Friday, December 9, 2011

Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak: 1 Membuat Persediaan

Membacakan buku kepada kanak-kanak perlu difikirkan usia kanak-kanak yang akan mendengar cerita yang dibacakan. Buku kanak-kanak tatih, taska dan tadika adalah berbeza kandungannya dan ilustrasi yang hendak digambarkan. Minat kanak-kanak juga berbeza mengikut peringkat usia. Jika hendak membacakan buku pastikan perbendaharaan kata hendak dikenalpasti. Perkataan yang tidak difahami dan bukan perkataan yang biasa didengar oleh kanak-kanak hendaklah diberi persamaan perkataan supaya kanak-kanak dapat memahaminya. Baca buku secara sendirian beberapa kali untuk membina penghayatan watak dan jalan cerita sebelum membacakannya kepada kanak-kanak. Berlatih dialog supaya lancar semasa membaca. Anda perlu menganalis, memilih, berlatih dan membuat persediaan.

2 comments:

  1. Salam Prof:
    Saya ingin membuat sedikit tambahan...Pada pendapat saya gambar @ ilistrasi buku untuk peringkat tatih, taska & tadika perlulah lebih besar berbanding tulisan @ cerita.

    Betulkan saya jika saya salah..
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Adakah perlu disediakan rancangan pengajaran sebelum melaksanakan aktiviti ini?

    ReplyDelete