Sunday, December 25, 2011

Jenis Puisi Kanak-Kanak

Puisi tradisional Melayu untuk kanak-kanak jenisnya tidak banyak. Puisi lebih berbentuk pantun empat kerat dan dua kerat. Mungkin terdapat puisi kanak-kanak dari pelbagai suku kaum di nusantara yang belum dikumpulkan dan amat dialu-alukan memberi sumbangan untuk dikumpulkan sebagai warisan generasi akan datang.

Di barat puisi kanak-kanak dapat dinyatakan seperti berikut:
  • lirik melodi: puisi yang menyatakan secara diskriptif dan selalunya ada unsur nyanyian.
  • puisi naratif: menyampaikan cerita atau menyatakan peristiwa atau perkara yang berlaku.
  • limerik: puisi yang mempunyai lima baris setiap set dalam corak rima yang khusus dan biasanya berunsur jenaka.
  • puisi rangkap bebas: tidak mempunyai rima.
  • puisi yang bukan-bukan: selalunya mengelikan hati dan jenaka.

1 comment:

  1. Prof & rakan2 pembaca,

    Saya ada satu untuk dikongsikan disini. Mungkin rakan dari Sabah biasa dengan lagu ini. Jika ada kesilapan mohon diperbetulkan;

    Tepuk, tepuk tangan
    Suka-suka
    Tangan di kepala
    Tangan di pinggang
    Lompat tinggi-tinggi
    Satu, dua, tiga
    Dengar bunyi burung
    Terbang di udara....

    ReplyDelete