan Bayi

Berdasarkan kajian terdapat empat corak perapatan bayi. Pengkaji mengenalpasti satu corak perapatan selamat dan tiga corak perapatan tidak selamat. Perapatan bermaksud hubungan intim antara bayi dan orang yang rapat seperti ibu bapa dan keluarga termasuk juga pengasuh. Corak perapatan adalah seperti berikut:
  1. Perapatan selamat : Bayi menjadikan ibu bapa atau ahli keluarga sebagai asas perlindungan yang selamat. Keutamaan adalah ibu bapa bukan orang yang tidak dikenali. Bayi aktif mendapatkan hubungan dengan ibu bapa dan mudah selesa apabila bersama ibu bapa setelah ketiadaan ibu bapa.
  2. Perapatan menggelak/ menjauhkan : Bayi biasanya tidak tertekan dengan perpisahan ibu bapa dan akan menggelak  atau menjauhkan diri dari ibu bapa atau mengutamakan orang yang tidak dikenali apabila ibu bapa datang.
  3. Perapatan menentang :  Bayi mendapatkan ibu bapa serapat mungkin dan menolak atau menentang penerokaan persekitaran. Biasanya menunjukkan tingkahlaku marah selepas ibu bapa pulang dan sukar untuk menenangkan.
  4. Perapatan mengelirukan : Bayi menunjukkan perapatan yang tidak menentu dan bertindak mengelirukan apabila ibu bapa pulang atau bertentangan tingkahlakunya (mengalih ke arah lain pandangannya atau menunjukkan kekeliruan pada ekspresi wajahnya).

1 comment:

  1. Sesuailah dengan mengatakan perilaku dan juga gaya hidup kanak-kanak mengikut perilaku kedua ibubapanya.

    ReplyDelete